Assalamu'alaikum wbt.
*****
Suasana di wad hari ini tenang, aku melihat kembali katil peninggalan Ben Meling. Masih jelas kelibat kecemasan semasa membuat CPR kelmarin. Kini katil itu kosong.
“Dik, sedia drip stand, ada admission, kemas katil 11 sekali.” Arah SN Florence.
“Baik.”
Bergerak masuk seorang remaja lelaki yang kelihatan lemah. Kulitnya gelap daripada biasa. Nampak macam bukan orang tempatan.
“Dik, lepas ambil TPR, tolong ambil ECG reading sekali untuk bed 11, Sutino.”
“Sutino?”
Case note dirujuk, tertera namanya
“Sutino Pato”
Warga Indonesia yang baru bekerja di Bintulu. Usianya baru 18 tahun, sudah merantau keluar mencari rezeki di negara jiran.
“Bahasa kamu sama tak dengan Jawa?”
“Tak, saya dari Sambas, Kalimantan.”
“Kalimantan? Keluarga kamu di mana?”
“Keluarga saya di Sambas.”
“Seronok tak bekerja di Malaysia?”
“Hmm. Boleh ja.”
Sutino menunjukkan muka yang membuatkan aku keliru, senyum dalam kesakitan yang ditanggungnya. Diagnosis dalam case note menunjukkan yang dia dijangkiti Malaria P. Vivax. Pernah dimasukkan ke hospital pada tahun 2009 atas sebab yang sama. Kulihat abdomennya bengkak. Matanya sedikit kuning, bibirnya pucat. Kurujuk lagi, tertulis splenomegali. Pembesaran organ spleen.
Ya. Aku harus memilih pesakit ini untuk case study. Tinggal 3 hari lagi untuk menyiapkan case study yang pertama di wad ini. Kalau tak aku telah mensiakan minggu ini dengan begitu sahaja. Baiklah Sutino, engkaulah pilihanku.
Sesingkat ini,
Rashid al-Shirfani.
Assalamu'alaikum. Ana nasihatkan dari sudut kerahsiaan (confidentiality), bukankah kita kena rahsiakan nama pesakit?
ReplyDeleteberhadapan dengan malaria ye...mesti hadam bebetul malaria, nanti prof balbir marah pulak hehe...
ReplyDelete