Assalamu’alaikum wbt.
Van UNIMAS sudah menunggu di bawah. Huh. Hari pertama sebagai seorang pelatih jururawat di hospital yang baru.
*****
Sampai sahaja di wad, barang-barang disimpan di dalam pantri. Siap menyimpan, mendengar handing over daripada jururawat.
“Patient hari ni 3 orang sahaja!” kawanku memberitahu sebaik sahaja berjumpa.
“Huh?, 3 orang sahaja untuk Bandar sebesar ni?, oh, mungkin untuk wad surgical.”
3 orang pesakit? Katil 3, 5 dan 6. Katil 5 kes dah ditempah. Katil 3 pun sama, sudah ditemu ramah. Tinggal lagi katil 6. Nak ke ambil katil 6 untuk case study?
Mari berbual.
“Mak cik dari mana?”
Menggeleng kepala.
“Mak cik faham bahasa melayu?”
Menggeleng kepala.
“Nemu jakok iban?”
Menggeleng kepala.
“Kayan… kayan…”
Tahulah aku yang dia berbangsa kayan. Huh. Datang ke Bintulu ni makin banyak pulak suku yang ada. Ndak nemu jakok iban, jakok melayu pun ndak nemu. Macam mana mau ambil data nih? Ok. Nampaknya pesakit ni tak berapa sesuailah. Tak pa. Doakan besok ada pesakit baru.
*****
Petang itu.
“Eh kenapa kamu?” tanya SN Siti.
“Sakit perut…”
“Mau berak ka?”
“Tak, masuk angin.”
“Kamu ada gastritis?”
“Tak ada”
“Pergi treatment room, ambil dan makan Trisilox 2 tab. Jangan ambik lebih.”
“Trisilox? Ok…”
Pergi ke treatment room dan menganbil trisilox. Huh. Pil angin rupanya. Rasanya ada mint-mint. Hujungnya ada pahit-pahit sikit. Boleh pulak SN tu prescribe ubat yer. Eh. Dia memang cekap bab-bab menyusun ubat untuk pesakit. Semua jenis dan tempat ubat pun dia dah hafal. Kalau kami, baca preskripsi doktor tu pun dah satu hal. Belum lagi nak kira dosage. Huh. Banyak jugala silap semasa penyediaan ubat petang tu. Yela. Dahla sakit perut, nervous pulak.
*****
“Apa fungsi tranexamic acid?”
“Huh?... tranexamic acid? Nama lain?”
“Takda nama lain!”
SN Siti cuba menduga pengetahuan yang dangkal ini. Apa ya?
“Dia ada kaitan dengan sistem apa?”
“Blood.”
“Prevent blood clot?”
“No! Astaga Tuhan!”
“Antibacterial?”
“Are you sure? 1… 2… 3… closed! Saya nak u cari kat rumah.
Oh ok. +_+
UPM Bintulu,
Rashid al-Shirfani
No comments:
Post a Comment
Sebarang cadangan dan pendapat boleh kemukakan di sini...