Tuesday, April 27, 2010

Feri dah berhenti la...

Assalamu'alaikum wbt.

Malam-malam lepas cuti ini sungguh lapang. Namun ianya satu kepelikan bagiku kerana kekambohan dakwah sedikit berkurang. Tak beerti berhenti ya!

Alhamdulillah, tenang malam ini di No. 9 menyuguh minda untuk bercambah dan menggelintar idea untuk dikongsi. Peperiksaan semuanya dah berakhir, dan alhamdulillah semuanya terjawab dengan lancar. Walaupun ada beberapa seksyen yang menggetuskan kesedihan. Ah..

Perjalanan ku balik ke kampung halaman terbantut, cahaya feri sirna dari jauh. Tiada lagi neon terang memancar di jeti. Feri berhenti. Suasana pun mati. Oh, patutkah aku mengambil rute yang satu lagi?; jalan darat yang memakan masa 60 minit, lebih kurang 40km. Tidak mengapalah, balik besok pun ok, lagipun liku jalan merentas Kg Empila sungguh gelap-gulita.

Balik ke Sg Maong. Sebenarnya baru habis liqa dengan akh H. Ramai rupanya yang datang liqa sekali; termasuk ikhwah yang baru balik Sibu. Tugasan malam ini menghafal surah An-Naba' dan An-Naziat. Tasmik terus dalam masa 20 minit? Gulp...

An-Naba kuhabiskan sehingga ayat 30, sekian. Minta izin murabbi untuk sambung minggu hadapan (Tapi minggu hadapan dah di Bintulu, praktikal Medical-Surgical Nursing II) :) Eh, bolehke... Kena juga tasmik. Ini dah tugasan. Minggu depan tambah lagi satu surah, Abasa. Habis sesi tasmik, sedikit pengisian tentang syarat dan etika menghafal al-Quran. Bolehla dikongsi, antaranya Quran kena sentiasa ada di sisi dan selalu dibaca. Oh, aku teringat di dalam beg aku, Quranlah yang tak pernah tiada; masalahnya cuma baca @ tidak.

'Aishah kukendong dan kutimang, oh sungguh comel bayi tok. Abinya bagi pengisian, 'Aishah buat selingan dalam buaian. Hahaha... Tak senang tengok abinya tenang.

Ohya. Minggu lepas banyak sekali perkara yang berlaku.

"Anta kena bagi pengisian kat muslimat, untuk program remaja zaujah Dr. K."

"Serious"

"Ye. Ana dah minta keizinan daripada murabbi anta"

Ah. Palpitation sepanjang malam. Belum habis periksa dah ada event yang menambah gelabah.

"Senang je. Budak-budak sekolah"

"InsyaAllah, ana cuba"

Apa tajuknya?

"Ana bagi tajuk Ciri-ciri Wanita Solehah"

Aku pulak nak bagi apa? Banyak kali slaid kutatal atas dan bawah, mencari perkaitan isu yang hendah disampaikan. Tajuk? Asalnya 'Bangunlah Dari Tidurmu!". Macam tak sesuai. Fikirin lagi, "Wanita Penghuni Syurga". Oh. Sedap juga.

Slaid kukemas dan kufaham. Kuingat bait-bait al-Quran yang berkaitan. Kuingat hadits yang dah kufaham.

Eh. Entri malam ni tak fokus la. Oh tidak, jam dah 1:01am. Patutla. Besok nak bertolak awal, lepas subuh.

Selamat malam.


Hilang fokus menaip,

Rashid al-Shirfani.

1 comment:

  1. alhamdulillah..jangan lupe habiskan ye sebelum ke bintulu..selamat berkembara..

    ReplyDelete

Sebarang cadangan dan pendapat boleh kemukakan di sini...

Anda juga mungkin meminati...