Monday, May 10, 2010

Hari 10 - Resuscitation Trolley

Assalamu'alaikum wbt.

Hari ini kerja pagi. Awal bangun namun terlelap lagi. Van UNIMAS yang belum sampai menyebabkan rentak kaki terasa berat. Gembira ada, susah hati pun ada. Gembira sebab mungkin boleh cuti lagi. Susah hati sebab target prosedur belum lagi penuh. Prof. Shang pun shift pagi, sekali dengan Madam Lulu.

Sepanjang perjalanan, Madam Lulu tidak putus-putus dengan nasihat. Kerisauannya terhadap pelajar-pelajarnya sangat memuncak, terutama sekali jika ia berkaitan dengan prosedur-prosedur yang invasif. Kena ada supervisor yang accountable.

“Student listens, if you’re going to do any invasive procedure like IV injection and NGT insertion, please call me or if I’m not responding, please ask SN to supervise you. Remember to write their name. Otherwise if anything happen, you’ll be in trouble. Understand that?”

“Yes” itu sajalah yang kami suka dan mampu jawab. Seisi van itu pun bingit dengan suara pelajar.

*****

Suasana di wad sungguh ‘aman’. Kali ini di Female Medical. Pesakit lain, staf mestilah dah bertukar. Huh. Susahlah nak buat rapport dengan Staf lagi. Kali ini stafnya lagi ‘mencabar’. Mereka sangat sibuk dengan urusan wad, jadi, kuranglah masa dengan pelatih jururawat.

Rutin wad seperti biasa. TPR, admission, kasi pindah pesakit, dan discharge. Cuma yang sedikit membezakan hari ini dengan hari-hari sebelumnya, hari ini ada clinical teaching. Sebab Madam Lulu ada bersama kami hari ini. Dua rakanku, Eba dan Chester dipilih untuk mempersembahkan case presentation mereka.

“Name of the patient; Siti Humairah (bukan nama sebenar), medical diagnosis viral encephalitis, blah… blah… blah.”

Eba dan Chester present case dengan baik. Cuma slang Chester yang kadang-kadang melucukan membuatkan kami geli hati.

“Adik ada STO (suture to open) untuk mak cik dari OPD (out patient department), nak buat?”

“Oh. Boleh.”

“Kalau nak prepare semua barang k.”

“Ok”

Madam Lulu dicall untuk memerhati dan menilai prosedur. Huh berpeluh juga membuka benang jahitan mak cik ni walaupun penyaman udara di dalam treatment room sungguh sejuk.

Aku pun selesai buat STO. Alhamdulillah, jarang dapat target ni. Melintasi wad, kulihat gelagat pesakit-pesakit. Ada yang terbaring kaku, ada yang menangis, ada yang duduk-duduk sambil makan, ada yang senantiasa dibelai penjaga dan macam-macam lagilah. Tiba-tiba…

“Misi, saya susah mau bernafas oh!” Mak cik yang sedang makan soti tiba-tiba mengadu.

“Oh ya? nanti saya pasangkan oksigen untuk kamu k.” jawab seorang staff nurse.

Wajahnya tiba-tiba bertukar putih. Lebih putih daripada biasa. Ini bukan kes biasa-biasa! Selepas itu dia mengadu sakit dada.

Dia semakin sukar bernafas. Dadanya ditahan, mulutnya tercungap-cungap, memang seperti seekor ikan yang terdampar di daratan. Pesakit collapse!

“Panggilkan doctor! Emergency!”

Semua Staff Nurses yang ada di wad berkumpul di Katil 7, termasuklah seorang yang tengah memerhati aku membuat venipucture. Dia berlari-lari anak sambil menyorong troliku.

“Dik, kamu cuba-cubalah cari vein dia k, kakak ada emergency kat sana!”

Emergency!

Panggilkan doktor! Emergency, patient bed 7 collapse!

Kebetulan Dr. Siew belum lagi beransur daripada wad. Dia mengenakan stetoskop di telinga. Memeriksa peparu dan degupan jantung pesakit. Menggeleng kepala, apakah maksudnya?

Staff Nurses berkerjasama menyelamatkan pesakit dengan doktor.

Bawa Resuscitation Trolley ke sini!

Tirai katil di tarik, suasana di dalam sudah tentu sangat mencemaskan. Bunyi beep dari mesin ECG tak henti-henti memberikan kondisi terkini pesakit.

“Keluarkan Ambu bag!” arah SN Lika

Mulut pesakit dibuka, air way dimasukkan dengan pantas.

Ambu bag disambung sementara menunggu ventilator machine datang.

2-3 minit berlalu, pesakit masih cuba untuk diselamatkan.

Mesin ventilator datang disorong oleh seorang JM.

SN Popo merangkulnya dengan segera.

Tangannya kencang menekan butang-butang di papan ventilator.

Semakin cepat. Patient di intubate.

Terdengar dari luar bunyi ambu bag yang kuat. Patient gagal sedarkan diri.

Suasana semakin cemas!

“Bagi dopamine, double cone!” Arah doktor.

SN Mary bertindak pantas!

Ampule dipatahkan dengan cepat, dopamine ditarik, dilarutkan dengan 40 ml Normal Saline. Kaki pesakit putih dan kaku.

Dadanya Cuma menaik bila udara dipam masuk.

Keadaannya berlarutan sampai shif kami berakhir tengah hari itu.

Semua mata memerhatikan dan tertumpu ke katil 7, kaunter jururawat kosong seketika kerana memberikan bantuan kecemasan kepada pesakit katil 7. Baru sahaja beberapa minit tadi aku melihat dia duduk di tepi katil sambil makan roti.

*****

Di dalam Bilik Rawatan. Aku baru sahaja mengemas set STO mak cik tadi.

“Macam mana patient tadi SN?”

“Hmm. Itulah dia, dia tak dengar arahan. Dah tahu ada nephrotic syndrome, masih juga tak jaga makan.” Dia menarik tisu disingki untuk mengelap peluhnya yang seperti baru membasuh muka, memang lencun mukanya.

“Congestivelah dia tadi?”

“A’a CCF” jawabnya sambil mengelap peluh.

Huh. CCF (Congestive Cardiac Failure). Suatu keadaan dimana jantung gagal memberikan bekalan darah beroksigen yang secukupnya untuk kitaran fisiologi badan. Air yang berlebihan, terutama sekali untuk pesakit yang mengalami nephrotic syndrome (body fluid gagal disingkirkan melalui urinasi) akan berkumpul di sekeliling tisu peparu dan jantung menyebabkan ianya tidak berfungsi dengan sempurna. Isipadu peparu akan berkurangan, jantung terpaksa mengepam dengan lebih kuat dan akhirnya gagal berfungsi akibat terlalu sesak (congestive) dengan air yang berlebihan di tisu peparu dan tisu jantung. Selalunya untuk pesakit CCF, Tablet atau IV Lasix akan diberikan, ubat ini untuk menggalakkan penyingkiran air melalui urinasi.

Bagaimanakah keadaan pesakit katil 7? Sama-sama kita nantikan besok!

Bagi kita yang masih bernafas seperti biasa, ingatlah Tuhanmu dan Tuhanku berpesan di dalam al-Quran,

6:158. Yang mereka nanti-nanti tidak lain hanyalah kedatangan malaikat kepada mereka (untuk mencabut nyawa mereka) atau kedatangan (siksa) Tuhanmu atau kedatangan beberapa ayat Tuhanmu. Pada hari datangnya ayat dari Tuhanmu, tidaklah bermanfaat lagi iman seseorang kepada dirinya sendiri yang belum beriman sebelum itu, atau dia (belum) mengusahakan kebaikan dalam masa imannya. Katakanlah: "Tunggulah olehmu sesungguhnya Kamipun menunggu (pula)."

UPM Bintulu,

Rashid al-Shirfani

No comments:

Post a Comment

Sebarang cadangan dan pendapat boleh kemukakan di sini...

Anda juga mungkin meminati...