Monday, December 01, 2008

Sejenak bersama idea dan pandangan Tuan Guru Nik Aziz

بسم الله الرحمن الرحيم
Daku amat tertarik dengan pandangan yang disuarakan oleh Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat ini. Saya bukanlah ahli Parti Islam Semalaysia(PAS) dan saya juga bukan daripada mana - mana parti yang ada di Malaysia ini mahupun daripada dunia ini. Saya hanya mendengar apa yang Beliau katakan dan dengan otak yang Alhamdulillah masih waras dan rasional saya berfikir setiap idea yang cuba beliau sampaikan.

Apa yang Menarik?
Saya tertarik dengan kata - kata tuan guru yang berkaitan dengan kempen yang beliau dan ahli mesyuarat negeri Kelantan luluskan 1 juta untuk mengadakan kempen untuk memberi kesedaran dan memberi kursus untuk melaksanakan solat dengan baik. Satu perkara lagi yang menjadi isu pokok adalah bagaimana rakyat Kelantan dilatih untuk berdikari dalam membina rumah ibadat mereka sendiri.

Kempen Kefahaman dan Mengimarahkan Masjid
Saya bukan daripada Kelantan dan hanya beberapa kali sahaja saya menjejakkan kaki di Kelantan. Mungkin kata - kata saya ini salah kerana saya hanya mengulas video di bawah sahaja. Jika kita renung dan mengkaji. Mana ada negeri dan mana ada NGO sendiri yang sudi mengeluarkan sejumlah wang yang besar demi untuk berkempen untuk mengajak dan mengajar orang untuk bersolat. Dalam video di bawah beliau menyatakan beliau pernah dimarah kerana mengeluarkan peruntukan kewangan untuk mengajar dan mengajak orang supaya bersolat. Tuan Guru membalas bahawa kempen ini sememanganya perlu untuk kerajaan yang jalankan, kerana dahulu zaman Nabi S.A.W, baginda sendiri mengajak dan mengajar orang untuk bersolat dan mengimarahkan masjid.
Adakah kerajaan hanya perlu menumpukan kepada pembangunan infrastruktur sahaja. Kita melaungkan kita perlu untuk membina MODAL INSAN yang baik dari elbagai aspek. Namun, kita selalu lupa bahawa diri ini terdiri daripada 2 elemen utama, Ruh dan Jasad. Setakat pandai namun budi bahasanya kurang, setakat pandai namun senantiasa bergelumang dengan dosa buat apa. mari kita fikirkan. Daku terfikir benar juga kata Tuan Guru ini. Kalau seseorang itu faham tujuan hidupnya dan mentaati agamanya pasti kita akan hidup makmur dan berjaya.
Saya bukan seorang rakyat Kelantan dan saya sendiri tidak tahu menahu sama ada pihak kerajaan Kelantan menjalankan kempen ini atau tidak saya hanya mengulas video di bawah. Jadi, saya ingin dan berharap semua pembaca cuba untuk sama - sama kita berfikir sama ada, cukup sekadar pembangunan fizikal sahaja dan tiada rohaniahnya. Jika kalian pernah belajar sejarah dan TITAS maka rujuk kembali maksud tamadun itu sendiri.

Pembinaan Masjid Dengan Wang Sendiri
Saya tertarik apabila Tuan Guru menyatakan jika kita ingin membina rumah sanggup sehingga berjuta duit habis namun, untuk membina masjid kita memohon minta kerajaan yang buat. Saya juga tertarik dengan pendapat ayahanda saya apabila beliau bercakap mengenai pembinaan masjid ini.
Dahulu bila nak bina masjid kita kena start solat jemaah di kawasan yang kita nak bina masjid tu. Sepatutnya buat khemah paling kurang. Semua khariah kena la datang solat jemaah di situ sementara masjid dibina siap. Lepas siap maka kita dah biasa dengan tepat itu dan dah terbiasa untuk menunaikan solat secara berjamaah.
Ni la sedikit sedutan kata - kata ayahku. Jika kata - kata ayah dan Tuan Guru digabung maka masyarakat yang terbina akan pasti lebih mantap dunia dan akhirat. Masyarakat sekarang ini semuanya nafsi - nafsi(semua benda jaga tepi kain sendiri). Kalau yang kaya itu kayanya membantu dan membela yang miskin bukankah ia akan menjadi lebih baik. Tidak perlu untuk kerajaan sahaja yang memberikan bantuan. Kalau nak bina masjid semua orang keluar duit untuk bina, yang kaya keluar banyak skit, yang miskin keluar ikut kemampuan. Dengan izin ALLAH akan terbinalah masjid itu.
Kalau ada orang yang miskin kedana sampai makan pun tidak maka jiran tetangga dan masyarakat boleh buat benda yang sama untuk membantu si miskin ini. Bukan hanya panggil BERSAMAMU je untuk datang dan minta bantuan pihak lain.

Akhir kalam, marilah kita bersama fikirkan kembali. Rom tidak dibina dalam masa sehari. Rom tidak terbina dengan hanya satu orang, Rom tidak terbina tanpa izin dari ALLAH. Bersama kita bangunkan kembali izzah Islam dan kembalikan semua kemuliaan Islam. Mari kita bina MODAL INSAN yang paling berkualiti dan mulia disisi ALLAH SWT.

-Ukhwah Fillah Abadan Abada-





No comments:

Post a Comment

Sebarang cadangan dan pendapat boleh kemukakan di sini...

Anda juga mungkin meminati...