.::Soleh Tanpa Nama::.. |
Written by tarbawi |
Saturday, 08 November 2008 14:52 |
“Berapa banyak terjadi, golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang banyak dengan izin Allah. Dan Allah beserta orang-orang yang sabar” (Q. Al-Baqarah:249)
Dua orang soleh pengikut Musa Setelah selamat daripada kejaran Firaun, Musa dan kaumnya disuruh memasuki Baitul Maqdis. Tapi para pengikutnya enggan., kecuali dua orang di antara mereka. “Berkatalah dua orang di antara orang-orang yang takut (kepada Allah) yang Allah telah memberi nikmat atas keduanya: ‘Serbulah mereka dengan melalui pintu gerbang (kota itu), maka bila kamu memasukinya nescaya kamu akan menang, dan hanya kepada Allah hendaknya kamu bertawakal, jika kamu benar-benar orang yang beriman”. (Q. Al-Maidah: 23) Orang Soleh Pemilik Kebun Al-Quran juga mengisahkan seorang pemilik kebun yang soleh. Beliau mempunyai seorang saudara yang kufur kepada Allah. Dengan kesolehan itu, beliau selamat sedangkan kebun saudaranya binasa. “Dan berikanlah kepada mereka sebuah perumpamaan dua orang lelaki, Kami jadikan bagi seorang di antara keduanya (yang kafir) dua buah kebun anggur dan Kami kelilingi kedua kebun itu dengan pohon-pohon kurma dan di antar kedua kebun itu Kami buatkan ladang. Kedua-dua kebun itu menghasilkan buahnya, dan kebun itu tiada kurang buahnya sedikitpun, dan Kami alirkan sungi di celah-celah kebun itu, dan dia mempunyai kekayaan yang besar, maka dia berkata kepada kawannya (yang mukmin) ketika dia bercakap-cakap dengan dia; “Hartaku lebih banyak daripada hartamu dan pengikut-pengikutku lebih kuat”. Dan dia memasuki kebunnya sedang dia zalim terhadap dirinya sendiri; dia berkata “Aku kira kebun ini tidak akan binasa selama-lamanya, dan aku tidak mengira hari kiamat itu akan dating, dan jika sekiranya aku dikembalikan kepada Tuhanku, pasti aku akan mendapat tempat kembali yang lebih baik daripada kebun-kebun ini”. Kawannya yang mukmin berkata kepadanya sedang dia sedang bercakap-cakap dengannya: “Apakah kamu kafir kepada (Tuhan) yang menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitis air mani, lalu dia menjadikan kamu seorang lelaki yang sempurna? Tetapi aku (percaya bahawa): Dialah Allah, Tuhanku, dan aku tidak mempersekutukan seorang pun dengan Tuhanku”. (Q. Al-Kahfi:32 – 38)
Seorang Lelaki dari Hujung Kota
“Hai Musa, sesungguhnya pembesar negeri sedang berunding tentang kamu untuk membunuhmu, sebab itu keluarlah ( dari kota ini ) sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang memberi masihat kepadamu”. (Q. Al-Qashash:20) Orang Soleh di Tengah Kerajaan Firaun Dalam lingkungan Firuan, ada orang soleh yang telah lama memendam imannya. Pada waktu yang telah dia tetapkan, dia muncul dan menyuarakan iamnnya serta menyedarkan Firaun dan para pengawalnya dengan bahasa keimanan yang penuh wibawa. “Dan seorang lelaki yang beriman di antara pengikut-pengikut Firaun yang menyembunyikan imannya berkata, “Apakah kamu akan membunuh seorang lelaki kerana dia menyatakan “Tuhanku ialah Allah” padahal dia telah datang kepadamu dengan membawa keterangan-keterangan dari Tuhanmu. Dan jika dia seorang pendusta maka dialah yang menanggung (dosa) dustanya itu; dan jika dia seorang yang benar, nescaya sebahagian (bencana) yang diancamkannya kepadamu akan menimpamu”. Sesungguhnya Allah tidak menunjuki orang-orang yang melampaui batas lagi pendusta”. (Q. Ghafir:28) “Dan orang yang beriman itu berkata: Hai kaumku, sesungguhnay aku khuatir kamu akan ditimpa (bencana) seperti peristiwa kehancuran golongan yang bersekutu. (Yakni)seperti keadaan kaum Tsamud, Nuh, ‘Aad dan orang-orang yang datang sesudah mereka. Dan Allah tidak menghendaki perbuatan kezaliman terhadap hamba-hamba-Nya. Hai kaumku, sesungguhnya aku khuatir terhadapmu akan seksaan hari panggil-memanggil, (iaitu) hari ketika kamu (lari) berpaling ke belakang, tidak ada bagimu seorang pun yang menyelamatkan kamu dari azab Allah, dan siapa yang disesatkan Allah, nescaya tidak ada baginya seorng pun yang akan memberi petunjuk”. (Q. Ghafir:30 – 33) Sedutan artikel dari Halaqah Online....sambung bacaan KLIK PADA TAJUK |
No comments:
Post a Comment
Sebarang cadangan dan pendapat boleh kemukakan di sini...