Ana sebentar tadi baru sahaja membenarkan satu komen untuk berada dalam blog ana ini. Komen seorang ukhti ini sangat baik dan memberikan impak yang besar la juga kepada ana. Beliau menyebabkan ana untuk kembali berfikir dan kembali membetulkan niat ini. Mungkin tersasar atau terpesong. Lantaran komen beliau, ana telah menziarahi pula blog beliau dan alhamdulillah beliau lebih lama telah membina blog sendiri dan telah lama menulis dalam blog. Teruskan ya ukhti n jazakallah atas nasihat antuna.
Blog = Catatan Peribadi
Ada penulisan blog yang digunakan sebagai satu catatan peribadi oleh owner blog itu sendiri. Nak cerita tentang semua aktiviti yang dilakukan dan apa sahaja yang berlaku kepada dia pasti dia akan menulis dalam blognya. Daripada perasaannya, apa yang terjadi, pandangan orang dan segalanya. Yang penting dia menulis dan hasil tulisannya adalah diri dia sebenarnya.
Blog = Sumber Maklumat
Ada juga penulis blog ini terdiri daripada ahli akademik, ustaz2, ustazah2 dan juga para alim ulama serta cerdikiawan ahli profesional. Mereka ini bijak dan makan garam lebih daripada saya. Selalunya blog mereka ini penuh ilmiah dan boleh dijadikan sebagai sumber dalam pembelajaran. Mereka ini juga adalah rujukan masyarakat kini dalam pelbagai masalah yang lebih spesifik kepada bidang profesional masing - masing.
Blog = Lidah si Blogger
Sudah menjadi tren masyarakat Malaysia hari ini membaca dari blog sebagai sumber altenatif. Ramai ahli politik tanah air tidak kira daripada mana parti yang mereka wakili mereka semua hari ini mempunyai blog tersendiri. Termasuk Mantan Perdana Menteri kita, Tun DR. Mahathir Mohamad. Di sinilah juga segala perasaan, idea, kritikan mahupun penceritaan kisah hidupnya si blogger di sampaikan. Kadang kala ada yang merasakan ia releven dan ada yang tidak bersetuju kan?
Ate (abis tu -dalam loghat perak) al_insan?
Bagi saya, sebagai moderator al_insan saya lebih mencakupi segala bidang. Bergantung pada idea yang datang yang memberikan rasangan kepada saya. Kadang kala bahanya ilmiah, kadang kala bahannya hanya pandangan dan ide saya. Kadang kala juga saya mengkritik, memberikan pendapat dan menyampaikan luahan isi hati. Ada juga saya jadikan blog ini sebagai bagaikan catatan peribadi yang mungkin boleh diambil ikhtibar. Bagi saya, saya telah menSirkan mana - mana bahagian nama jawatan atau nama penuh sesuatu organisasi semasa saya menulis. Maka di sini tidak timbul masalah mengaibkan mana - mana pihak. Siapa makan cili dia yang merasa pedasnya mungkin ada seorang akhwat sudah terasa pedasnya cili di Sarawak ini.
Namun, Semuanya Bermula Dengan Niat
Jika kita sempat untuk melihat satu hadis daripada koleksi hadis 40 susunan Imam AN - Nawawi kita dapat melihat hadis yang pertama adalah mengenai niat.
Setiap perkara dimulai dengan niat, setiap insan akan mendapat apa yang dia niatkan. jika dia berhijrah kerana ALLAH dan Rasul maka hijrahnya itu adalah kerana ALLAH dan RasulNYA. Jika dia berhijrah atas niat harta didunia atau perempuan yang ingin dia kahwini maka dia akan mendapat apa yang dihajatinyaJadi kepada diri yang hina ini juga kepada ikhwan dan akhwat sekalian saya berpesan semoga kita perbetulkan niat kita. Atas dasar apakah kita menulis ini? Semoga dasarnya adalah Lillahi Taala. Saya ingin mengulangi sekali lagi saya turut memohon maaf atas kesalahan tutur kata ini. jika penulisan saya ini kurang menyenangkan feel free to give comment and insyaALLAH i'll try my best to change it. Moga perbincangan ini mendapat rahmat daripada Ilahi dan dapat menjelaskan apa yang samar dan sekali lagi saya mohon pihak pembaca al_insan membaca welcome note saya supaya lebih jelas mengenai apa yang akan mereka dapat dalam al_insan ini.
HR Bukhari & Muslim
Teruskan Berbuat
InsyaALLAH saya berharap semua blogger untuk teruskan berbuat yakni teruslah menulis dan menulis untuk menyampaikan ideologi dan menyampaikan apa yang sepatutnya disampaikan. Kita ini dinyatakan dalam Al - Quran sebagai umat yang terbaik atas dasar umat ini menjalankan Amar(menyeru kepada) Maaruf (yang baik) Nahi(melarang kepada) Mungkar( yang Jahat) boleh refer 3;110 dan kita ini insan yang memerlukan peringatan seperti dalam surah az zariyat ayat 55
Dan tetaplah memberi peringatan, karena sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman.
Akhir kalam semoga ALLAH merahmati setiap umat MUHAMMAD dan mempermudahkan segala para daie dalam urusan mereka insyaALLAH
--Ukhwah Fillah Abadan Abada--
me????reason for having blogspot???
ReplyDeleteda first one...hehehe..
anyway, danial, great to know that u have blog....herm....rindu la ngan kamu2 semua......nnti dalam mase pat tahun wat la reunion lagi eyk???
insya-ALLAH i'll be coming cz, da abis degreee kot tyme tu..=)
niat2..
ReplyDeletejengah2 blog teman yg xseberape..
bile ke ipoh..
mesej2 le..awak dah bkk bisnes sndiri..ahaha
dgn arip kawi