Sunday, May 09, 2010

Hari 7 - Imam Nigeria

Assalamu'alaikum wbt.

“Assalamu’alaikum, jom solat subuh. Ana tunggu anta di tempat parking semalam.”
“Ok.”

Mesej itu masuk 20 minit setelah mataku celik dinihari itu. Aku bergegas turun ke bawah, meluru ke tempat parking motosikal. Andai kata mataku pejam lagi, aku akan kerugian sesuatu yang amat berharga subuh itu.

Imam Nigeria.
Iqamat dialunkan. Seorang lelaki yang berpakaian petak-petak besar berjalan cepat ke tempat imam. Uh, orangnya gelap, segelap ‘wanita penghuni syurga’ yang pernah aku ceritakan sebelum ini. Solat dilangsungkan, imam istimewa pagi ini membacakan surah as-Saff, surah yang aku hafal sehingga ayat 10 sahaja. Namun imam pagi ini sangat lancar bacaannya, walaupun ada sesetengahnya aku tidak dapat mendengar dengan jelas. Rakaat kedua aku tidak dapat mengecam surah apa, kerana handphone sesorang berdering.

Ba’da solat, ikhwah memperkenalkan aku dengannya.

“He is my friend from UNIMAS.”
“Assalamu’alaikum”
“Wa’alaikumsalam, I’m Rasheedan” aku memperkenalkan diri.
“And I’m Anan,” balasnya.
“Dia pelajar PhD kat sini, kawan baik ana, hehehe!” sambungnya.

Perkenalan itu terhenti setakat itu sahaja, Anan melemparkan senyuman dan berlalu. Huh. Aku dan ikhwah sempat duduk lagi, meneruskan sembang pagi.

“Eh, jom pergi breakfast!”
“Breakfast? Ok. Jom!”

Pagi itu kami breakfast di tempat yang sama. Menu pun semua seakan-akan sama.

*****
Di wad. Hari ini hari Khamis, masih lagi kami di Male Medical Ward. Panggilan dari Accident and Emergency Department memaklumkan akan ada satu kemasukan baru di MMW.
10 minit selepas itu, seorang lelaki masuk menggunakan kerusi roda ditemani abang PPK. Dia kelihatan lemah.

“Rehatkankan dia di katil 6. Ambil vital sign, FBC, G6PD, lepas tu rekod dalam chart ye dik.” SN Julia seolah-olah tahu itu target prosedur klinikal kami. Botol specimen dikumpul, borang Patologi dilengkapkan, mesin BP auto ditarik dekat.

Di katil itu, aku, seorang rakan, dan Clinical Instructor Kolej Swasta berdiri mengelilingi pesakit.

“Berapa BP?” Tanya rakanku.
“230/110!” Dengan terkejutnya, aku melihat mesin BP 2-3 kali. Ya, betullah, dia memang high BP.

Apa yang paling penting kita nak lihat untuk patient yang baru sahaja didiagnos ESRF?
“Fistula” jawabku.
“Good, patient sudah ada fistula?” tanya CI itu lagi.
“Belum.”

“Ha, sebab tu patient ni High BP, fluid berlebihan belum dapat dikeluarkan. Cuba kamu tengok patient…” sambungnya.
Pesakit mengalami kesukaran untuk bernafas.
“Ini disebabkan fluid yang berlebihan itu cuba escape ke dalam dia punya lung. Menyebabkan lung capacitynya turut berkurangan,” jelasnya.
Wah. Boleh tahan jugak patophysio CI ni. Tak lama lepas itu, dia berlalu mencari pelajarnya yang hendak membuat prosedur.

“Pak cik, ada gatal-gatal seluruh badan tak?”
“Ada…” balasnya.

Memang betul la apa yang aku jelaskan semasa MSN I presentation lepas. Pesakit akan mengalami kegatalan seluruh badan disebabkan oleh urea yang tidak dapat disingkirkan melalui air kencing, keluar melalui liang-liang peluh lantas menyebabkan iritasi terhadap kulit. Kulihat kembali kulit pesakit, hitam dan penuh kesan garuan.

Kami menarik kembali troli untuk mengambil specimen darah. Rakanku yang belum ada target membuat venipuncture melakukan prosedur itu. Aku hanya membuka botol-botol specimen dan mengacukan kepadanya.

Selesai mengambil sampel darah, mesin ECG ditarik.

“Mesin ini untuk apa?” tanya anak perempuannya yang berada disisinya.
“Yang ini untuk mengenalpasti keadaan jantung pak cik melalui gelombang elektrik.”
“O,”anaknya menganggukkan kepala.

“Ok yer pak cik, kami nak periksa jantung pakcik dulu. Jangan risau, mesin ini tak menyakitkan.”
“Baik.” Pak cik akur.

*****
Rutin harian wad diteruskan seperti biasa, tepat 5.30pm ubatan perlu disediakan untuk pesakit.

“Rashid, tadi kakak marah saya tau, cap blood sample tu salah, kesian patient tu, kena ambil darah lagi.” Adu rakanku.
“Hoh… salah saya lah tu, saya buka semua cap tu tadi, mesti botol dia tersalah cap.”
“Satu lagi, long lead 2 ECG tadi pun salah… Sedikit saja yang diterima bacaannya”
“ECG pun salah?, kakak tak buat ECG lagi lah?”
“Tak, doktor dapat baca long lead 2 itu, walaupun ianya pendek.”
“Macam mana kita boleh salah saja ni?”
“Mesti kita gopoh sangat nak buat prosedur, excited sangat.” Balas rakanku.

Serba tidak kena. Ambil sampel darah, tersalah cap botol specimen, buat ECG, bacaan long lead 2 tak berapa mencukupi. Kesilapan, kesilapan, kesilapan. Adakah ini yang dinamakan belajar daripada kesilapan? Huh.


UPM Bintulu,
Rashid al-Shirfani

1 comment:

  1. Ada ikhwah ya akh di Bintulu. Kirim salam kami di Kuching.

    ReplyDelete

Sebarang cadangan dan pendapat boleh kemukakan di sini...

Anda juga mungkin meminati...