HORMAT
Dalam hal inilah, pendakwah mesti berhati-hati. Apa yang mahu diperbetulkan ialah cara menunjuk hormat. Jika tidak kena cara, rasa hormat itu pula yang terhapus. Hal inilah yang sering dilupakan oleh pemuda yang bersemangat tinggi terhadap dakwah. Saya berkongsi kesedihan apabila rakan-rakan dari negara bekas jajahan Soviet, sering mengadu tentang gelagat pendakwah sukarelawan Arab yang mencetuskan rasa gelisah di dalam masyarakat, khususnya dalam bab mencela Tasawuf dan Tareqat Sufi.
Selama duduk di bawah jajahan kuasa Soviet, negara-negara Asia Tengah dan Balkan memang hidup dalam penderitaan. Usahkan mahu membentuk usaha agama, menggunakan nama Islam pun tidak dibenarkan. Islam secara khusus, bersama agama-agama yang lain, ditekan sehabis-habisnya. Pada masa inilah amalan Tareqat berperanan mengekalkan elemen Islam dalam tempoh hampir seabad tanah ini tanpa kebebasan beragama. Tentu sahaja banyak kesilapan dan kesalahan dalam amalan tersebut, tetapi untuk ‘orang luar’ datang berdakwah mencela dan memaki hamun amalan Tareqat, ia mencetuskan kacau bilau di dalam masyarakat.
Antara negara yang banyak mengalami ketegangan ini ialah Bulgaria, Chechnya, Dagistan dan beberapa kawasan lain.
“Apa yang anta buat Sheikh Rayyan?”, saya menyambung bual.
“Semasa awal-awal saya bersama dengan penduduk di tempat tinggal saya itu, tentu sahaja saya berdiri bersama mereka.”, kata Rayyan.
“Selepas beberapa ketika, saya beritahu mereka, alangkah baiknya kalau sambil berdiri kita berselawat”, sambung Rayyan.
“Meriahlah ceramah anta ya. Sebut sahaja Rasulullah, semua bangun dan berselawat”, saya terasa lucu dengan pendekatan dakwah Rayyan.
“Ya, sehingga saya terpaksa mengurangkan sebutan nama Muhammad, untuk melancarkan kuliah”, kata Rayyan yang turut ketawa bersama saya.
“Lama-lama, apabila mereka sudah biasa dengan amalan selawat, barulah saya yakinkan mereka bahawa untuk berselawat, sambil duduk pun boleh. Akhirnya tertegaklah satu Sunnah, dan terhapuslah satu Bid’ah”, Rayyan menghabiskan ceritanya.
Kisah Rayyan yang dikongsinya bersama saya ketika kami sama-sama belajar di Jordan dahulu, sering saya kenang. Ia suatu contoh mudah, betapa besarnya peranan sabar dan hikmah dalam usaha memperbaiki dan memperbetulkan amalan manusia.
Pendekatan yang sama, cuba saya gunakan dalam menangani banyak kesulitan beragama di hari ini.
Ulasan al_insan;
menarik sungguh usaha yang sahabat Ustaz Hj Hasrizat(penulis saifulislam.com) . bersabarnya dia dan terus berbuat serta mengunakan akal yang sangat cerdas yang telah ALLAH berikan telah membuahkan satu amalan sunnah yang shahih dan menghapuskan satu bid ah. MasyaALLAH, kehebatan ALLAH menciptakan manusia yang cukup hebat dengan izinNYA. Semoga para dai dapat mengambil ibrah daripada kisah ini untuk melajukan lagi tugas dakwah tetapi menjaga sensitiviti ummat yang dicuba dakwahi.
Dalam buku Fiqh Ikhtilaf juga Dr. Yusuf Qardawi menyatakan beliau amat kecewa dengan para dai dan ustaz sekarang yang suka mengeluarkan fatwa dan hukum tanpa mengira situasi ummat setempat itu lantas menyebabkan sungai yang keruh menjadi hitam dan busuk.
sama - samalah kita bersabar, terus berbuat dengan menggunakan semua neuron yang ALLAH ciptakan untuk menjalankan dakwah ini secara bil Hikmah
***untuk mendapatkan artikel penuh saifulislam.com sila klik pada tajuk post ini.***
Blog bukanlah tempat untuk kita mnyatakan kesalahan orang lain. Berkongsi ilmu, itu amat digalakkan..Idea bernas, amat digalakkan..Nasihat, amat dialu-alukan tetapi menegur ada caranya..Tidak bolehkah anda 'slow talk'? Blog boleh dibaca oleh orang ramai..fikir2kanlah sama ada tindakan anda menulis entry sebelum2 ini betul atau salah caranya..Manusia itu lemah, perlukan orang yang mengingatkan..Bukan hanya menulis kesalahan tersebut..Fikirkanlah, saudara~ maaf jika tersalah baris perkataan disini..Cuma mengeluarkan pendapat..membetulkan mana yang tidak kena..'asiftu~
ReplyDelete"DAKWAH ITU PANJANG JALANNYA, DAN TIDAK AKAN ADA JALAN BUNTU..DAKWAH PERLU DITERUSKAN..TIADA YANG MUDAH..MELAINKAN MELUAHKAN KATA-KATA TANPA MEMIKIRKAN KEADAAN SEKELILING"
Moga terus istiqamah dalam perjuangan!
Bersabar dan Hikmah dalam Berdakwah..HAYATI TAJUK ENTRY INI SEBAIKNYA..ia terkandung banyak peringatan yg kadangkala kita lupa~
ReplyDelete