Saturday, February 05, 2011

Ah, malunya!


Semalam kami berhalaqah di Masjid Negeri, suatu penghargaan buat mutarabbiku yang menunjukkan komitmen yang jitu dalam halaqah dan juga program-program tarbiyyah yang lain. Asalannya 5 orang, berkurang kepada 4 orang, berkurang kepada 3 orang, keluar lagi seorang, dan masuk lagi seorang. Boleh agak kan berapa?

Sedang dalam halaqah itu, sekumpulan kanak-kanak datang berlari-lari. Asyiknya mereka melihat pancaran skrin projektor di dinding masjid. Kanak-kanak itu membuat bayang-bayang dari cahaya projektor. Sesi pembentangan berhenti seketika. Sehinggalah kanak-kanak tersebut beredar. Ui. Nasib baik pernah dapat tazkirah tentang sabar.

Hari itu aku memberi taujihat tentang sifat malu. Pengertian malu. Hakikat malu. Jenis malu. Petanda malu. Setelah empat kali aku mengulang-ngulang buku AAI, barulah aku nampak gambaran yang jelas. Dan aku pun baru faham, itu sebenarnya M-A-L-U. Nak lebih lanjut, buatlah ulang kaji sedikit. Sedikit perkongsian tentang malu.

Iman mempunyai 60 cabang, malu adalah salah satu daripadanya.
Bahasa
Menahan, menyendiri, berubah dan mengalah yang dirasai oleh sesorang lantaran bimbangkan perkara yang mengaibkannya.

Istilah
Sifat yang tersemat di dalam jiwa, yang dapat membangkitkan seseorang untuk menjauhi perkara-perkara yang buruk dan menghalangnya daripada cuai menunaikan hak mereka yang berhak.

Nak ekstra? Bacalah sendiri, atau nak lebih mudah? Ikutlah halaqah. :)

Akhir sesi taujihat aku ingin menguji sifat malu yang mereka ada.

"Masing-masing ambil sekeping kertas dan pen, tuliskan...
... tuliskan MAKSIAT YANG KITA LAKUKAN KETIKA BERSENDIRIAN"

Automatik. Mereka menjadi malu. Ada yang dah dua minit, belum tertulis apa-apa lagi di kertas lantaran malu. Mereka jadi betul-betul malu.

"Kenapa tak tulis?, InsyaAllah ana takkan baca depan rakan-rakan"
"Malu lah..."

Jadi, antum faham dah malu itu apa? Kalau kita tulis pun dah malu, insyaAllah, nak berbuat lagilah kita malu. Alhamdulillah antum masih lagi mempunyai sifat malu.
Mereka tunduk lagi. Ada juga yang terhenjut-henjut bahu. Ketawa.


Malu hendaklah pada tempatnya :)

Ingatlah ketika Nabi berkata,

"Perkara yang kamu tidak suka dilihat oleh manusia ketika kamu melakukkannya, maka janganlah kamu lakukan ketika kamu bersendirian." (Riwayat Ibn Hibban)

Dan juga sesetengah ulama mengatakan,

Sesiapa yang melakukan sesuatu perbuatan ketika bersendirian, sedangkan dia malu jika perbuatan itu dilakukan secara terang-terangan, maka dia tidak mampu mengawal dirinya. Dia lebih hina berbanding orang lain.

"Jadi, kalau antum tak rasa malu buat maksiat ketika berseorangan, antum lebih hina daripada orang lain. Faham tak maksud ungkapan ni?"

"Faham"

Aku tersenyum. Rupa-rupanya mudah nak bangkitkan rasa malu mereka. Semoga dengan pengisian 45 minit tersebut, mereka faham dan dapat praktik sifat agung iaitu malu.

Sedikit perkongsian tentang malu,

Rashid al Shirfani

3 comments:

  1. http://ibnusarha.blogspot.com/2009/10/berakhlak-seindah-rasullullah-saw-1.html

    info tambahan berkenaan malu

    ReplyDelete

Sebarang cadangan dan pendapat boleh kemukakan di sini...

Anda juga mungkin meminati...