Sunday, May 02, 2010

Hari 1 - Musafirin

Assalammu'alaikum wbt.

Alhamdulillah. Hari yang ditunggu sudah tiba. Melihat jauh di luar fakulti, bas UNIMAS bergerak masuk akhirnya setelah penantian semalaman membuahkan kehampaan. Perjalanan ini akan menjadi perjalanan yang paling panjang pernah aku lalui melalui jalan darat. Kuching ke Bintulu bukanlah dekat sepertimana Samarahan. Oh. Sudah tentu perjalanan yang memenatkan.

Sekadar perkongsian suatu permusafiran, merentas Sarawak melalui bandar-bandar kecil dan tak kurang bandar besar dalam negeri Sarawak. InsyaAllah, setiap detik perjalanan ini akan ku kongsi, terutama sekali kepada ikhwah yang selalu menatal blog TTT.

7.15am: Perjalanan itu pun bermula, doa memulakan perjalanan kubaca. Mengharapkan sebuah perjalanan yang mengajak aku melihat keagungan Allah. Atmosfera Kuching akan ditinggalkan dengan harapan di Bintulu.

7:52am: Siburan. Menelefon ibu. Sekadar untuk membuatkan hatinya lega akan keselamatan perjalanan yang baru bermula ini. Ibu berpesan, "Jago dirik bagus-bagus!".

8:20am: Serian. Bandar kecil ini dulunya selalu kukunjungi, menemani ibu menjual kelapa. Namun kini, pengusaha minyak kelapa itu sudah menamatkan bekalan daripada kami. Bila ternampak kedai makan Sri Jati, teringat adegan makan-makan dengan ikhwah UiTM semasa jaulah mereka. Hmm. Selangkah dua kakiku berjalan, ternampak seorang penjual sedang menggantung daging khinzir. Oh. Dan aku berjalan lagi selangkah, belakangnya ada kedai jual kuih-muih Melayu. Orang jualnya pakai tudung. Oh. Dekatnya.

8:32am: Mesej kakak yang berada di Sibu. Hari ini perjalanan ke Bintulu bermula.

10.25am: Lachau. Jangan salah sebut. Ejaannya, L-A-C-H-A-U, Lachau. Pusat 'R&R' antara Serian dan Sri Aman. Macam-macam ada dijual. Ulat mulong, ulam-ulam, rotan, dan kebanyakkannya barangan hasil hutan dan pertanian. Di kejauhan aku ternampak seorang kakak menjual burger. Nak satu! "Benjo" Upp.. RM1.70? Telur dua biji, digoreng dibahagi 3? Oh sungguh berbeza kaedah dan harga. Namun tetap sedap sekadar mengelak perut kembung. Sedap.

11:15am: Simpang Sri Aman. Tidak masuk ke Sri Aman sebab jauh ke dalam, lagipun perjalanan yang jauh tak perlu berhenti selalu sangat kalau tidak perlu. Nanti jam 1 pagi baru sampai. Haha. Singgah di kedai makan Islam. Makan daging masak kicap. Sedap jugak. Ish2. Usai makan, sempat lagi dhuha. Ternampak ruang solat di hujung kedai makan. Ah. Leganya terkena wudhu'.

1:45pm: Kawasan R&R Sebangkoi. Teringat semasa singgah di R&R dalam perjalanan ke Subang. Walaupun sudah jam 2 am, suasananya masih meriah. Kat sini. Mati. Tak ada orang pun. Terdapat surau yang agak besar. Solat jamak dan qasar zuhur dan asar. Rasa macam nak terlelap sekejap. Haha. Jangan nanti tertinggal bas.

3.30pm: Sibu. Oh. Kesan daripada bencana banjir, jalan-jalan di Sibu kurang elok. Lubang dan lopak menyebabkan bas berhenjut-henjut. Akhirnya berhenti di Pintu Gerbang Sibu. Banyak 'berhala-berhala' moden yang terukir cantik. Kakak menelefon, ketika itu aku di sebuah kedai membeli sabun dan serbuk cuci. Sebab sampai di Bintulu dah gelap, terus ke asrama. Tak pasal-pasal tak mandi pulak. Kakak menelefon lagi, minta berjumpa di hadapan Pasar Sentral Sibu. Jumpa, tetapi abang ipar. Kakak dalam kereta dengan anak-anaknya. Pergi ke kereta. Wah tembam sudah si Aqilah.

6.00pm: Stesen minyak Selangau. Bukan Selangor, langau-se. Seekor langau. Haha. Singgah melihat barangan di kedai. Mi sedap RM5.00!! Kat 100% boleh dapat RM2.50 jak. 2 kali ganda harga. Tak jadi beli. Beli ubat chikiteckaun jak. Huh. Di sebelah depan stesen, simpang ke Mukah, Oya, Baligian, dan Matu.

8.30pm: Bintulu. Sampai sudah. Permandangan malam nyatanya Sibu memang indah. BAndar yang lebih baharu membangunnya daripada Sibu. Bintulu memang spatious. Jalannya lebar, banglonya pun besar-besar. Di sebelah kanan Sing Kwong Supermarket, kiri ada Farley, depan sikit ada MDS.. MDS? Muhamad Danial Salim? Tak sangka dia bukak cawangan di Bintulu jugak. Haha.

9.00pm. Sampai hostel Universiti Putra Malaysia UPM. Ingatkan sekecil FPSK sahaja, namun besar jugak. Memang besarlah! Pindah barang ke tingkat 4, kotaknya besar-besar, berat-berat. Habis angkat, semua lenguh-lenguh. Nasib baik sempat solat sebelum collapse. Huh. Menunggu besok.. Ada apa ya di bandar Bintulu?

Boleh tengok gambar di Facebook.

Bersambung.

UPM Bintulu,
Rashid al-Shirfani.

No comments:

Post a Comment

Sebarang cadangan dan pendapat boleh kemukakan di sini...

Anda juga mungkin meminati...