Assalamualaikum,
Setiap insan dilahirkan ke dunia ini adalah hasil perkongsian hidup antara dua insan yang dikenali sebagai Ibu dan Ayah. Tanpa mereka ini kita pasti tidak akan dapat melihat bumi ini, kecuali nabi ALLAH Isa A.S. Baginda dilahirkan oleh seorang wanita yang solehah yang masih suci. Subhanallah, ini kuasa ALLAH. Namun hakikat semua orang mempunyai ibu dan ayah.
Seorang sahabat bercerita kepada saya berkenaan temubual isteri almarhum Abd Aziz Al Rantisi dengan sebuah stesen televisyen “ kata penemubual ; benarlah kata orang bahawa dibelakang seorang yang hebat berdirinya seorang wanita yang hebat. Jawab isteri almarhum: Jika saudara ingin mengatakan bahawa wanita yang hebat itu adalah saya maka saya tidak bersetuju, sebenarnya wanita yang hebat itu adalah Ibu kepada almarhum. Dialah wanita yang melahirkan, mendidik dan menjadikan susuk peribadi Abdul Aziz Al Rantisi.”
Setiap manusia dilahirkan dalam keadaan fitrah yang bersih bagaikan kain yang putih. Ibu bapa lah yang akan mencorakan kain itu. Jadinya, ibu dan ayah adalah dua insan yang amat mulia dan mereka memikul satu beban yang amat berat.
Semasa daku akan berangkat pulang ke Sibu selepas cuti seminggu raya Cina. Daku sempat bertemu dengan seorang sahabat lama di KL sentral. Na’aim namanya. Beliau sempat juga melayan daku dengan membawa daku berjalan – jalan sekitar kawasan. Sempat jua daku menjejakkan kaki di Perpustakaan Negara. Besar o Perpustakaan Negara, bangunan lamanya macam Perpustakaan UNIMAS, bertingkat – tingkat. Bangunan barunya adalah menara dan amat menarik. Sebelum kami berpisah sempat jua daku membeli senaskah solusi dan mendapat hadiah sebuah lagi daripada akh(saudara) Na’aim.
Setelah berpisah, daku mengambil bus ke LCCT. Semasa menunggu setelah check in di LCCT, daku membelek majalah solusi yang dibeli daripada Na’aim. Isu no. 28. Di halaman 8, bahagian bawah, ada mensajikan kartun lukisan ATHOOL. Hitam Putih tajuk kolumnya.
Kotak pertama : Bila anak dah pandai melihat, tunjukkan kepadanya kebesaran ALLAH ( tentang langit, bumi, manusia dan sebagainya)
Gambar Hiasan
Kotak kedua : bila anak dah pandai membaca, isikan dimindanya dengan ayat suci Al – Quran dan sunah Nabi s.a.w serta ilmu keislaman yang sebenar – benarnya.
Gambar hiasan
Kotak ketiga : Bila anak dah pandai mengira, ajarlah anak dengan nombor Talian ALLAH 2 4 4 3 4, yakni kiraan rakaat solat 5 waktu sehari semalam yang wajib ditunaikan oleh orang Islam
Kotak keempat : Bila anak dah pandai cari makan sendiri, didiklah dan selalu ingatkan padanya agar mencari rezeki dan makanan yang halal, kerana hasil yang haram akan menjejeaskan kehidupan sebagai orang Islam
Gambar Hiasan
Kotak kelima : Ingat! Bila kita sudah mati nanti, anak – anak soleh yang kita didik inilah yang member manfaat kepada kita di alam barzah dan lebih – lebih lagi di akhirat kelak, selain amal jariah yang kita lakyukan semasa hidup.
Gambar Hiasan
Takala membaca kotak – kotak di atas, wajah ayah dan kata – kata ayah dan memori dengan ayah melayang dalam kotak pemikiranku. Kotak 1, 2 dan tiga bagaikan kotak memori daku bersama ayah
Kotak memori 1
Keluarga ayah tinggal di Kg Toh Johan, Trong, Taiping, Perak. Tok (ibu ayah) dan Tok Wan (ayah kepada ayah saya) berserta mak ndak(kakak ayah) tinggal bertiga semasa saya kecil. Namun, kini berdua sahaja kerana Tok Wan telah kembali kerahmatullah. Di kampong, ada sebatang sungai yang menjadi tempat untuk bermandi – manda. Selain mandi selalunya kami adik beradik akan bermain pasir atau pun bersama ayah menangkap udang atau ikan kecil.
Pada suatu hari, semasa kami adik beradik sedang bermain pasir. Membina kolam kecil. Kami curahkan air ke pantai pasir dan air akan mengalir melalui pasir dan masuk ke dalam kolam. Ayah juga turut sama mencurahkan air. Kami terpasa mencurah berkali – kali untuk melihat air mengalir bagaikan air terjun yang turun daripada kawasan tinggi. Sekali curah tidak cukup untuk memastikan air sentiasa mengalir. Tetiba ayah berkata “ Tengok! Sekali curah nampak air turun then hilang, kena curah lagi. Tengok sungai ni, mengalir tak henti – henti. Hebatkan ALLAH! Tak perlu curah banyak kali”
Kami sekeluarga pada suatu pagi raya. Adik yang terakhir masih belum lahir ke dunia.
Kotak memori 2
Daku tidak berapa ingat bilakah daku mula tingal di Taman Sungai Senam di Ipoh. Namun, daku membesar di sana. Perumahan kakitangan kerajaan ini amat luas dan rumah teres yang dekat – dekat mengeratkan hubungan sesama jiran tambahan pula rumah daku berada dekat dengan padang rekreasi taman. Daku telah dihantar ke rumah seorang guru al – quran untuk belajar al – quran. Saban hari ke sana untuk menghatamkan al – quran dan Alhamdulillah daku berjaya khatam al – quran di taman Sungai Senam.
Di atas tak ada gambar adik yang terakhir so, daku letak la gambar dia bersama ayah dan mama
Setelah berjaya menhatamkan al – quran, saban waktu ayah menasihai untuk membaca al-quran. Apabila hampir semua kami, adik beradik tahu membaca Al – Quran bila tiba ramadhan beliau akan menyarakan kami untuk menghatamkan dalam masa 1 bulan. Selepas itu kami mengadakan majlis khatam bersama – sama. Setelah selesai khatam kami selalu dinasihati “ Kita di sarankan setahun menghatam Al _ Quran 2 kali. So, sekarang kita dah khatam sekali dalam bulan ramadhan dan sebelum kita bertemu ramadhan akan datang pastikan kita khatam sekali lagi”
Kotak Memori 3
Sedikit memalukan dan segan timbul dalam menceritakan dalam memori 3 ini. Bak Sabda Nabi, apabila sampai 7 tahun maka ajarlah anak untuk solat dan sampai 10 tahun dirotan jika tidak mahu solat. Makanya, Ayah meneladani dan mengikuti hadis baginda ini. Ada sekali selepas saya pulang ke rumah. Terlihat daku di dinding satu rotan yang panjang dan menunggu mangsa untuk hingap pada badan mangsanya. Alangkah menakutkan ketika itu. Lantas, masuk sahaja waktu solat dan ketika itu solat maghrib maka terus daku mengerakkan tubuh untuk ke surau yang tidak bergitu jauh dari rumah. Semenjak itu, daku semakin rajin ke surau dan menunaikan solat. Terima Kasih Ayah!
Ayahku: Salim Bin Abdul Rahman
Jika diibaratkan jasa ayah bagaikan butiran pasir, contoh pada kotak memori yang daku ceritakan mungkin hanya sebutir pasir daripada jutaan malah lebih banyak lagi pasir – pasir yang ada dilautan. Makanya saya amat berbangga dengan ayah saya dan beliaulah role modelku setelah Rasul S.A.W. Semoga Ayah sentiasa dalam lembayung rahmat Ilahi dan sentiasa menumpahkan kasih sayangnya pada kami semua. Ya ALLAH, berikanlah kesihatan dan keberkahan buat ayah dan mama, tenangkan hati mereka dan berilah hidayahMU pada kami semua!
Ayah, Abg mohon ampun dan maaf atas segala tingkahlaku abang yang selama ini menguris hati ayah sepanjang abang hidup ini. Jika dulu kasih dan sayang abang hadir selepas ketakutan atas kegarangan Ayah namun saban hari baru abang mengerti bukan senang untuk menjadi ayah yang Hebat. To me ayah adalah Ayah yang terbaik dalam serba serbi. Abang sentiasa cemburu dengan cara fikir dan cara ayah dalam mengendalikan keluarga sebagai, suami, ayah dan anak serta anak menantu. Ayah adalah role model abang dalam kehidupan mendatang. Sekali lagi ayah abang minta maaf atas segala tingkahlaku abang yang menguriskan dan menyebabkan ia menjadi satu memori yang tidak indah buat Ayah. Doakan anakandamu ini. T-T
Ayah dan Mama(nanti abg tulis ttg mama lak yer hehe nantikan)
Ibnusarha
Maulidul Rasul 1432H / 15 Feb. 2011
ILF Sibu
sedih la pulak baca post ini.huhu.
ReplyDeleterindu sangat nak balik rumah..huhu..
ayah mmg ayah yang terbaik.
mama pulak mama yang paling superb.
tiada sapa dapat tandingi mereka berdua..
love them so much..
Salam'alaik.
ReplyDeletePost yang menarik, moga bermanfaat, InsyaAllah. Hargailah mereka selagi mereka masih bernafas di atas muka bumi ini. Berbaktilah, taatilah, moga kelak menjadi anak yang soleh. Ayah, hadiah daripada Allah yang amat bernilai, tiada pengganti andai dijemput Ilahi.
PS: baru tahu kenapa ada orang itu bersifat sedemikian. 'like father, like son'
Waallahua'lam.
Komen ke-2 selepas suatu ketika dahulu..
alhamdulillah... sudah menulis...
ReplyDeletesemoga terus menulis ya dik...
Sayyid Qutb menulis Tafsir Fi Zilal ketika dalam penjara, Hamka mengarang Tafsir al-Azhar dari balik jeriji penjara, Said Hawwa mengarang Tasfir al-Asas juga dari empat penjuru tembok bisu yang di Syria. Kenapa pula diri ini tidak segar menulis walau dalam keadaan yang sungguh selesa?