Wednesday, April 14, 2010

ikhwahku Berpesan II

Akh Hafidz berpesan;
Dalam sebuah perjalanan, Allah amanahkan sebuahperjuangan, terimalah dengan kekuatan...kadang -Bold kadang sakit yang mendatang, kadang teman tidak sehaluan, kadang kecemerlangan gagal dicapai, namun itulah ujian...mencari iman yang teguh...semoga terus bersabar dalam perjuangan...kuatkan kakimu dijalanNYA. moga keredhoanNYA sentiasa bersamamu

Akh Khairul Anwar berpesan;
"aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwaku, sahabat yang baik adalah seiring denganku dan menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas mati. Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan merasakan senang. Semakin ramai sahabat, semakin aku percaya diri. Aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tidak luntur baik dalam suka atau duka. Jika aku dapat, aku ingin setia padanya " (imam Syafie)
dari sahabat untuk sahabat..ukhwahfillah ;-)

Akh Ijat berpesan;
Dar ISLAM, kutemui keindahan...Dari SOLAT, kutemui kedamaian...Dari AL _ QURAN, kutemui kebenaran...Dari Hadis, kutemui pedoman...Dari Qiam, kutemui kekuatan,...Dari DHUHA, kutemui pengorbanan...Dari DOA, kutemui keinsafan dan Dari DIRImu, kutemui PERSAUDARAAN...moga ukhwah berkekalan..uhibukafillah akh.

Akh Khai berpesan;
Ukhwah doesn't always need togetherness,
doesn't need everyday conversation
as long as the relation lives in the doa, it remains abadan abada (",)

Akh Aiman Faudzi berpesan;
Teringat kata - kata Ibnu Qayyim al - Jauziyah, sesungguhnya perjalanan seseorang daie sungguh jauh dan meletihkan, orang - orang yang lalai akan bertanya kepada daie, "kenapa kamu harus melelahkan diri seperti ini? jawab si daie dengan yakin, ' Aku menantikan rehat di akhirat kelak :)

Akh Amirudin Dahlan berpesan;
Bermula niat dengan berfikir. datangnya dikiran melalui renungan. datangnya renungan dari muhasabah diri hasil dari pembacaan dan ceramah kesedaran

Akh Syahrul UTEM berpesan;
Seorang ikhwah adalah anugerah tuhan tokkita, kemana dia pergi kita akan mencarinya, dari mana dia datang kita perlu tahu, kemana dia menghilang kita pasti merinduinya

Akh Firdaus UPM berpesan;
barangsiapa bertakwa kepada ALLAH, nescaya Dian akan membuka jalan keluar. dan DIA memberi rezeki dari arah yang tidak disangka - sangka. dan barangsiapa bertawakkal kepada ALLAH, nescaya ALLAH akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya ALLAH melaksanakan urusanNYA. Sungguh ALLAH telah mengadakan ketentuan bagi sesuatu...65:2-3

Akh Fiqri berpesan;
kekitak seorang sahabat bertanya rasulullahS.A.W " siapakah yang menjadikan sahabat yang paling baik bagikami?" jawab baginda " seseorang yang apabila kamu memandangnya kamu teringat akan ALLAH S.W.T, apabila kami dengari percakapanya, pengetahuan bertambah

Akh Khatib UTEM berpesan;
Persahabatan ibarat janji yang dibuat dalamhati. tidak dapat ditulis, tidak dapat dibaca, namun tak akan berpisahdek kejauhan..tidak akan berubah dek masa. sekali kita berkawan, selamanya tetap kawan.

Akh Saiful USM berpesan;
surah 17 : 79 - dan pada sebahagianmalam, lakukanlah solat tahajud (sebagai 1 ibadah) tambahan bagimu: mudah - mudahan tuhanmu mengangkatmu ke tempat yang terpuji

Akh Omar berpesan;
Seringkah kita terfikir, bagaimana mulia dan bersihnya hati nabi kita, tetap senyum bila dibenci, tetap tenang bila dimushi, tetap membantu walau disakiti, tetap menyeru walau diusir pergi. kenapa kita mudah benci bila dikasari, mudah putus asa bila yang dilakukan tidak menjadi, mudah kecewa bila orang lain tidak memahami, mudah terguris bila kita dinasihati...ayuh kita bangkitkan diri, agar segala yang indahmenghiasi peribadi, kerana qudwah kita adalah nabi, kerana itulah sifat hamba ALLAH yang hakiki..

Akh Rasheedan berpesan;
ikhwah kena ceria, ikhwah kenaselalu bersemangat, orang yang buat silaturahimwajahnya sentiasa muda

Ibnusarha
Swee Joo Park

No comments:

Post a Comment

Sebarang cadangan dan pendapat boleh kemukakan di sini...

Anda juga mungkin meminati...