Erm. Akh Nizzal Syafiq ada bagi tau saya, 'Contengan Jalanan' merupakan booster bagi sesiapa ulat buku yang sekarang tengah 'futur'. Saya pun kiranya tengah 'futur' menjadi ulat buku. Banyak lagi buku-buku yang dibeli namun belum dibaca. Mungkin masa yang mengekang, ataupun takda motivasi untuk membaca.
Isabella baru separuh dibaca. (pastu tak tau sape pinjam)501 Must-know Speeches baca randomly.For One More Day dah tak ingat jalan cerita macam mana.Dalam Mihrab Cinta baru 3 helai.Sebarkan Cintamu sempat baca autograf author je.Karipap-karipap Cinta tak buka lagi.Fikah Perubatan bila perlu.dan banyak lagi perlukan masa untuk dibaca.
Adakah buku-buku di atas memerlukan 'Contengan Jalanan' sebagai booster? Bukan itu yang jadi perbincangan utama saya kali ini. Semuanya sebagai analogi sahaja. Nak gambarkan iman juga begitu. Perlukan booster. Mungkin booster itu berbeza, bagi setiap orang. Sempitkan perbincangan, bagi seorang da'ie.
Kadang-kadang hadir program bersama ikhwah boleh jadi satu booster.Kadang-kadang lepas bagi pengisian halaqah, iman kita meningkat. (sebab dengar nasihat sendiri, dan ancaman firman Allah dalam surah As-Saff)Kadang-kadang lepas hadir halaqah sendiri boleh jadi booster (selalunya laa...)Kadang-kadang ada ikhwah tegur juga boleh jadi booster (booster ni paling best la)Kadang-kadang bila baca post ikhwah kat FB pun boleh jadi satu booster.
Jika beriman, kamu akan melihat booster itu ada di mana-mana. Hatta kamu terdengar air hujan menitik di luar pun boleh meningkatkan iman kamu. Yup. Setiap jiwa akan mengalami fasa futur, dan fasa ini bukan untuk sekali sahaja dalam seumur hidup, boleh jadi ianya berulang dan bermusim. Ambillah sedikit ruang untuk kamu memikirkan, sejauh mana dirimu meningkat setelah kamu dapat booster tersebut. Kalau tak meningkat atau selevel dengan sebelum ini, mungkin perlukan booster yang lebih kuat.
Allah firmankan dalam surah al-Anfaal, maksudnya,
Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.
Iman kita boleh menaik, juga menurun.
Mungkin penjelasan tentang memotivasi diri yang futur, kamu boleh baca di blog http://mambi86.blogspot.com/. Saya malam ni tak nak cerita panjang-panjang, entah tetiba teringat pasal booster. Marilah kita sama-sama mencari booster yang boleh meningkatkan iman dan amal kita.
Kalau nak pinjam buku, boleh PM saya.
Rashid al-Shirfani,
Sg Maong yang bernuansa CNY.
"for one more day" SEDIH !!
ReplyDelete