Tuesday, May 11, 2010

Hari 11 - Peluh Jantan

Assalamu'alaikum wbt.

Pagi itu kami solat subuh dengan seorang pensyarah berstatus Dr PhD. Orangnya biasa-biasa, menggunakan saga versi lama. Kuingatkan staf biasa di UPM, rupa-rupanya setelah diperkenalkan, dia bukanlah orang biasa. Dengan Umara, dia pun berbahasa ana-anta. Boleh agak siapa kan?

Lepas subuh, aku berbual agak panjang dengan Umara. Dari isu dakwah, iman, sehinggalah badminton. Perbualan kami berlanjutan sehingga jam 6.03am. Aku bergegas naik, aku sedar aku akan terlewat. Tangga-tangga menuju ke tingkat empat membuatkan aku semput dan lenguh kaki jika berlari.

Sah. Aku orang yang paling akhir masuk ke dalam van pagi itu. Keringat membasahi dahi. Peluh-peluh jantan menitik awal pagi ini.

*****

Di wad. Suasana seperti biasa. Cuma berbaik-baik kembali dengan SN setelah kelmarin berlaku sedikit salah faham dengan mereka. Terlihat di atas kaunter hadiah-hadiah bersusun. Besar kecil dan berwarna-warni. Baru aku teringat yang 12 Mei merupakan hari bersejarah untuk para jururawat di Malaysia. Hari Jururawat.

“Kalau kamu nak join, boleh juga, kamu bawak hadiah kamu untuk exchange besok, kita ada cabutan dalam jam 1.30pm macam tu. Nak?”

“Eh, boleh juga!” rakanku membalas.

Tapi bila masa nak beli hadiah? Balik-balik kerja dah jumpa bilik. Kalau dah penat, tidurlah.

*****

Balik kerja. Jam di tangan menunjukkan pukul 2.30pm. Huh. Teringat ajakan Umara petang tadi untuk bermain badminton di blok A.

Badan terasa penat setelah seharian berdiri di wad. Memang perlukan rehat. Lantas aku merebahkan jasad di atas tilam yang keras setelah siap membersihkan diri.

*****

Aku terjaga, jam 4.30pm sudah. Suasana panas di dalam bilik membuatkan aku terjaga. Astagfirullah, asar sudah berlalu hampir 1 jam. Aku lantas menuju ke bilik air untuk menyegarkan diri.

Usai solat, aku mesej Umara.

“Dah start main?”

“Belum, lagi 5 minit.”

Aku beransur keluar, menuju ke blok A. Aku menjumpai Umara dan rakan-rakannya, termasuk Anan yang masih berseluar slack, pun nak bermain badminton? Haha.

Game pertama,

Aku digandingkan dengan Asyraf untuk menentang regu Ayyub dan Salman.

Kalah!

Game kedua,

Ayyub dan Salman menentang Anan dan Said,

Regu Ayyub kalah!

Game ketiga,

Anan dan Said menentang Umara dan Jarrah,

Anan dan Said Menang lagi!

Game keempat,

Anan dan Said menetang Asyraf dan Jarrah,

Akhirnya regu Anan kalah.

Perlawanan itu berakhir jam 6.10pm. Hujan renyai-renyai seolah-olah menyuruh kami untuk berhenti bermain. Hah. Peluh-peluh jantanku akhirnya keluar dan membasahi baju. Jika sebelum ini aku hanya berpeluh kerana membuat prosedur, namun hari ini aku telah mengaktifkan diriku dengan badminton bersama ikhwah. Huhu.

*****

Oh ya, bagaimana cerita dengan Pesakit katil 7 yang collapse semalam ya?

Begini, hari ini dia masih terlantar, namun sudah mampu menggerakkan tangan dan kepalanya. Akhirnya dia berjaya sedar, namun ventilator masih di mulutnya. Belum lagi pulih sepenuhnya, hanya motor respons di jari-jemarinya yang mulai pulih. Harap-harap Allah masih memberikannya peluang untuk hidup dan semoga dia memperoleh hidayah.

UPM Bintulu,

Rashid al-Shirfani.

1 comment:

  1. Salam akhi.. kelakarlah cerita anta.. yg paling lucu adalah 'peluh jantan'.. bunyi yg rasa lucu dan geli..hehehe..

    mcm mana akhi, ada jumpa ikhwah?, ada join program mereka?.. ada jumpa ust A?...

    ReplyDelete

Sebarang cadangan dan pendapat boleh kemukakan di sini...

Anda juga mungkin meminati...