1. Dirikanlah solat ketika mendengar azan, walau bagaimana sekalipun keadaanmu.
2. Bacalah al-Quran, pelajari, dengarkan atau ingatilah ALLAH. Jangan mensia-siakan walau sedikit pun dari waktumu tanpa sebarang faedah.
3. Berusahalah untuk berbicara dalam bahasa Arab yang fasih kerana hal itu adalah sebahagian daripada syi’ar Islam.
4. Janganlah memperbanyakkan perdebatan walau dalam urusan apa pun kerana perdebatan itu tidak membawa kepada sebarang kebaikan.
5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubungan dengan ALLAH sentiasa tenang dan berwibawa.
6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang berjihad tidak mengenal kecuali kesungguhan.
7. Janganlah meninggikan suara melebihi keperluan pendengar kerana hal tersebut bodoh dan menyakitkan.
8. Jauhilaj dari membicarakan hal orang lain (ghibah), atau mencela persatuan-persatuan. Janganlah engkau berbicara melainkan hal kebaikan.
9. Perkenalkanlah dirimu kepada saudara-saudaramu yang engkau temui sekalipun tidak diminta, kerana asas dakwah kita ialah kasih sayang dan berkenalan.
10. Kewajipan lebih banyak dari waktu, maka bantulah saudaramu memanfaatkan waktunya. Jika engkau memiliki suatu tugas, selesaikanlah dalam waktunya (jangan bertangguh).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Anda juga mungkin meminati...
-
Jom sambung Master! Ni contoh emel, doakan berjaya. Assalamu'alaikum wbt and Happy New Year to Associate Professor (A/P) Dr. Zabidah, a...
-
Seorang bayi lelaki lahir pada awal bulan November tahun 1989. Jeritan itu menggugah kecekapan seorang ibu yang menjadi bidan kepada anaknya...
-
Assalamualaikum W B T, Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan, ` Sesungguhnya jika kamu bersyukur , pasti Kami akan menambah (ni`m...
-
Alhamdulillah, kalau dihitung hari, hari ini cukup la seminggu kepulangan ana daripada ekspedisi mendaki gunung Santubung Sarawak. Huh gunun...
-
Semalam kami berhalaqah di Masjid Negeri, suatu penghargaan buat mutarabbiku yang menunjukkan komitmen yang jitu dalam halaqah dan juga prog...
-
Dari Lot 77 ke Kafe Bunda Singgah sebentar di Kompleks Belia; Tibanya daku bersama bonda, Menimba ilmu jadi insan mulia. Dari...
ramai yang aktivis dakwah mencampakkan kat kaki je nota imam syahid yang sangat sarat dengan inti nye ini
ReplyDeleteana rasa kalo semua masing2 pahamkan hal ini pun dah cukup baik..