Monday, May 03, 2010

Hari 3 - Perkenalan

Assalamu'alaikum wbt.

7.30am, trip kedua kumpulan pelatih jururawat UNIMAS berkumpul di hadapan blog E. Menunggu ketibaan van UNIMAS yang baru menghantar kumpulan pertama. Huh. Hari ini merupakan hari pertama masuk hospital. Entah bagaimanalah rupanya keadaan hospital bintulu? Setelah hampir ½ jam menunggu, akhirnya van kelabu UNIMAS tiba di perkarangan. Kami pun masuk, sekali dengan Prof. Shein.

Kami keluar mengikut pintu hadapan UPM, nyatanya lagi dekat. Pintu belakang keluar terus ke Farley, MDS, Sing Kwong tetapi pintu hadapan terus ke jalan raya utama. Jalannya singkat dan melalui blok-blok kuliah dan pentadbiran. Nampaknya masih banyak lagi kereta, UPM pun ada antarsesi rupanya…

8.15am, kami tiba di hospital. Kelihatan kumpulan trip pertama sedang duduk di laman hospital. Suasana menjadi meriah dengan kedatangan serentak pelajar ITA, pun pelatih jururawat. ITA stand for what? Tak tahu… Haha. Ingatkan UNIMAS dan Masterskill jer yang attach kat HB, ada lagi rupanya. Kalau macam tu lebih banyak pelatih daripada pesakitlah nanti. Huh.

8.45am, sister Norizan menyambut dengan tangan yang terbuka. Kami diajak ke Klinik Pakar untuk mendengar taklimat di dalam sebuah bilik mesyuarat yang agak besar. Dia memperkenalkan kepada kami sejarah Bintulu, HB dan jawatankuasa HB terutama sekali jabatan kejururawatan. Paling penting, sister norizan ada memberitahu yang post U42 untuk jururawat masih kosong 1, post U41 masih kosong 4. Wah. Alhamdulillah nampaknya ada post yang menanti untuk diisi, harapnya permintaan masih ada sebaik sahaja aku graduat. InshaAllah.

9.15am, kami diajak melalui beberapa blok utama hospital, sekadar orientasi agar penyesuaian berlaku dengan lebih pantas. Ternyata HB berbeza daripada SGH ataupun hospital yang lain. Berhadapan dengan Female Surgical ialah Female Medical. Di hadapan Male Surgical ialah Male Medical. Berasingan dan lebih baik daripada suasana di SGH. Kami dibawa melalui wad-wad lain; pediatrik, obstetric and gyneacology, orthopedic, patient education unit, operation theatre, klinik pakar dan banyak lagi. Last sekali kami pergi kafe untuk makan. Wah. Laparnya.

11.00 Usai makan dan lawatan. Kami dibenarkan balik. Seperti biasa, menunggu van trip kedua.

11.30am. Lawatan berakhir. Van pun tiba dan membawa kami balik di asrama UPM.

****

3.30pm. Aku keluar dari blok E. Mencari tempat untuk melapangkan minda dan hati. Mata mengerling jam tangan, dah nak masuk waktu Asar. Jum ke Masjid UPM.

Tak jauh. 10 minit berjalan kaki. Nampak kubah kuning, sampailah tu. Sini dia tak panggil Masjid maaf, tapi digelar pusat Islam. Dua tingkat, tingkat bawah untuk seminar, tingkat atas untuk solat, digelar Dewan Solat. Sampai di Pusat Islam (PI), takda orang pun. Mungkin sahaja pelajar banyak balik. Ya kan, kan dah cuti… Di dinding ada jadual solat. Periksa, 3.46pm, dah masuk. Sekarang 3.55pm. Solatlah.

Lepas aku selesai solat, baru ada seorang muslim yang masuk. Tersenyum tatkala aku memberi salam yang kedua. Salam kedua sunat. Oh, nak tak nak senyum balas. Haha. Hendak menyapa, tapi dia baru mula solat, hendak menyapa, dia teruskan dengan mathurat, hendak lagi menyapa, dia tengah menghadap al-Quran. Rasa-rasanya daku tahu siapa itu… Haha.

Oh.

Menanti perkenalan itu. Sabar, slow-slow k.

Nantikan kes pertama di HB besok!


UPM Bintulu,

Rashid al-Shirfani.

No comments:

Post a Comment

Sebarang cadangan dan pendapat boleh kemukakan di sini...

Anda juga mungkin meminati...