Tuesday, March 05, 2013

Kucing Tiada, Tikus Menari


"Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar"

Ratib bibir seorang pesakit yang baru sahaja selesai menjalani pembedahan membuang ketumbuhan dalam saluran peranakan. Selepas sedar dari bius, dia mengadu perutnya sakit.

"Operation masih lagi ke nurse? Saya rasa sakit sangat kat perut ni."

Tangannya menahan perutnya, dahinya berkerut, peluh merenik dalam kesejukan OT.

"Operation dah habis cik. Alhamdulillah, kalau cik rasa sakit, cik tarik nafas dalam-dalam. Selepas ni saya maklumkan kepada Dr untuk bagi ubat tahan sakit lagi"

"Ye ke nurse? Alhamdulillah. Dah lama ke saya kat sini?"

"Tak, cik baru je keluar dari bilik bedah"

"Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah"

Bertahmid lagi.

Saya merasa sangat tenang melihat pesakit itu. Dalam kegelisahan dan kehuru-haraan saya scrub dalam pantauan supervisor, Allah bagi peringatan untuk berzikir sebentar. Cari ketenangan. Baru sebentar tadi menerima 'peluru-peluru hidup' daripada senior staf.

Dua bulan awal bekerja ini adalah period kritikal dan mencabar ketahanan. Setiap gerak geri dalam pantauan. Kalau bukan dari mata supervisor, dari mata-mata yang disembunyikan. Kritikal sehinggakan setiap staf yang saya tanya mereka mengakui mereka menangis dalam tempoh ini. Tak kurang yang hendak dan telah berhenti kerja. Ada yang ditengking surgeon sebab terlalu lembab, disuruh berdiri di sudut ruang OT kerana menggeletar, dan ada juga yang bercucuran air mata membasahi mask kerana tak tahan dengan caci-maki surgeon dan staf senior.

Saya masih baru kot!
Adakah ini lumrah sebagai pekerja baru?

Saya tidak merasakan sebegitu. Kenapa perlu sebegini dalam melayan pekerja baru yang masih lagi terkapai-kapai mempelajari prosedur, yang baru memahami setting OT, yang masih kaku memasang dan menyusun instruments di atas meja? Kenapa perlu suruh berdiri ibarat 'drip stand' jika nampak lambat dan menggeletar? Kenapa disuruh balik rumah sedangkan dia bersemangat untuk mencari sedikit nafkah buat bekal makan esok hari?

Berdiri gaya drip stand!
Budaya ini harus diubah. Ada lagi cara yang lebih berkesan dan non-traumatic dalam memberi tunjuk ajar kepada staf-staf baru. Bukan semua staf baru boleh terus scrub selepas melihat satu-satu prosedur. Buktinya, saya lebih selesa dan lebih senang mahir bila senior staf menggunakan teknik tanpa-cela, relax dan step-by-step. Mereka boleh sabar dengan kelembapan kita dan menegur dengan rendah hati. Saya respek orang sebegini dan saya harap mereka boleh pegang jawatan yang baik dalam organisasi.

Ini adalah realiti bekerja dalam 'bilik tekanan'. Sama ada anda mampu menyimpan perasaan sedih dan teruskan belajar untuk buktikan bahawa anda tidak lembab ataupun anda juga terus meletup sama, atau anda menghilangkan diri tanpa kesan yang boleh dijejaki. Jadi cikgu ibarat juga jadi pemimpin. Pemimpin yang baik adalah pemimpin yang dihormati di depan dan di belakang. Berbeza dengan pemimpin ditakuti, di depan dihormati, bila tiada ibarat kucing tiada tikus menari.
Hey! Jom, Tom dah takde!
Nak tak nak, kena kembali juga kepada tarbiah. Terfikir juga nak bagi mereka-mereka ni hadam bab tatacara menegur dalam buku Keluasan Islam (ISMA). Tarbiah mengajar bagaimana untuk mengajar dan memberi teguran. Dengan cara yang sangat teliti dan tidak menyakitkan. Tarbiah menghasilkan akhlak yang disenangi bukan digeruni.

Alangkah bagusnya jika murabbi saya adalah supervisor ataupun surgeon tersebut! InsyaAllah one day!

OT Nurse Rasheedan Ellin (sabar, sabar)

No comments:

Post a Comment

Sebarang cadangan dan pendapat boleh kemukakan di sini...

Anda juga mungkin meminati...