Thursday, January 07, 2010

Bolehkah kukongsi bersama?

Semester bermula.
Halaqah pun bermula.

Di mana mutarabbiku? Sudahkah aku menziarahi mereka?

Cinta Allah masih berkesinambungan hinggalah helaan nafasku pada malam ini. Mataku enggan lelap kerana mindaku masih lagi ligat. Selimut enggan membungkus jasadku, bantal kurasa kurang empuk, dan tilam enggan membiarkan aku lena.

Mungkin sahaja dulu aku dirundum rasa kecewa lantas berputus asa. Ku rasakan ianya suatu kelelahan dalam berdakwah, suatu penggalasan bebanan yang tak pernah akan dihenyak pada suatu perhentian.

Liqa demi liqa, problematika berdakwah dan juga kekecewaan kufahami dan membuatkan langkahku tegar kembali. Putus asa dan rasa kecewa bukanlah terminal untuk jiwa dakwahku berhenti.

Kucuba tahan dan telan, namun tangan tetap mengusap mataku, menidakkan airmata. Kerana aku tidak seharusnya menangis, melihatkan mutararabbiku dilanda masalah. Aku tidak seharusnya membiarkan laluan sukar itu dilaluinya sendirian. Dan mungkin sahaja laluan lain menawarkan kebahagian yang palsu akhirannya.

Lalu di manakah aku untuk menghulurkan tangan? Merasai beban. Membetulkan haluan. Menyinsing godaan.

Aku mengerti, beban yang dia pikul sungguh berat, baik dari segi pelajaran, jawatankuasa, juga sama halnya kewangan.

Ya Allah, jika ini terlalu berat untuknya, maka permudahkanlah ya Allah.

Apa lagi kehadiranku untuk mengajaknya liqa al-Quran sebentar, sudah tentu akan lebih menghambat. Dia enggan menatap mataku dan bibirnya berbasa-basi. Aku faham dan itulah jawapannya.

Aku mengunjurkan malam ini untuk dia melempiaskan air mata dan keletihan dan kepada Allah lah aku menyerahkan segalanya.

Dan sekiranya bait-bait ikhlas ini dibaca oleh mutarabbiku itu, percayalah aku sedia membantumu, kepayahanmu milikku jua.

Menyelam lautan kasih Allah,
Rashid al-Shirfani.

4 comments:

  1. Salam akhi.. dah buat halaqah belum, tahu tak siapa mutarabbi antum, kalau tak tahu, afwan ana lupa nak sms bagitau siapa.. akhi.. moga anta dapat buat halaqah dgn baik.. menjadi murabbi sukses.. amin

    ReplyDelete
  2. Salam... Insyallah, seorang da'i yang IKHLAS dalam mengajak dan menyeru kepada Allah SWT akan mendapat bantuan dan pertolongan daripdaNYA.. Bekalkan diri kita dengan IMAN yang MANTOP, Kedisiplinan terhadap gerak kerja dakwah, Kepatuhan kepda manhaj selagi mana tidak bertentang dgn syariat ALlah... Akhi, setiap ladang dakwah itu akan ada permasalahan dan setiap ladang dakwah itu akan ada PEMUDAnya yang mana akan berusaha utk sedaya mungkin menyelesaikan masalah tersebut dan mengajak mrk kepda ALlah... Wallahua''
    lam

    ReplyDelete
  3. selamat terus berdakwah akh !!!!!!!!

    ReplyDelete
  4. Kerana dakwah ana dapat sampai UKM. Alhamdulillah.

    ReplyDelete

Sebarang cadangan dan pendapat boleh kemukakan di sini...

Anda juga mungkin meminati...