Tuesday, February 15, 2011

Cerita Suatu Subuh

Bzz.. Bzz.. Bzz..

Telefon bimbit bergetar di atas meja belajar.

Bzz.. Bzz.. Bzz..

Bergetar lagi...

Papp...!!

Laa.. Jatuh dah. Tercabut semua bateri dan cover handphone.

Oh. Dah jam 4.15 am rupanya.

Alamak. Teringat Qiamullail bersama Ustaz Zahazan bermula jam 3.00am. Duh.

Setelah bersiap, dengan rakan serumah, aku bergerak ke Masjid At-Taqwa. Datang untuk solat subuh sahaja, itupun makmum masbuk sebaik sahaja sampai di sana.

Sebelum masuk ke dalam masjid, telihat begitu ramai kereta-kereta besar dan mewah parking kat luar perkarangan masjid. Terasa seperti solat jumaat pula. Fuh. Andai setiap subuh begini, pasti Zionis terketar-ketar dah. Alhamdulillah, Hosni Mubarak pun dah berundur diri, semoga satu per satu negara-negara Islam terbebas dari belenggu pemerintahan berbaurkan Israel dan Amerika.

Pagi subuh itu sungguh dingin. Hujan pun segan-segan mahu menumpahkan mutiaranya. Selesai sahaja solat Subuh yang beralunkan Surah Luqman pada rakaat kedua, Ustaz Hashim Man terus membuat pengumuman yang selepas ini akan diadakan kuliah subuh yang disampaikan oleh Ustaz Zahazan. Wah. Sebelum ini hanya didengari dari frekuensi 93.6 sahaja, kini figura 'bersembunyi' di dalam radio menjelma di hadapan mata. Walaupun ada kalanya, ustaz hilang kerana mata terpejam. Hee...

Ustaz Zahazan memulakan kuliahnya. Terasa getarannya bila dia memberikan salam kepada jemaah. Sungguh. Masjid at-Taqwa penuh dengan jemaah muslimin dan muslimat. Ada lebih kurang 2-3 handy-cam yang terpacak di hadapan ustaz, sudah tentu ilmu ini sangat dicintai oleh pemburu-pemburu siri ceramah para ustaz. Kuliah yang banyak menceritakan tentang junjungan besar, Rasulullah s.a.w. Ini termasuklah peribadi, sifat mulia, dan tingkah laku baginda. Sepanjang 1 jam setengah kuliah beliau, hadirin tidak berganjak pun. Memang ada sebilangan yang beransur, mungkin kerana hajat lain yang lebih utama. Namun, aku dan teman serumahku setia di saf antara yang paling belakang untuk mendengar sehingga tamat kuliah ustaz. Sekali sekala aku dicuit, kerana terhangguk. Entah apala syaitan banyak sangat menggoda hingga konsentrasi aku pun terganggu. Takpa. Kita boleh review balik dari video encik H.

Di akhir kuliah ustaz, sempat mempromosikan beberapa buah buku dan majalah yang bermanfaat untuk dibeli. Teringat kata-kata promosi ustaz,

"Majalah ni tak da gambar perempuan-perempuan seksi, takda kat depan ni gambar laki-laki berotot, takda gambar kereta mewah, tapi semuanya bahan-bahan yang bermanfaat bersumberkan al-Quran, hadits, sirah nabi, ada fiqh wanita, dsb." Lebih kurang gitula.

Ustaz sibuk melayan hadirin yang menginginkan autograf beliau.
Sempat ambil gambar kat belakang jer.


Teman serumah pun sama.. Ngee..

Balik tu, hujan lebat sangat. Terima mesej dari ikhwah Tahun Satu Perubatan yang sedang menyertai perarakan...

"Hujan lebat ni, kite orang basah kuyup ni, tapi berarak jugak.."

Oh. Kesian pulak.

Hujan juga di sini,
MRE.


No comments:

Post a Comment

Sebarang cadangan dan pendapat boleh kemukakan di sini...

Anda juga mungkin meminati...