Dari Lot 77 ke Kafe Bunda
Singgah sebentar di Kompleks Belia;
Menimba ilmu jadi insan mulia.
Dari kampong hingga ke Kota,
Riuh mencari di manalah Bonda
Tinggalah daku seorang di Kota
Tiada ayah dan tiada bonda
Prof Hata mengajar sepenuh jiwa dan raga
Meluruskan tulang pelbagailah cara
Pegawainya ramah, komitet juga
Menunjuk arah memudah cara
Apartment nang besar hanya 4 bilik
4 tingkat dari hujung ke hujung
Bersama naqib teman sebilik,
Menjadi akrab sehingga penghujung
Melaram si gadis macam Kak Ton
Ke dinner kolej bersama mamu
Seniornya ramah bersopan santun
Tak lokek harta dan juga ilmu
Disangka belajar tetapi memolah peta
Di bantal empuk milik sang senior
Hormat diberi bukan diminta
Kerana wibawa wahai senior
Satu dan dua kucing bunting
Jenuh di cari tuannya siapa
Hidup seorang terkongtang – kanting
Jangan sombong dan segan bertegur – sapa
Belajar di sini bukan hendak melawa
Merendah diri tersusun dan kemas
ilmunya tinggi penuh wibawa
Itulah dia pensyarah fpsk unimas
Belajar genetic satu persatu
Mencari asal usul sendiri
Usah terperap dalam dunia sendiri
Petang – petang pergi berlari
Meninggal si paie seorang sepi
Ilmu dikejar cemerlang dicari
Amal dan budi jangan ditinggal sepi
Marilah semua menyemai budi
Bersatu hati kita di sini
Hormat menghormati suka berbudi
Itulah resam kita di sini
No comments:
Post a Comment
Sebarang cadangan dan pendapat boleh kemukakan di sini...