Wednesday, December 03, 2008

Islam Hanya Di SURAU ?

Takala selesai menulis mengenai ekspedisiku mendaki Gunung Santubong daku tertiba terngiang ditelinga suatu frasa


'macam mana nak buat mendaki bukit tu islamic?' kata seseorang.
'ala sepanjang mendaki tu kita berzikir, sampai puncak kita nasyid'. jawab seorang lagi.
Daripada perbincangan dua sahabat ini apakah pendapat kalian dengan mereka ini. Bagi daku mereka ini masih tidak memahami bagaimana nak berislam. Mungkin mereka ini adalah mangsa Ghuzul Fikr(perang pemikiran) yang telah berjaya dengan jayanya dilaksanakan oleh musuh - musuh Islam. Mereka ini sudah tidak dapat melihat dengan jelas, lebih lagi orang yang pertama yang bertanya bagaimana hendak mengislamkan suatu aktiviti.

Kita adalah seorang muslim dan jika ada dikalangan kita dihina dengan orang mengatakan kita kafir pasti darah yang mengalir dalam badan ini akan bergerak lebih laju dan bagaikan ingin terpancut keluar semua darah atas sebab marahnya. Pantang datuk nenek aku kalau orang panggil aku kafir. Tapi rakan - rakan dan saudara - saudara sekalian. Ingin daku bawa kita semua menyulami sutera pemikiran masyarakat kini serta their lifestyle.

Dalam surah al baqarah ayat 208;
Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.`
Berdasarkan ayat di atas dapat dilihat saranan bahawa memasuki Islam bukan boleh masuk ikut suke hati. Maksud saya adalah bukan kita boleh ambil mana yang kita suka kita ikut yang mana tidak kita tinggalkan. Berbalik dengan perbualan di atas, apakah Islam tidak pernah menyarankan untuk kita bersenam, bersukan, beriadah dan menyihatkan badan. Bukankah mendaki itu satu aktiviti yang menguji minda dan fizikal kita. kalau tidak percaya baca lah pengalaman saya dalam post mengenai Gunung Santubong.

Ada sebuah hadis Nabi S.A.W,
'Orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai ALLAH daripada orang mukmin yang lemah, dan pada keduanya dapat kebaikan. Bersungguh - sungguhlah dalam meraih apa yang bermanfaat bagimu, mohonlah pertolongan kepada ALLAH, dan janganlah merasa lemah. Jika sesuatu menimpamu jangan kamu mengatakan"seandainya aku melakukan begini nescaya akan begini dan begini." akan tetapi katakanlah :ALLAH telah mentakdirkan hal itu, dan apa yang dikehendaki-Nya pasti akan terjadi." Kerana kesungguhan perkataan seandainya akan membuka perbuatan setan (diriwayatkan Muslim dari Abu Hurairah ra.)

Di awalan hadis dapat kita fahami dengan jelas kata - kata Nabi S.A.W bahawa Orang mukmin yang kuat lebih baik dan dicintai ALLAH. Bagaimana nak jadi orang yang kuat? Jika ingin kuat dari segi fizikal lain dan tidak bukan kena la buat aktiviti yang mengeluarkan peluh dan mengunnakan otot dengan maksimum. Maka di sini sedikit hint daripada junjungan yang mulia bahawa kita perlu bersenam dan melakukan aktiviti yang a little bit lasak or memang lasak. Jadi, tak kan nabi nak suruh kita buat aktiviti lasak sambil bermaksiat. Maka jika seseorang itu faham bagaimana ingin berislam makadengan secara automatisnya mereka tahu bagaimana ingin menjadikan mendaki bukit adalah satu ibadah dan juga suatu senaman yang mengunji mental dan fizikal.


Marilah kita sama - sama kembali merenung apa yang telah kita perkatakan dan kita lakukan sepanjang usia kita meningkat. Kita menyatakan kita muslim dan kita amat marah jika dikatakan kafir. Namun kembali balik fikirkan, adakah im a real muslim and all live in a muslim lifestyle? Adakah cukup untuk solat lima waktu sahaja itupun dah nak jadi jamak songsang(solat zuhur wat lambat2 sampai dekat waktu asar atau maghrib n isyak). Adakah hubungan sesama manusia adalah suatu hubungan yang tidak dapat memberikan sebarang impak kepada ibadah kita (maksudku adakah aktivitikita seharian itu hanya aktivti seharian tiada kaitan dengan ISLAM) ? Adakah hubungan dengan ALLAH hanya di atas sejadah dan ketika tibanya isra' mikraj, nuzul quran, hari raya, awal muharam? Mari kita renungkan.

Syurga itu indah bukan. Pelbagai nikmat ALLAH sediakan. Nak makan apa? Minum apa? Sungai pun bukan sebarang sungai, sungai susu lagi tu. Bidadari usah dikata cantik indah lawa dan cukup menarik setiap jiwa. Masalah kewangan, anak sakit, jalan sesak, duit tak cukup, mak ayah bising semua itu lenyap di SYUGA.

Neraka itu panas dan amat menyakitkan. Nak makan daging panas cicah nanah? Buah - buahan berduri. Api yang mengelegak memakan setiap receptor rasa kita dengan cukup efisyen dan receptor itu akan dikembalikan untuk kita senantiasa berasa amat sakit dan perit. Sebatan daripada malaikat yang penuh taat menjalankan perintah tanpa belas dan kasian lagi.

Kalau nak diceritakan neraka dan syurga, kanak- kanak pun tahu untuk memilih antara neraka wa syurga. Namun,yang membezakan kanak - kanak dan orang yang telah rasional pemikiranya adalah cara pikir dan cara berbuat. Kita lebih faham namun kitalah yang banyak berbuat perkara yang merapatkan kita dengan neraka dan menjauhkan kita daripada syurga. ALLAH itu adil dan senantiasa memberikan kita pilihan namun, untuk membuat keputusan perlu hati - hati. ALLAH itu tidak kejam. Di turunkanya MUHAMMAD S.A.W, untuk membimbing. Nabi tinggalkan 2 perkara kalau kita berpegang dengan 2 perkara ini nabi jamin kita tidak akan sesat.

Nabi dah diberi. Pedoman dah diberi. Pilihan sudah diberi. yang tinggal hanya untuk memilih...

*harap pembaca sama sama kita bg cadangan bagaimana nak memulih. kadang kala kita sendiri tahu tetapi kenapa kita tidak boleh untuk berbuat sebagimana pilihan kita


1 comment:

  1. u've been tagged...visit my blog and answer the questions, post it in ur blog..hooo...=)

    ReplyDelete

Sebarang cadangan dan pendapat boleh kemukakan di sini...

Anda juga mungkin meminati...