Orang yang paling banyak ingat kepada mati
dan paling banyak persiapan untuk mati,
itulah orang yang betul - betul cerdikriwayat Malik dan ibnu hajjar
~ akh izat KMPk
Medan bicara berbeza dengan medan berfikir,
Medan amal berbeda dengan medan berbicara,
medan jihad berbeda dengan medan amal
dan medan jihad yang benar berbeda dengan medan jihad yang salah
Imam As - Syahid Hassan Al Banna
~akh Izat KMPk & akh Amzar
3 hal yang menyelamatkan
- Takut pada ALLAH pada waktu sembunyi atau terangan
- Adil pada waktu senang atau marah
- Sederhana pada waktu miskin dan kaya
- Nafsu yang dituruti
- Kikir yang ditaati
- Ujub pada diri sendiri
~akh Hisham
Pesan pada DIRI tabahkan hati dan kuatkan semangat,
Pesan pada HATI kuatkan iman banyakan Zikrullah
Pesan pada Nurani jangan mengeluh dan kecewa
Tiada daya dan rezeki melainkan dari DIA
~akh amzar
Ukhwah itu bekan terletak pada pertemuan...
bukan pada manisnya ucapan dibibir....
tetapi...
pada ingatan seseorang terhadap saudaranya didalam doa...
Imam Al Ghazali
~akh Amzar
Hilangnya seorang sahabat
ibarat hilang sebelah tangan
lukanya boleh diubati
tetapi....
hilangnya...
Tiada ganti.
~akh amzar
Seorang pahlawan tidak boleh menyerah,
harus tetapi melawan,
menebus gelap supaya bisa menjumpai fajar.
Sebab kepahlawanan adalah piala yang direbut
bukan kado yang dihadiahkan
~akh amzar
Untungnya orang mukmin.
Semakin banyak masalah,
semakin mustajab doanya.
bukan namanya perjuangan tanpa kesulitan,
namun sebaliknya ada ketenangan.
yang pasti kita tidak sendirian
ALLAH tetap bersama.
~akh izat
rahsia hidup manusia terletak pada kemahuan & prinsip yang di anutinya,
seorang yang matrialistik akan berkata " jika dunia lepas dari tanganKU, maka rugilah aku selamanya"
Tetapi
Seorang mukmin yang akan berangkat ke syurga seluas langit dan bumi akan berkata
"Berpindah dari dunia ke ketenangan di sisi RABBnya.
Ia menunggu hari - hari pertemuan itu dan berperang demi meraih kemenangan hari ini
Sheikh Ahmad Yasin
~akh Hisyam
Pengorbanan itu pahit, Jika ia didasari nasfu dan syahwat.
Namun ia akan manis, jika ALLAH tujuan utama...sang mujahid hanya bergerak atas mencari redhaNYA.
~akh Hafiz
"Tidak ada hari yang lebih ramai ALLAH membebaskan hanbanyaNYA daripada api neraka lebih hari ARAFAH" (HR Muslim 1134)"
Daripada Abu Qatadah R.A. katanya:
Rasulullah S.A.W datangnya tentang Puasa Arafah. Sabda baginda,"ia akan menghapuskan dosa - dosa tahun yang lalu dan tahun yang akan datang. "HR Muslim 1162
~akh Gafar
Andai diberikan harta kesenangan di dunia pasti bukan itu pinta sang mujahid..
perit sengsara lebih berharga andai Islam dapat dimulia. Sesungguhnya dakwah tidak dapat dipikul oleh orang yang manja
~ akh izat Kmpk
"ukhwah itu dihati, walau bersendirian pasti ia menemani. Setiap yang manis mampu dikenangi , walau tiada di mata kini, ia hadir bila dirindui, kerana asasnya ia kekal didasari hati."
~akh pak ya
Baru tadi kurasakan penat, letih tubuh terasa lesu tidak berdaya,
hampir tewas aku kepada masalah yang datang bertimpa - timpa.
Namun takala aku bertemu denganMU baru aku sedari bahawa masalah itu tarbiah dariMUdan penyelesaian ada padaMU kerana tiada perjuangan tanpa halangan,tiada makna kehidupan tanpaMU.
~akh hafidz
Sekadar renungan:
Sekiranya satu perkara yang sangat kita inginkan tidak dapat kita miliki, janganlah bersedih kerana apabila satu pintu peluang telah tertutup untuk kita itu bermaksud ALLAH mahu memberi kita beribu lagi peluang untuk kita miliki dan ALLAH tidak menurunkan apa yang kita hajati teruskan dari langit tapi ALLAH mengurniakan kita peluang, tenaga, masa dan harta yang cukup untuk berusaha mendapatkan apa yang kita hajati.
~akh Aizam
"ujian ALLAH adalah 1 tarbiyah untuk kita...semakin dekat bahtera diri dengan NYA...Semakin Kuat Taufan melanda...Biar rebah jangan berubah!! Biar Terbuang teruskan perjuangan! Senyum Mujahid memburu syahid...Rendahkan diri di dada solat, basahi pipi dengan air mata taubat, Serikan wajah dengan siraman wudhuk, sucikan hati dengan wangian keikhlasan, pagari diri dengan benteng keimanan...
~akh izat
Ikhwah macam IKIM sebab pilihan utama...pilihan untuk menjadi sahabat.
~akh azrin
Sesejuk air wuduk, sesuci al - Quran, semerdu alunan zikir, seindah solat 5 waktu, semoga silaturahim selalu di hati...<",>
~akh hazuan
Rasulillah bersabda ; ada 2 nikmat yang kebanyakan insan tertipu didalamnya, iaitu kesihatan dan waktu luang.
Al - Ghazali mengatakan, ilmu itu ada di hati bukan pada kertas - kertas.
~akh amer
Salam...akhi, ana mencintaimu kerana ALLAH..maka cintailah diriku juga kerana ALLAH...walaupun kadang kala diriku ini mungkin menyakiti diri mu namun diriku tidak pernah bermaksud untuk benar - benarmenyakitimu...maafkanku ya akhi.."ya ALLAH rahmatilah kami yang saling mencintai keranamu...AMIN
~akh anas
Salam akhi yang dicintai kerana ALLAH.." "Bila mulut tak mahu berbicara..itu tanda tiada tautan hati...ukhwah tiada terjalin...sunnah Rasulullah tiada diimplimen...maafkan daku kerana diri ini bukan sempurna...keranaKu bukanlah malaikat yang terhindar dari dosa..kerana daku adalah insan biasa dalam gerakan dakwah yang amat luar biasa ini"
~akh azryn al - fatih
Ikhwah..yang ku sayang, ketenangan ada dalam "IMAN". Bahagia ada dalam "REDHA". sihat ada dalam "SOLAT". Damai jiwa ada dalam "DZIKIRULLAH" TABAH & SABAR ada dalam "RAMADHAN".
~akh azizan usm
Kerinduan pada ALLAH melahirkan jiwa - jiwa yang rela berkorban...Kecintaan pada ALLAH melahirkan jiwa - jiwa yang penuh kesungguhan...ketaatan pada ALLAH melahirkan jiwa - jiwa yang penuh ketenangan..semoga dirimu selalu dibawah rahmat ALLAH..sama - sama kita doakan supaya hati ini senantiasa dalam pengawasan ALLAH...
~akh izat kmpk
Perjuangan dalam menegakan kalimatul hak terkadang menambahkan musuh berbanding teman. Teman sejati tidak lah hanya bersama tika gembira, tapi turut kebersamaan tika duka dalam perjuangan, kerana perjuangan ini memerlukan komitmen sebagai tercapai 2 kemenangan (hidup mulia @ mati syahid)
~ akh Hafiz
Sesiapa yang kita sayang (cinta) kerana ALLAH, benci (marah) kerana ALLAH, memberi kerana ALLAH dan menahan (tidak memberi) kerana ALLAH, Sesungguhnya telah sempurna imannya
(HR Abu Daud)
~akh Amzar
Ahh!!! duit habis ! masa habis ! mad'u lari ! amende ni? akh, bersabarlah. Ada ikhwah berkata "kesusahan, keperitan, keletihan yang datang bertali arus ini pasti akan menempa al akh yang dibeli dengan syurga"
~akh muaz
Ikhwah macam HOT fm sebab dia lebih hangat daripada biasa, Tapi dia juga macam NTV7 sebab dia ceria selalu, tapi rasa macam TV3 sebab sentiasa di sisi, tapi paling penting dia macam TV9 sebab dekat di hati
~akh muaz
Doa buat sahabat "Ya ALLAH...takala bahang mahsyarMU menjilat tubuh, izinkan kami sama - sama berteduh...takala mizanMU terliti mengira, beratkan neracanya atas setiap jasa, Naungi kami di sana....berkat kasih keranaMU semata...anadai kulayak masuk ke syurga, kupinta dia bersama...AMIN"
~akh Mad UNIMAS
Persahabatan terbina atas ranting, kejujuran, bertunjangkan kasih sayang, membuahkan kemanisan ikatan. Teman sejati bukanlah dekat, Tapi sentiasa di hati & diingati dalam doa
~akh muaz
Jalan dakwah merupakan jalan mulia, dan ia hanya mampu dipikul oleh orang - orang yang mulia. Sheikh Abdullah Azzam
Masuk kandang kambing, mengembek
masuk kandang lembu kita menguak. begitulah adab yang di ajar hukama'.
~akh amzar
Kuntum cinta rabitah ini akan terus berbunga dan tumbuh segar...sesegar kuntuman nailofar...ianya berputik, berbunga dan bersemi di hati ini...Ya ALLAH, satukanlah hati kami...moga jelas fikrah dijiwa...dalam perjuangan Islam tercinta...ukhwahfillah untuk selamanya untuk selamanya.
~akh amzar
~indahnya kata-kata tu~..
ReplyDeletethanx 4 sharing...