Thursday, January 01, 2009

Baru.......





بسم الله الرحمن الرحيم,

Assalamualaikum Warahmatullahhi wabarakatuh
Salam tahun baru...syukur kehidrat ilahi dengan izin ALLAH dapat jua saya menulis entri pertama buat tahun 1430 H dan 2009 M. Permulaan tahun yang bagi saya penuh suka dan duka serta pemulaan dalam lembaran baru buat saya jua.

Malam tahun baru, untuk tahun hijri saya dengan tertibanya menjadi tukang buat air untuk majlis malam itu di surau. Di Surau kami agak kurang hangat sambutannya, maksud saya acara yang disediakan namun kebanjiran umat islam yang berada di FPSK ini penuh dan sungguh baik sekali. Ketidakhangatan majlis ini adalah kerana semua pelajar tahun 1 dan 2 akan menghadapi peperiksaan akhir block masing - masing. Sambutan hanya sekadar bacaan doa akhir dan awal tahun serta sedikit tazkirah daripada pengerusi UPPS Surau. Majlis diakhiri dengan jamuan ringan.





Bagi tahun masihi pula daku berada di dalam kereta bersama mama dan ayah. Saya baru sahaja mendapat cuti hanya 5 hari maka mengambil peluang untuk pulang ke ipoh perak. Maka malam 31 disember 2008 saya berada di langit serta di PLUS. Seronok juga di dalam kereta itu ayah dan mama menceritakan semua pengalaman dan apa sahaja yang terjadi dalam keluarga sejak daku kembali ke sarawak selepas hari raya idul fitri yang lepas. Macam - macam berlaku, ini, itu dan banyak lagi...mama macam buat karangan siap ade citation lagi.

Cutiku, daku habiskan bersama keluarga sepenuhnya kecuali pada hari Jumaat daku melepaskan rindu kepada ikhwah yang berada di KMPk. MasyaALLAH KMPk dah banyak juga berubahnya dari segi infrastruktur dan jua pertambahan dan kemantapan ikhwah yang meneruskan kerjanya di sana. Seronok dapat berjumpa antum. Semoga ALLAH mempertemukan kita lagi jika tidak ketemukan kita di jannah yang diimpikan..Semoga ALLAH permudahkan urusan antum dan memberkahi serta menjadi obor semangat buat semua ikhwah wal akhwat. Takala bersama ikhwah daku berasa amat selesa dan terasa amat sedih takala mengenangkan iman yang down semasa di rumah. Aduhai! Semoga daku dapat semula meningkatkan iman ini.

Tamat cuti daku maka bermulalah pula BLOK yang baru...Muscularskeletal and Head & Neck...huh sungguh mencabar...baru minggu pertama punyala banyak tulang yang perlu dihafal, tu tak masuk otot lagi. Ya ALLAH permudahkanla daku dalam BLOK ini dan BLOK akan datang. Daku jua menjadi representative for this block. huh penat dan menambah sibuk. Daku sebenarnya tidak mahu namun entah kenapa daku tidak menolak keras pada ketika itu...mungkin kerana daku terasa pabila daku menyebut nama orang lain namun daku sendiri tidak mahu ke hadapan. Semoga tugas ini tidak melarikan diri ini dari tugas yang lebih mulia di sisi ALLAH.

Seterusnya pemulaan tahun ini yahudi laknatullah telah membuat onar sekali lagi. Kurang ajar. Masyarakat Malaysia hanya tahu dan kadang kala yang menyedihkan langsung tidak mahu dan tidak tahu. Serangan udara serta darat dilancarkan. Katanya sebagai tindak balas atas serangan yang dibuat oleh HAMAS kepada mereka.

Balas Serang



sebelum serangan yang bertali arus yang pihak yahudi laknatullah lakukan, pihak HAMAS telah mencarkan puluhan roket dan mortar kepada pihak Yahudi. Apabila tibanya tahun baru maka Yahudi menyatakan mereka menyerang sebagai tindak balas kepada HAMAS. Entah mengapa tertiba daku menyatakan "ish dah kita serang mereka memangla mereka akan serang balik". ASTAGFIRULLAH, hambamu memohon keampunan atas keterlajuran dan kebidihan diri ini. Siapa yang sepatutnya salahkan. Statement saya di atas amat salah dan amat jahil. Jika ada sesiapa yang pernah berfikir sedemikian maka marilah kita cari cerita sebenar sebelum make a conclusion
siapa itu yahudi yang menyatakan mereka adalah NEGARA ISRAEL yang MERDEKA. setahu saya mereka ini diberikan tempat tinggal di palestin atas dasar ehsan dan belas kasihan kerana terlibat dalam pembunuhan besaran oleh NAZI. Namun, telah diberi betis minta pula peha.
Jika ada kita mempunyai 10 ringgit dan kita berikan seringgit pada seseorang, selepas itu dia pula mengambil secara paksa(mencuri) lagi 3 ringgit. Maka secara logik akalnya kita akan meminta kembali duit yang dia ambil dari kita. Namun dia nyatakan duit itu miliknya...kita bertengkar...tetiba ada pula orang lain menyampaikan hasrat untuk mendamaikan kita. Katanya buatla perjanjian damai...mengaku 3 ringgit tadi milik pencuri tadi. Hahaha budak kecil pun tahu ini bukan perjanjian damai namun perjanjian bodoh.
Inilah sedikit gambaran yang saya faham mengenai apa yang berlaku di palestin. Kita sebagai pemuda dan seorang islam yang berpegang dengan surah al hujurat ayat 10 perlulah berbuat sesuatu demi membantu saudara kita di sana.



Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat.

Infak
Ramai orang Malaysia menyalurkan infak, namun satu persoalan ingin saya timbulkan. Adakah pihak HAMAS dan rakyat Palestin yang berada di GAZA menerima sumbangan kita ini. Daku terfikir tertiba, Malaysia menghantar wang sumbangan kepada pihak Duta Palestin di Malaysia. Setahu saya duta itu dari pihak FATAH. Di Palestin sendiri yang memimpin penduduk GAZA yang sedang diserang yahudi adalah dibawah HAMAS. Hamas dan Fatah bukannya kawan yang baik kerana kedua - dua berjuang atas jalan atau kaedah yang berbeza. Maka jika wang yang kita kirim sampai pada pihak FATAH maka bukan ke HAMAS la. Tidak mungkin sampai ke HAMAS 100 %. Maka saya nasihatkan pihak muslimin wal muslimat berfikir mengenai ini. Cibalah cari sumber yang baik untuk sampaikan kepada YANG SEPATUTNYA. Dahulu pun Ismail Haniyeh (pemimpin HAMAS di Gaza ,Perdana Menteri yang dilucutkan oleh MAHMUD ABBAS, Presiden Palestin dari FATAH) pernah ke Malaysia dan memohon supaya bantuan disalurkan bukan ke perut atau mana - mana tangan yang salah. Mari kita fikirkan.





sedikit bahan bacaan menarik mengenai kejahatan pihak Yahudi Amerika dan Zionis...

http://english.aljazeera.net/focus/war_on_gaza/2009/01/20091585448204690.html

saifulislam.com

Akhir kalam, moga tahun ini kita sama - sama pertingkatan amal serta ketakwaan pada ALLAH dan menambah dencarkan gerak dakwah. Semoga tahun ini juga kita cuba menjadi Islam yang KAFFAH. Take ALL the Opportunity that ALLAH give to us. Setiap detik masa setiap itu peluang diberikan sehingga matahari tidak terbit di barat dan nyawa tidak sampai lagi ke kerongkong. Teruskan berjuang ikhwah wal akhwat diseluruh dunia! Semoga ALLAH permudahkan setiap urusan kita. Perbetulkan niat "DEMI ALLAH dan RASULNYA"...ALLAH HU AKHBAR!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


No comments:

Post a Comment

Sebarang cadangan dan pendapat boleh kemukakan di sini...

Anda juga mungkin meminati...