Wednesday, June 05, 2013

FARDUL MUSLIM : DISINI BERMULA

Islam adalah agama fitrah. Sifat ingin berteman, ingin dikasihi dan berpasangan adalah satu sifat semula jadi atau fitrah bagi manusia. Tidak mengira siapa pun mereka. Mereka akan mempunya perasaaan ini. Oleh yang demikian, Islam menganjurkan perkahwinan sebagai landasan terbaik untuk meraikan fitrah ini.

Permasalahan sosial pada hari ini seperti buang anak, sumbang mahram dan seks bebas adalah satu implikasi buruk yang berlaku kerana fitrah ini tidak diraikan melalui landasan yang benar.

Kepada siapa mahu kita salahkan?

Menyalahkan orang lain atau menunding jari adalah satu sifat yang tidak bermaruah dan juga merupakan satu tindakan melarikan diri daripada masalah.

Ikhwan muslimin mengariskan dalam rukun baiahnya yang ketiga iaitu Amal.

Firman Allah yang bermaksud:
“ Bekerjalah kamu,maka Allah an rasulNya serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaanmu itu,dan kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata,lalu diberikan kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan.”
At-Taubah: 105

Imam As Syahid Hasan Al Bana dalam membahaskan rukun ke – 3 ini menyajikan 7 tingkatan dalam amal. Tingkatan tertinggi merupakan matlamat akhir iaitu ustaziatul alam. Memastikan bahawasanya Islam kembali dihormati dan menjadi rujukan kepada semua Negara dalam dunia ini. Bagi mencapai matlamat tertinggi ini maka pembentukan perlu bermula daripada individu muslim. Membentuk Muslim sejati ataupun Fardul Muslim

Setiap individu ini perlulah mempunyai sifat – sifat tertentu yang menjadikan sebagai Key Performance Index mereka untuk mencapai Fardul Muslim. Fardu muslim ini akan membina keluarga maka terbentuk pula baitul muslim dan seterusnya masyarakat muslim sehingga terbentuknya Negara muslim dan empayar muslim. Akhirnya tercapailah ustaziatul alam.



Oleh itu, ayuh para belia. Jangan kita menunding jari menyatakan ini salah kerajaan, ini salah dia, ini salah ibubapa mereka yang tidak pandai mendidik dan sebagainya. Ayuh kita sendiri, bergerak mencari solusi, mencari bagaimana untuk membentuk diri ini sebagai Fardul Muslim dan seterusnya memilih pasangan  yang juga merupakan Fardul Muslim. Ingat, janji Allah :

perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.
Surah An – Nur  Ayat 26

Di Kesempatan ini kami, Ahli Jawatankuasa Cawangan PEMBINA Kuching ingin mengucapkan jutaan TAHNIAH dan sepotong doa iaitu

Allah memberkati bagi anda dan memberkati kalian berdua dan menghimpun dalam kebaikan'

buat Ketua Beliawanis kita iaitu saudari Mardhiah. Beliau baru sahaja diijab kabulkan dengan pasangan beliau iaitu Saudara Muhamad Afiq Shazwan iaitu Naib Yang Dipertua ISMA Kuching. Majlis telah berlangsung di Gurun, Kedah Darul Aman.

Semoga mahligai yang dibina atas landasan dakwah dan tarbiyah ini sentiasa diberkahi Allah dan berpanjangan hingga ke syurga. Semoga Baitul Muslim yang terbina akan menjadi antara batu – bata yang membina tangga maratib amal yang kita bincangkan di atas dan seterusnya menjadi tauladan buat para belia dan beliawanis sekalian.


MUHAMAD DANIAL BIN SALIM
Ketua Cawangan
PEMBINA KUCHING 

No comments:

Post a Comment

Sebarang cadangan dan pendapat boleh kemukakan di sini...

Anda juga mungkin meminati...