Sunday, January 09, 2011

Akhirnya, menulis kembali!

In the name of ALLAH,

Alhamdulillah, hari ini daku amat bersyukur kepada ALLAH kerana kurniaNYA yang tidak pernah putus pada diriku yang amat lemah dan hina ini. Minggu ini adalah minggu yang seronok pada diriku kerana pelbagai peristiwa dan keadaan yang memberikan daku merasakan ia gembira.

“Ana(saya) nampak ikhwah lani makin kurang menggemaskini blog masing – masing. Pena mujahid kadang kala berdakwat, kawan kulat pun dah makin subur kulatnya.” Seorang ikhwah berkata – kata sambil menyuapkan roti canai ke dalam mulutnya. “Mungkin, tidak ada isu nak diketengahkan kot” jawabnya sendiri.

Ikhwah roti canai ini cuba memberikan andaian bahawa ikhwah tidak mempunyai isu untuk menulis. Malah daku juga pernah mendengar ada ikhwah yang berpendapat bahawa penulisan blog ikhwah selalunya bagaikan diary hidup sahaja. Hanya berkisar berkenaan dirinya. Tetapi pada daku, blog adalah medium untuk meluahkan perasaan dan juga buah fikiran. Namun, mesti WARAS! Cuma jika perasaan dilayan terlebih maka WARASnya akan kurang. Jadi, mungkin juga sebelum ini ana banyak menulis berdasarkan perasaan dan kadang kala tulis daku hanyalah hanya daku yang faham bak kata orang ‘syok sendiri’. Situasi ‘syok sendiri ini membuat daku terfikir takala ingin menulis. Berfikir apa? Berfikir berkenaan “jika aku tulis ni kang orang salah faham pulak, kalau kutulis begini nanti begitu dan bergini” makanya daku mengambil keputusan untuk membatalkan niat untuk menulis.

MURABBI DATANG LAGI

“Anta tulis la pengalaman anta di sibu ni, ana seronok membacanya” kata murabbiku semasa daku menegurnya selepas mengambil gambar kami di Taman Tasik Permai, SIBU. Kata – kata beliau membuat daku terfikir ”rasanya tiada cerita berkenaan diri di sibu yang daku sampaikan hehehe”. Seminggu lepas keadaan internet agak mengecewakan. Jadi, tidak dapat la daku membuat Titis – titis tarbiyah untuk daku semak sama ada pernah atau tidak daku menulis semasa daku di Sibu ni.

Minggu ini murabbiku bertandang lagi untuk menjalankan tanggungjawab beliau. Dahulu daku boleh kata benci pada beliau. Namun hari ini, ALLAH memesongkan kebencian itu kepada kegembiraan, kebahagiaan, kekaguman, kerinduan pada beliau. Ya ALLAH, aku bersyukur padamu kerana DIKAU memberikan daku peluang untuk sedar bahawa murabbiku amat mulia. Kepada murabbiku, kemaafan dipinta atas segala tingkah laku dan tutur kataku yang amat menguris harimu. Daku memang mutarabbi yang sukar dibentuk kot huhuhu.

MInggu ini, ahli halaqah kami di Sibu berkurang seorang. Demi ilmu dan segulung ijazah maka ke UiTM Shah Alam beliau merantau. Satu – satunya anak jati Sibu yang berhalaqah dengan kami sepanjang kami bermula menjalani posting year 3 di Sibu ini. Akh Nasir “rindu saat bersamamu, tidak lekang dari mulut dan ingatan kami padamu sepanjang hujung minggu ini, semoga perasaan ukhwah ini diberkahi ALLAH dan menjadi pemangkin kelajuan dan ketetapan prinsip kita dalam jalan yang panjang ini.” Dulu semasa akh Nasir ada, beliaulah yang menjadi orang yang bertanggungjawab mengambil murabbi dari terminal bus dan kini ana dan naqib mengambil alih tugasnya.

PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI

Akh Syihabuddin dan akh Omar. Dua nama yang mengantikan Akh Nasir. Akh Din adalah pelajar Akauntan di South Australia University. Manakala akh Omar adalah anak jati Sibu. Kami tidak pernah bertemu, hanya bermesej untuk berkomunikasi. Alangkah indahnya takala berukhwah kerana ALLAH, walau langsung tidak kenal namun apabila bertemu bagaikan rapat dan sudah lama kenal.

“hilang bunyi klakar Sarawak ana”. Runggut akh Din semasa menceritakan berkenaan yang hanya beliau seorang adalah orang Sarawak di dalam kursusnya. Beliau pandai masak dan belajar dari senior di Australia. “Akh Din, daku menanti jemputan anta untuk makan masakan anta hehe” Jika bertanya bekenaan aktiviti beliau di Australia, katanya selalunya aktiviti berlangsung pada hujung minggu, usrah digabungkan dan pelbagai aktiviti yang menarik seperti main bola tampar di pantai, BBQ dan macam macam lagi. Daku pun x ingat hehe. Semoga ikhwah – ikhwah di Australia terus tsabat dan diberkahi ALLAH !

HALAQAH SEKOLAH

Seusai solat maghrib yang dikepalai oleh ustaz Roslan, daku dipanggil ust Roslan untuk menyelaras program sekolah dan program Halaqah sekolah. Selepas kata putus diambil, ust terus ke bahagian perempuan untuk menyampaikan ilmunya. Naqib dan daku membahagikan pelajar lelaki kepada tingkatan 4 dan 5. Pelajar tingkatan 5 adalah bekas mutarabbi tahun lepas. Semuanya bersemangat dan ada yang nampak jelas bahawa tahun ini tahun SPM.

Tahun ini amat mencabar. Akh Nasir telah ke Shah Alam, makanya naqib dan daku sahajalah yang akan selalu membawa halaqah sekolah. Ya Rabbi, satu group 17 dan 16 orang. Sangat besar. Masa daku memberikan sedikit tazkirah, seorang pelajar mencuit pelajar lain, seorang ni buat lawak pulak, soang ni senyum kambing dari jauh. Aduhai, macam mana ni? Inilah salah satu musykillah yang daku sampaikan kepada murabbi. Anta yang sedang membaca bagaimana? Ada solusi(bukan majalah nyer)?

Daku tidaklah mengisi atau memberikan bahan, cuma sekadar taaruf dan bersembang santai. Berapa A kamu semua target? Ke mana selepas SPM? Cuti yang lepas buat apa dan bagaimana mutabaah amal semasa cuti?

Soalan daku dijawab seorang demi seorang dan kadang kala soalan dijawab secara rawak.

Dalam tinjauan malam itu, yang berazam untuk 8A ada 4 orang, yang lain majoritinya mensasarkan 3A ada yang 2A. Ada yang nak ke Institut perguruan(banyak cuti alasanya). Ramai yang nak ke Politeknik Mukah dan Kuching. UNIMAS? Hanya seorang dalam 17 orang menyatakan ingin ke UNIMAS. Ada juga seorang yang apabila ditanya hanya menjawab “ ikutla yang mana termampu…”

Semasa perbincangan dengan ust Roslan, beliau ada menyatakan pada tahun ini beliau ingin menumpukan kepada kemahiran membaca Al – Quran dan fardu ain. Buat pengetahuan antum, pelajar di sini, majoritinya tidak dapat membaca Al – Quran. Ada yang merangkak, ada yang hanya kenal huruf dan ada yang huruf pun masih keliru. Sekolah yang daku pergi adalah sebuah sekolah teknik, sekolah ini terletak di kawasan Bandar la juga. Namun, pelajar adalah pelbagai. Kebanyakannya dari kawasan Daro, Mukah dan Sibu sendiri.

Wahai pembaca yang tinggal di Sibu ataupun anak jati sibu, marilah bersama kita memastikan anak – anak, pemuda – pemudi Sibu khasnya, menjadi celik Al – Quran, manual kehidupan. Tak salah daku, TPM kita pernah menyatakan yang buta huruf rumi kita hampir kepada tiada. Alangkah baiknya jika selari kita eradicate buta Al – Quran!

Nuun, demi kalam dan apa yang mereka tulis.

Sapa tahu apakah surah dan ayat berapa yang menjadi subtopik daku yang terakhir ini? Rasanya hanya satu surah sahaja yang bermula dengan NUN. Ate,pergi le ambik Quran terjemahan mahupun Quran untuk semak yer!

Sesungguhnya, apabila Allah bersumpah dengan sesuatu maka, sesuatu itu ada nilai dan mendapat penghargaan dari Allah S.W.T. Dalam ayat ini Allah bersumpah dengan huruf Nun, Qalam dan Penulisan. Apa istimewanya 3 perkara ini?

NUN : bukan hanya semata – mata huruf yang melengkuk bak perahu bertitik di atas. Dan bukan hanya huruf yang bermakhraj dipertemuan ujung lidah dengan ujung langit – langit dan dikeluarkan melalui hidung. Sesungguhnya Nun ini dapat ditafsirkan dalam pelbagai penafsiran daripada pelbagai mufasirin. Menurut Almarhum Prof Dr HAMKA dalam kitab Tafsir Al – Azharnya, beliau menyatakan menurut Ar Razy dalam tafsirannya, Ibnu Abbas, Mujahid, muqatil dan As Suddi menafsirkan bahawa NUN ini adalah ikan paus yang menelan nabi Allah Yusuf A.S.

Ibnu Abbas juga dalam riwayat lain oleh Ad Dahhak, Al Hasan dan Qatadah menyatakan bahawa nun membawa erti dakwat dan tinta

KALAM : ada penafsiran menurut Prof HAMKA yang member erti Kalam sebagai akal tetapi ada hadis yang menyatakan “ yang mula – mula diciptakan ALLAH ialah qalam, lalu diperintahkan Allah supaya dia menulis. Maka bertanyalah dia kepada Allah: Apa yang mesti hamba tuliskan ya tuhan? Tuhan menjawab “tuliskan segala apa yang telah aku takdirkan” Riwayat Imam Ahmad bin Hanbal dari Hadist Al – Walid Bin Ubbadah bin Tsamit.

Namun, Al Qadhi memberikan tafsir bahawa isi hadist di atas adalah hanya sebagai perlambangan kerana pada pendapat Al Qadhi, masakan kalam(pena) tidak hidup dan boleh berakal. Maka bukanlah Qalam itu diperintah, melainkan berlaku Qudrat Iradat Allah atas makhlukNYA dan terjadilah apa yang Allah kehendaki dan Allah tentukan.

PENULISAN: Ar Razi menafsirkan bahawa dalam ayat menyatakan ‘mereka’ tuliskan. Perkataan mereka merujuk pada para malaikat yang sentiasa mencatat amalan dan perbuatan baik dan buruk manusia. Seperti dalam surah 82 ayat 10,11 dan 12.

Para pembaca Titis – titis Tarbiyah, segala yang daku bawakan di atas adalah antara olahan Prof HAMKA dan beliau memberikan ulasan yang begitu banyak berkenaan 3 perkara yang Allah bersumpah dengan 3 perkara ini. Tetapi, objektif dan isi penting yang perlu kita lihat adalah semua hasil olahan Prof Hamka adalah hujah dan tafsiran para ulama yang daku yakin Prof HAMKA sendiri tidak pernah bertemu dengan mereka. Tapi bagaimana untaian kata mereka dapat Prof HAMKA adun dalam Tafsir Al – Azharnya?

Melalui Pena, Dakwat dan Penulisan. Allah maha bijaksana! Wahyu yang pertama adalah berkenaan dengan BACALAH dan kini daku bawakan pengiktirafan Allah pada penulis dan pena pula.

Kita dapat lihat pada hari ini ILMU menjadi perkara utama malah lebih utama daripada KEKAYAAN dan EMAS. Mengapa? Jika kita tidak tahu apa itu EMAS maka kita tidak tahu ia berharga. Dengan ILMU para pengali dan peniaga EMAS macam Dr K, makanya EMAS menjadi satu yang sangat berharga.

Kita semua belajar sejarah! Bagaimana zaman kegelapan eropah dapat kembali gemerlapan? Adakah dengan hanya turunya cahaya dari langit? Tidak, gemerlapanya Eropah adalah kerana ILMU yang mereka dapat ambil dan ceduk daripada karyawan di Bagdad. Bukankah begitu? Dan di Bagdad Ilmu dicetak dan ditulis untuk membolehkan dibaca dan diperolehi. Kitab – kitab samawi juga adalah kitab – kitab yang bertulis dan diturunkan dari satu ke satu generasi.

Kita tahu sejarah! Bagaimana Bagdad boleh mencetak dan menulis buku? Kerana Islam mengajar mereka. Ajar melalui apa? Melalui Al Quran dan Sunnah. Maka disini mungkin daku boleh ringkaskan bahawa, Ibu segala Ilmu adalah Al – Quran. Tetapi berapa ramai boleh membaca Al – Quran? Berapa ramai dan mahu dan tahu apa yang ingin Al – Quran SAMPAIKAN pada kita? Berapa ramai pendusta pada KALAM ALLAH ini!

Sekian, semoga Allah merahmati kita semua!

Ibnusarha,9 januari 2011

Integrated Learning Facilities

Universiti Malaysia Sarawak

Sibu

2 comments:

  1. tahniah!..'sedap' ibnu sarha tulis

    Kawan Kulat memang dah banyak kulat sebab dia dah ubah domain ke 'tinta da'wi'..tapi lama la juga sik update, busy barangkali..

    Tak salah tulis pengalaman berguna , bukankah ia memotivasi orang lain untuk beramal. insya Allah beroleh pahala, cuma kena maintain keikhlasan

    Rindu pada antum, lain kali ana pula nak ganti munaim sekali pi sibu, jumpa ikhwah yang ana tak pernah jumpa

    Wallahua'lam

    Pena Mujahid

    ReplyDelete
  2. panjangnya post pertama tahun 2011 :)

    ReplyDelete

Sebarang cadangan dan pendapat boleh kemukakan di sini...

Anda juga mungkin meminati...