Saturday, June 15, 2013

Ijlis Bina Mu'min Saah

Abang Tuah        : Assalamualaikum, assalamualaikum!
Umar                  : (sambil membuka kelopak pinti bilik P10 Kolej Seroja) Waalaikumsalam  
                               warahmatullahiwabarakatuh, eh, Abang Tuah! Bila abang sampai?
Abang Tuah        : Baru je sampai tadi. Nah, sedikit buah tangan daripada abang.
Umar                   : eh, susah – susah je abang Tuah ni. Dah la jauh datang dari Kuching ke Kota
                             Samarahan. Datang seorang je bang? Alah lupa lak, jom masuk. Maaflah bilik
                             berselerak sikit.
 Abang Tuah       : terima kasih. Datang dengan Abang Jebat, dia ke blok M. mencari adik satu usrah
                            dengan dia. Kebersihan sebahagian dari Iman dan seorang mukmin baik salah satu sifat
                             dia adalah tersusun urusannya. InsyaAllah nanti kita detailkan dalam usrah hari khamis
                             malam nanti. Umar seorang je ke di bilik ni? Mana rakan sebilik Umar?

ijlis bina nu'min sa'ah. Mari duduk sebentar kita beriman kepada Allah
Alhamdulillah, banyak syukur kepada Ilahi. Limpah kurnia dan berkat daripada Allah kita hari ini masih lagi diberikan ruang dan peluang untuk meneruskan perkejaan sebagai petani yang berjaya. Petani yang sentiasa menanam benih dan menjaga pohon – pohon yang membesar dan bercabang – cabang. Petani yang istiqamah membaja dan menjaga dengan baik tanaman dan tetap dan terus bersabar menunggu hasil tanamannya berbuah. Takala hasilnya nanti dituai, bukan hanya dapat berehat seminggu kerana sibuk meraikan pesta menuai tetapi akan berehat dan terus berehat dan terus berpesta kerana hasilnya tadi akan menyara para petani sehingga tiada hujungnya.

Belia dan beliawanis sekalian,

Ingatkah lagi kalian, saat pertama kali disapa oleh tarbiyah ataupun seruan untuk menjadi petani yang istiqamah dan istimrar?

Semasa kita dahulu mencari atau mungkin saja hanyut tak tahu ke mana. Entah dari mana, tetiba datang tangan menyapa lantas berkata “ijlis bina nu'min sa'ah”. Tangan tadi milik abang – abang dan kakak – kakak yang cekal. Yang tidak pernah mengenal erti putus asa, yang tidak pernah kenal erti payah dan susah. Yang tidak pernah merasakan susah hati takala poketnya kering kerana membeli hadiah, membeli minyak petrol untuk mengerakan kuda dakwah mereka untuk menemui KITA. Yang akan berbasah kuyup kerana disirami hujan takala hanya ingin bertemu kita. Yang akan merasa lengguh punggungnya kerana jauhnya menunggang motor semata – mata ingin melentur iman kita. Yang tidak pernah jemu menghadap segala kerenah kita yang kadang kala bagaikan anak kecil tidak mahu mengaji.

Kata – kata mereka lemah lembut, ajakan mereka hanya kepada ALLAH. Mereka mengenalkan Al – Quran pada kita. Mengenalkan erti tadaburi Al – Quran. Dahulu kita hanya tahu membaca fabiayyi ala irabbikuma tukazziman. Apakah erti kalimat ini kita tidak pernah endah? Tetapi kini takala membaca kalimat tadi, hati ini bergetar, hati ini mula resah dan gelisah. Nikmat apa lagi yang kamu hendak DUSTA kan? Jika ingin menulis nikmat demi nikmat pasti 7 lautan pun tidak cukup menjadi tintanya walaupun ditambah lagi 7 lautan dan lagi dan lagi.

Ketukan hati ini datangnya daripada Allah. Namun, ketukan ini bermula dengan ijlis bina nu'min sa'ah. Kerana kasih dan sayang daripada Ilahi. Kita dipertemukan dengan abang – abang dan kakak – kakak yang sanggup berhadapan dengan kerenah kita.

Wahai belia dan beliawanis, aktivis – aktivis PEMBINA sekalian,

Mari kita syukuri nikmat tarbiyah ini. Kita syukuri dengan mengikuti jejak langkah para pendahulu kita. Katakan ya dan teruskan berbuat. Belajarlah jika tidak tahu. Cuba dahulu dan kurangkan beralasan. Ayuh gencarkan gerakan kita. Kepengecutan terbesar adalah TIDAK BERANI meLANGKAH.

Abang Tuah        : Seronok dapat jumpa dan sembang – sembang dengan Umar. Gembira abang hari ini
                               dapat bertaaruf dengan Umar. Eh, dah lewat ni. Umar kena bersedia untuk kelas esok
                               dan abang kena pulang ke Kuching malam ni. Tadi hujan, jalan licin. Abang kena bawa
                               pelan – pelan, jalan licin.
Umar                     : umar pun seronok dapat sembang dengan abang. Umar tak ada abang dalam keluarga
                               umar. Umarkan anak sulung. Tetapi apabila abang tuah datang ni, umar rasa macam
                               dah ada abang pula. Hati – hati ye abang.
Abang Tuah        : InsyaAllah khamis nanti kita jumpa lagi. Kita berusrah ye. Kita ijlis bina nu'min sa'ah.
                               Assalamualaikum.

Ibnusarha

11 Jun 2013

No comments:

Post a Comment

Sebarang cadangan dan pendapat boleh kemukakan di sini...

Anda juga mungkin meminati...