Monday, February 09, 2009

Jaulah Kuching






Berhala-berhala kucing banyak terdapat di Kuching

Assalamu’alaikum wr wb. Ana merafakkan kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana masih diberikan kudrat untuk berblog. Ana mengucapkan terima kasih kepada pemilik ‘al-Insan’, akhi Danial, kerana memberikan sepetak kolum untuk ana berkongsi pengalaman dengan antum sekalian.

InsyaAllah, buat pertama kalinya, ana akan hadir berkongsi saat-saat ana berjaulah di bandaraya Kuching sabtu lepas, saat ana ditinggalkan oleh ikhwah yang lain pergi berjihad. (hmm...) Terlebih dahulu, terima kasih kepada akhi Naqib kerana memberikan kebebasan untuk menggunakan motosikal miliknya. Jazakallah.

Biasalakan… pagi-pagi tak lengkap rasanya tanpa sarapan yang enak! Ana meninjau beberapa kafe dan restoran di sekitar India Street (Lebuh India) untuk mencari sesuatu yang boleh dijadikan “sepak mula” jaulah ana pada hari itu… Ternyata bau Mee Kari dari kedai berhampiran meransang saraf olfaktori ana untuk mencuba. Mee Kari satu! Sama teh tarik kurang manis! Fuh… servisnya cepat sekali… Rasanya enak tak terperi…

Mee Kari & Teh Tarik Kurang Manis (Tanpa susu boikot)

Mee kari ini nampak macam biasa, tetapi istimewanya pada kuahnya yang c
ukup menyelerakan perut yang lapar. Mee kuning + taugeh + manok + cekodok + etc... = RM3.50 sahaja. Teh tarik kurang manis tanpa susu boikot = RM1.90. Jadi, sarapan ana pada hari itu berharga RM5.40. Alhamdulillah... sedap dan murah.

Sambil meneruskan perjalanan, ana membelek Berita Harian, isu politik di Perak menguasai beberapa muka surat utama. Hmm... Apa yang tak kena dengan Malaysia sekarang?

Ana melalui Kompleks Perlancongan Sarawak, sambil melihat beberapa kraftangan murah yang bersangkut di deretan-deretan gerai tepi jalan. Ana tersenyum... "Kayu boleh menukar wang"...
Satu yang membuat ana sedih, remaja-remaja menghabiskan masa melepak di kompleks itu, sambil melayan pasangan masing-masing. Dan kebanyakkannya remaja bumiputera, (100% bumiputera kot...). Boleh-boleh masa dibazirkan begitu sahaja? Ana tersenyum sinis...
KPS dilalui dengan hati yang walang

KPS merupakan antara bangunan sejarah lama tinggalan kerajaan British. Bangunannya yang masih menitikberatkan konsep asal menjadi salah satu daya tarikan pelancong ke Kuching (yer ke?)

Ana terus bergerak menyusuri tebingan Kuching yang dipenuhi manusia. Hitam, putih, genit, montel, tinggi, rendah, semua ada. Rata-rata, remajalah yang menguasai kawasan itu walaupun masih awal. Perhatian ana tertumpu apabila sekelompok remaja berpakaian 'gothic' melewati laluan pejalan kaki berhampiran lampu isyarat Tun Jugah. Ana tergelak sendiri melihat cara mereka berpakaian, sungguh pelik dan menyedihkan. Begitu budaya tercemar ini berjaya memukau muda-mudi di Bandar Kuching. Inilah salah satu hasil per
ang pemikiran, dan remaja kita kalah dengan nyatanya.

Tewas dalam perang pemikiran - Gothic

Sepanjang ana berjaulah di tebingan sungai Kuching, ana berhasil untuk merakam gambar beberapa bangunan yang tersergam, kononnya lambang ketamadunan masyarakat kini.
Pasar Lama, Jalan Kho Yun Yeang


Riverside Majestic, Kuching


Riverbank Suite, Kuching

Alhamdulillah, setakat ini bahagian 1 jaulah Kuching ana. InsyaAllah dalam masa terdekat, ana akan berkongsi lagi ceritera duka senario di Kuching yang kebanyakkannya membuatkan manusia leka dan lalai dengan tanggungjawab sebagai hamba Allah.

..::prokiyai::..

3 comments:

  1. aku tau manok = ayam..heheh....

    terasa terer pulak walaupon sekadar 1 patah...haha...

    ReplyDelete
  2. salam

    mm..sedih melihat bandarraya kuching
    xda ka sekelumit kebaikan yang anda nampak pada bandarya ku ini?
    adakah semuanya kejahatan smata?

    ReplyDelete

Sebarang cadangan dan pendapat boleh kemukakan di sini...

Anda juga mungkin meminati...