Assalamualaikum
Alhamdulillah diberikan lagi peluang buat hamba untuk menulis lagi. Untuk kali ini sekadar perkongsian kisah yang terjadi pada diri ini untuk tanggal 9 Mei 2009.
Di awal pagi lagi ana sudah dikejutkan olwh ikhwah - ikhwah yang bermalam di sky garden dan kami semua melaksanakan tanggungjawab bertahajud dan seterusnya kami bergerak ke masjid bahagian Kuching. Alhamdulillah dapat kami bersolat subuh berjemaah di sana dan setelah itu, akhi Hisyam menyampaikan sedikit tazkirah selepas kami selesai membaca Al - Mathurat.
Hisyam mengigatkan kembali bahawasanya kita ini perlu bertaqwa dengan sebenar - benar taqwa. Seterusnya juga di nyatakan mengenai tadaburi ayat dan juga menafsir ayat. bahawasanya 2 perkara ini tidak dapat dipisahkan namun 2 ini berbeza. Penafsiran memerlukan kapasiti sebagai ulama pentafsir, dari ayat demi ayat perlu penafsiran yang jelas namun tadabur adalah menghayati ayat ALLAH. Namun untuk menghayati ayat ALLAH perlu kita mengunakan tafsir bagi ayat - ayat yang sukar untuk kita fahami. Setelah pemahaman diberikan dan diterima maka barulah penghayatan akan berlaku dengan baik. Membaca tanpa penghayatan sama saja seperti membaca AL - Quran dengan komik namun jika kita hanya baca pun telah mendapat pahala. Jika tiba ayat rahmat maka kita pohon diberikan dan jika tiba ayat azab maka perlindungan perli di pinta. inilah penghayatan.
Seteruskan kami diberikan sedikit adap dalam menziarahi KUBUR. Jadi setelah tazkirah kami diberikan 10 minit untuk pergi menziarahi kubur. Minziarahi kubur ini penting dan insyaALLAH dapat menghidupkan jiwa - jiwa yang sudah mula layu dan terbunuh dengan hasutan syaitan serta galakan nafsu --> akhirnya sepatutnya segala masalah aku dapat diselesaikan namun, solusinya lambat diketahui setelah menziarahi kubur ini aku realise bahawa aku lupa akan mati dan dengan lupa akan mati maka mula rasa macam akan hidup lama. Alhamdulillah ALLAH izinkan aku bertemu dengan mungkin solusi yang kucari selama ini.
Pada pukul 6.30 dan 7.30 pagi, sebenarnya pada waktu ini dua ikhwahku akan bertolak ke tempat posting masing - masing. Mereka adalah saudaraku yang berjuang dalam bidang kejururawatan. Mereka ini akan berada selama 6 minggu di hospital yang ditetapkan untuk melaksanakan dan memerhati prosedur - prosedur di hospital.
Akhi Rasheedan dan semua student nurse tahun 1 bertolak ke Bau dan Serian pada pukul 7.30 pagi. semuanya kelihatan bersemangat dan ingin menjalani satu pengalaman yang baru. InsyaALLAH akhi, moga anta berjaya dan dapat menjalani posting dengan baik dan dalam redhoNYA. Jangan lupa kami di sini hehehe...
Akhi Roslani pula bersama student nurse tahun 2 bertolak ke Bintulu lebih awal dari rombongan serian dan bau. Beliau juga kelihatan bersemangat dan bertenaga. Ana doakan antum semua sihat dan menjalani posting dengan baik dan sukses.
akhir sekali doakanlah ya akhi untuk kami di Bidang Perubatan Tahun 1 yang akan menduduki peperiksaan akhir tahun ( end of Year 1)
Saturday, May 09, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Anda juga mungkin meminati...
-
Jom sambung Master! Ni contoh emel, doakan berjaya. Assalamu'alaikum wbt and Happy New Year to Associate Professor (A/P) Dr. Zabidah, a...
-
Assalamu'alaikum wr wb. Terkejut? Lapar? Raya ke 7, Naqib, Danial dan Adli cakap nak datang rumah. Nak masak apa? Mak dah letih tolong j...
-
Alhamdulillah, semalam saya diberikan rezeki oleh ALLAH dalam satu majlis yang dipanggil Majlis Berbuka Puasa Anak - Anak Perak UNIMAS anju...
-
Di bilik pembedahan, kena kebal emosi. Ya, kebal emosi. Orang sarawak madah, lingo mauk tebai sikit, iboh nipis gilak. bengkel mbikik...
-
Assalamu'alaikum wbt. Mungkin ikhwah wa akhwat mendapat sms ataupun panggilan daripada ikhwah Sarawak terutamanya ikhwah UNIMAS ataupun ...
salam...
ReplyDeletewah.. macam ramai team first year
barakallah akh.. moga tsabat