Friday, January 11, 2013

Tebai Lingo


Di bilik pembedahan, kena kebal emosi. Ya, kebal emosi. Orang sarawak madah, lingo mauk tebai sikit, iboh nipis gilak.

bengkel mbikik manusia

Sebagai seorang 'newcomer' dalam dewan bedah, anda adalah serupa dengan yang lain. Menggunakan 'mask', 'cap' dan baju 'scrub' yang sama. Di baju anda tiada pangkat ataupun label nama. Jika anda tidak memperkenalkan diri anda sebagai seorang yang baru, kecekapan anda mungkin akan membuktikannya.

Telinga kena tahan dengan kata-kata pakar bedah. Hati kena sabar. Istighfar dan bertasbih dalam hati banyak-banyak. Masa belajar mungkin serba-serbi ingat 'instrument' yang pelbagai. Tetapi tak sama bila anda di sisi pakar bedah dan di hadapan 'operation site' yang berlumuran darah, nama-nama 'instrument' akan hilang, seolah-olah anda tidak belajar. Lebih teruk bila pakar bedah menggunakan nama pendek, dengan mulut tertutup dengan topeng dan suara yang sangat perlahan. 

Mana mungkin anda bertanya dan bertanya, "Apa tek?" untuk 2-3 kali. 

"Apa tek?" Haha siapla kena pelangkung.

"Eee kau tok, aku nyuroh ambik 'iris'. Balit belajar agik nun eh!"

(eee.. ni la aku tauk nak tok rupanya 'iris' (kedak guntin)) dalam ati.

nang lah spesis guntin


Dalam dewan bedah, jika anda ambil hati dengan kata-kata pakar bedah (bukan semua laa), anda mungkin akan menangis dan membasahkan 'mask' anda dengan hingus dan air mata, namun segala itu tak boleh terjadi, kerana anda perlu teruskan proses pembedahan, pesakit anda perlu disembuhkan. Anda juga mungkin boleh lari masuk ke dalam tandas kerana sedih atau marah, tetapi anda juga tidak boleh berbuat begitu kerana pakar bedah sangat memerlukan anda juga. Ataupun anda nak bawa sekali kitab 'instrument' dan belek satu per satu cari nama 'instrument' tersebut. Tak boleh juga, sesaat di dewan bedah boleh menentukan hidup/mati pesakit. Apa yang boleh anda buat ialah teruskan pembedahan dan jangan sesekali berlaku 'ganas' terhadap pakar bedah anda.

Well, tarbiah bukan sahaja menyediakan anda sebagai seorang yang abid, namun tarbiah juga menjadikan diri anda seorang yang kebal. Bukan kebal senjata, tapi kebal emosi. Sabar bila anda ditikam dengan pelbagai kata-kata yang anda rasa 'pedas'. Seolah-olah mahu sahaja dibalas 'pedas' tetapi, sabar itu lebih baik. Jika takda perkataan yang lebih baik, maka diam dan telanlah air mata itu senyap-senyap. Balik rumah nanti jangan mengadu kat FB, tetapi mengadulah pada Allah untuk lembutkan hati pakar bedah (itu) dan kuatkan hati anda.

Bukankah semua ini telah anda pelajari dalam usrah dan tarbiah? Seperti, bentang bahan usrah, bukan semua yang mampu tahan emosi gugup untuk sampaikan bahan ala-ustaz. Taklim, bukan semua yang mampu tembokkan muka yang malu untuk bercakap di hadapan. Begitu juga mutabaah amal yang menguatkan semula jiwa anda kepada Allah. Saya percaya jika tiada Allah dalam hati anda, anda lebih mudah putus asa jika berhadapan dengan sedikit sahaja cubaan. Dalam tarbiah, kita juga diajar bersabar agar tidak respon membabi-buta respon jika ada caci-maki terhadap fikrah yang kita bawa. Jika rasa was-was, selidiklah dengan murabbi atau pimpinan untuk pencerahan yang lebih jelas. Yang penting anda kena kebal emosi sekejap, tarik nafas untuk bertenang, dan beraksi semula dengan fikiran yang waras. 

dah usrah lom? mun lom usrah, nang lah sik tauk feeling nye kedak ne

"Nah 'iris' tok!" alamak sorry doc tercucuk jarik kitak! - tok sik belaku ah. esen ajak.

OT Nurse baruk 5 ari.
Rasheedan Ellin.

mun maok usrah, sidak tok best molah usrah:

www.ismasarawak.com
www.ismaweb.net

1 comment:

  1. Hehe.. apa2 jadi, ingat semua ya adalah proses pembelajara. Yup, sangat setuju, "Lingo mok tebai" jangan nipis lak.. hehee

    Good luck Mr Nurse! know u will face it well.

    In sha Allah, Allah ada di mana2 ^_^

    ReplyDelete

Sebarang cadangan dan pendapat boleh kemukakan di sini...

Anda juga mungkin meminati...