Thursday, May 06, 2010

Hari 5 - Denyutan Katil 24

Assalamu'alaikum wbt.

5.08am, azan berkumandang di Pusat Islam UPM. Selang beberapa minit kemudian, seorang ikhwah menelefonku sebab semalam aku berpesan untuk mengejutkanku untuk bangun subuh. Aku menjawab panggilan namun speaker telefonku yang hilang fungsi menyebabkan aku tidak dapat mendengar suaranya.

Subuh pagi itu sungguh nyaman. Sampai di PI UPM aku disapa. Orang yang sama hari itu.

“Jam berapa dah bangun?”

“Oh. Baru bangun, tapi terlepas masa tahajud.”

“Ana call tadi, kenapa takda suara?”

“O. Speaker ni rosak.”

Betul lah sangkaan ku. Dialah yang memalingkan senyuman semasa aku memberi salam kedua. Dan dialah ikhwah UPM yang dicari-cari. O_O

Subuh itu dia mengalunkan surah al-Balad dan as-syam. Usai solat, kami membuat halaqah, untuk taaruf. Hanya tiga orang. Dan perkenalan itu pun bermula.

“Hujung minggu ni ada program? Kalau anta free bolehlah join sekali. Boleh jumpa Ustaz A.”

“Sabtu ana masih kerja, tapi Ahad insyaAllah boleh join… Program apa?”

“Program remaja, dengan pelajar sekolah Bandar Bintulu.”

“Oh… InsyaAllah.”

Kutumpu penglihatanku ke dinding. Oh. Masih ada program dakwah yang berlangsung di sini. Inilah peluang yang tak boleh dilepaskan. Tetapi...

“Bolehla main bola pagi Ahad ni…”

“Main bola?”

Hatiku terasa lucu. Main bola? Nak keluarkan kaki kerusi ni? Hehe. Perkenalan kami semakin panjang sehinggalah ke kedai makan. Refah Café menerima kunjungan kami.

“Ah, orang jauh dahulu…”

“Bagi teh tarik, roti kosong dua.”

Bersama pagi itu 2 orang lagi ikhwah UPM. Sepanjang perbualan itu, terdapat soalan yang aku tiada jawapannya. Ada juga yang aku iyakan sahaja, tanda kurang mengerti.

Program? Nak join? Aku tahu, langkah boleh bergerak bebas jika masih selari dengan prinsip yang diamanahkan.

*****

Lepas ni nak pergi Bahagian IT, nak ambil Borang Penggunaan Internet.

“Ketua, jom pergi ambil borang!”

“Ok”

“Jam 12 ni k!”

“Ok”

Memeriksa di bilik. Eh. Ketua masih tidur? Huh.

*****

Balik dari Refah café, aku diajak melawat sekitar UPM, membonceng motosikal. Dia sungguh mesra dengan kakitangan UPM, dari pak guard yang telah berkhidmat selama 4 tahun, sehinggalah pensyarah muslim warga Ghana. Dia sapa semua, dan semua pun kenal dia. Kami kemudian berhenti di bahu jalan, di atas sebuah bukit. Kupandang sebelah kanan, sekumpulan rusa sedang berehat.

“Eh, macam mana nak panggil rusa ni dekat?”

“Nah, ambil ni bagi dia makan.”

Oh. Macam tu pulak.

“Macam mana nak bezakan lelaki dengan jantan?”

“Tengok tanduknya…”

“Pandai!”

“Macam mana nak tahu betina itu bunting atau tak? Eh. Jururawat mesti tahu…”

Aku menggaru kepala. Kami merawat manusia saja. Tak pernah pulak rusa admit dekat ward.

“Ala… tengok putingnya. Kalau kembang, maksudnya bunting lah tu.”

Haha. Aku mengalah. Ikhwah UPM ni ilmu pertaniannya dah tip top. Huh.

*****

Hari ketiga di wad. Pesakit dekat wad hanya 3 orang. Pesakit gynae banyaklah. Tapi belum masuk belajar lagi disiplin tu, mana boleh bagi care yang sepatutnya. Kami bertiga dipindahkan ke wad perubatan lelaki.

“Adik, kalau tak ada kerja lagi, tolong kakak buat TPR.”

“Baik.”

Tahula itu order yang biasa. Dari bed 1 hinggalah bed 27, semuanya sudah dibuat TPR. Mata mengerling jam, 5pm. Medication time!

Masa untuk memberi oral medication tiba. Setiap chart perlu diperiksa untuk mengenalpasti pesakit mana yang perlukan ubatan. Mata mengerling lagi, jam 6pm. Aku baru ingat yang aku belum lagi makan tengah hari. Makan malam pun belum. Harap-harap perut tidak masukk angin macam kelmarin.

Denyut Kasih Medik, antara novel yang sedang aku hadam sekarang. Ternyata sangat bermanfaat. Baru sahaja aku terjumpa Clexane, sejenis pencair darah yang berasaskan khinzir, dan aku disuruh untuk menyuntik ubatan itu kepada pesakit. Memeriksa nama.

“Ben Meling”

Iban. Tapi memang bolehkah suntik Clexane kepada pesakit waima patient itu bukan Islam. Hah. Macam mana tu? Mana mau cari Dr. Muslih kat sini. Hmm.

Ben Meling (bukan nama sebenar), antara pesakit yang tidak dapat bergerak. GCSnya sudah tentu kurang daripada 10. Ubat-ubatannya sangat banyak, berkeping-keping medication chart yang doktor tulis. Medical Diagnosis, Meningitis. 1 bulan di ICU, dan baru 3 hari dimasukkan di wad.

Aku diarah memberi ubat untuknya. Bukan secara oral. Tapi ubatannya tablet. Pesakit tak boleh tolerate orally. Gastric aspirationnya pun dah keluar hingga ke hujung tiub. Tekniknya, hancurkan ubatan dengan lesung batu, larutkan, dan masukkan melalui tiub NG.

Aku menyedut keluar dulu gastric fluid, 50ml. Banyaknya, dan ada banyak lagi di dalam. Aku tuang ubatan ke dalam, dan bilas dengan air biasa. Selesai.

Selesai memberi ubatan oral. Kami terus diminta untuk menyediakan ubatan suntikan. Tak habis-habis lagi prosedur. Dengan cepat, medication chart diperiksa sekali lagi. Ubatan suntikan disusun mengikut nama dan dosej. Clexane. Macam mana ya dengan clexane?

“Eh, tak payah dik, ubatan suntikam sudah dibagi kakak tadi.”

“Huh?”

Setengah jam mencari dan mengira dosej tiba-tiba kata tak payah. Haha. Hampanya.

Tiba-tiba, suasana bertukar cemas.

“Panggilkan Dr. Loh, BP patient drop, SPO2 pun drop!”

Seorang SN bergegas memanggil rakannya. 3 orang SN berkumpul di satu katil.

Bed 24: Ben Meling.

Hah? Ben Meling? Baru sahaja aku memberi ubat untuknya tadi petang.

Kecemasan!!!

“Bagi CPR!”

“1… 2… 3…”

“Prepare ambu bag” arah Dr. Loh.

“Siapa mau ganti saya buat CPR?”

“Saya!” SN yang berada di belakang mengambil giliran.

“Prepare defibrillator!” Arah Dr. Loh lagi.

“Gantikan saya!” SN yang keletihan membuat CPR meminta pengganti.

“Mari saya ganti!” Atendan yang berada ditepi maju kehadapan dan meneruskan CPR.

“1… 2… 3… Clear!” Dr. Loh cuba membuat defib. Semua berpaling ke belakang.

“Clear!” semua menyahut.

“Zzub!”

“Tiada nadi…!”

CPR bertukar tangan lagi. Semunya keletihan.

“Kamu mau belajar buat CPR” tanya madam.

“Boleh juga” jawabku. Aku terus mengambil gloves dan menunggu di belakang SN yang membuat CPR.

“Turn!”

“Ok! 1… 2… 3… 4… 5…”

“Bagging lagi!”

Huh, peluh membasahi dahiku. Hentakkanku ke dada tidak membuahkan hasil. Dr. Loh mengambil giliran membuat CPR. Hampir semua orang sudah memberi CPR, termasuklah atendan, JM, SN, CI, Dr, Student, namun tiada yang berjaya.

“Jam berapa mula tadi?” Tanya Dr. Loh

“6.37pm” jawab SN.

Aku mengerling jam, dah 7.05pm. Tidak hairanlah semua dah keletihan. Dr. Loh memeriksa nadi karotid. Menggeleng kepala. Tanda letih ataupun tak berjaya? Ataupun kedua-duanya? Bibir Ben Meling pucat, cecair putih keluar dari mulutnya. Tapak kakinya pun kuning. Kejur dan sejuk.

“Panggilkan bapa dia!”

“Saya…!”

“Encik, encik tahukan keadaan anak encik dah lama macam ni. Kami dah cuba yang terbaik untuk selamatkan, tapi tidak berjaya lah…” Dr. Loh menerangkan apa yang berlaku dengan termengah-mengah.

“Oh… iya lah. Tak apalah doktor,terima kasih.”

Dia mendengar dengan tenang. Wajahnya ditundukkan di hadapan Dr. Loh. Sang bapa seoalah-olah sudah menduga akhirannya seperti itu. Riak wajahnya tak banyak berubah. Tetapi hatinya sudah tentu kesedihan. Anak yang ditatang 15 tahun, pergi meninggalkannya pada hari itu.

Semua penat. Perlukan rehat.

Hari aku di ward berlalu pantas hari ini dan banyak pengajaran hidup yang diperolehi secara live. Aku ingin memejamkan mata buat seketika. Biarlah hembusan bayu di Bintulu ini membelai lembut tidurku.

Himpun daya untuk besok,

Rashid al-Shirfani.

5 comments:

  1. ni boleh lawan Detik Cinta medik ni

    ReplyDelete
  2. hmmm... ana baru baca cerita ni. memang best perkongsian pengalaman nta. jadi nurse ngan doktor ni memang dapat pengalaman lain dari yang lain. setuju dengan danial, bleh try buat novel nih. :)

    ReplyDelete
  3. boleh buat novel "denyut kasih nurse" hoho

    ReplyDelete
  4. seronok sy baca karya kamu ini.betul ker semua ni berlaku atau sekadar hanya sebuah tulisan yang hanya terlintas di fikiran awk???teruskn berkarya..

    ReplyDelete

Sebarang cadangan dan pendapat boleh kemukakan di sini...

Anda juga mungkin meminati...