Tuesday, April 27, 2010

Wanita Penghuni Syurga

Assalamu'alaikum wbt.

Oh. Hati tak puas lagi menaip rupanya. Yela, kan di hujung entri lepas (lebih kurang 15 minit yang lalu) ada dikhabarkan tentang wanita penghuni syurga. Tajuk yang menjadi pilihan untuk pengisian remaja muslimah, slot terakhir program zaujah Dr. K ahad lepas. Rasanya siapa oh?

Mari kita mentadabbur hadits sabdaan junjungan Rasulullah saw, buat peminat bahasa Sarawak, inilah masanya untuk belajar sedikit-sedikit.

Hadits terjemahan bahasa Melayu Sarawak, insyaAllah tak lari maksudnya.

Dari Atha bin Abi Rabah, nya madah, Ibnu Abbas madah ke kamek,

"Maok sik kitak kamek madah kitak seorang ompuan penghuni syurga?"

Kamek madah, "Maok"

Nya madah, "Ompuan itam ya lah nok datang ngagak Nabi saw alu nya madah, 'Kamek ada sakit sawan, mun kaek atang sawan, aurat kamek tebukak. Minta Nabi saw doa minta Allah ngubat kamek.'

Nabi madah, "Mun kitak maok, kitak sabar jak, dan syurga untuk kitak, mun kitak maok, kamek akan doa pake kitak minta-minta Allah nyembuh kitak."

Ompuan ya madah, "Kamek pilih bersabar." Alu nya madah agik, mun kamek diserang sawan, alu aurat kamek tebukak, mintak kitak doakan supaya aurat kamek sik tebukak."

Alu nabi pun ndoa pake ompuan ya.

HR. Bukhari dan Muslim.

Harap semua faham k. Kalau ada yang keliru, boleh tanya kat kotakkata.

Apa yang boleh kita faham? Seorang perempuan yang hitam, datang kepada nabi, minta penyakitnya disembuhkan. Dahla hitam, sakit sawan pulak. Dimanakah letaknya harga perempuan ini yang mahal?

Imannya.

Seorang yang redho dengan ketetapan Allah ke atasnya, menyisihkan nikmat kesihatan di dunia kerana mengimpikan ganjaran yang lebih besar kemudiannya, syurga.

Bayangkan, seorang yang hitam dan sawan. Tiadalah cantik sekali. Mana ada kulit putih seperti kertas A4, mana ada licin selicin skrin laptop (hehe). Tetapi keredhaanNya dan pengharapannya terhadap syurga Allah mengatasi segalanya.

Mungkin pembaca pernah mengalami krisis tumbuh jerawat di atas hidung, pipi, T-zone berminyak, kedutan ketara, apa-apa sajalah tujuh tanda lanjut usia. Dan semestinya kita akan mengeluh? Oh kenapa begitu sekali. Lalu bersusunlah di atas meja solek L'Oream, Syahirun, Shurih, Fare & Loveli, Serdadu Tinggi, tak ketinggalanbedak sejuk, air beras, getah betik, air asam, dan segala macam yang ada di langit dan di bumi.

Allah mendidik hati kita agar bersabar dengan setiap dugaan yang diberikan, baik mikro ataupun makro. Dan kerana itulah, wanita hitam itu berjaya ke syurga. Nah! siapa cakap perempuan tak cantik tak boleh masuk syurga. Boleh, asalkan iman dan taqwa subur kerana Allah.

Jadi bagi sesiapa yang memiliki wajah yang mulus, tulus, halus, kudus, gebu, dan apa-apa sajalah tanda-tanda tak lajut usia, bersyukurlah. Ya, kadang-kadang ketakburan kita terhadap kekacakan dan kecantikkan kita menjadi punca ke neraka. Nauzubillah.

Cadangan hiasan, bukan gambar sebenar


Aku jadi teringat seorang kakak, menjawab soalan Kertas Bahasa Melayu Sarawak,

Anjing = Ukui, Pasuk
Kucing = Mayau, Siar
Siput = ?

Hm. Jawapannya anjing = asuk, kucing = pusak, siput = tekoyong. Alahai, bila pulak ada terjemahan baru ye. :)

:)

Dah jam 2 pagi,
Rashid al-Shirfani.

1 comment:

  1. fuh! terjemahan hadith bahasa sarawak. bleh la akh, buat hadith 40 sarawak version. senang nak berdakwah.

    hehe... first baca hadith bahasa sarawak.

    ReplyDelete

Sebarang cadangan dan pendapat boleh kemukakan di sini...

Anda juga mungkin meminati...