‘Aisha Anushka, anak buah yang ke 25
CUCU JUBLI PERAK
Kepulangan PROKIYAI kali ini disambut renungan mata yang mengasyikkan oleh anak buah tersayang yang baru beberapa hari bernafas di bumi Allah s.w.t. SubhanAllah, comel sangat. Mendapat nama ‘Aisha Anushka, alkisahnya daripada nama penyanyi Arab yang terkenal. Ana tak kenal pun. J Tapi ana bangga nama ‘Aisha tetap terpahat. Isteri Rasulullah s.a.w. juga anak kesayangan Saidina Abu Bakar as-Siddiq. Ayat-ayat Cinta karangan Habiburahman el-Shirazy pun guna nama ‘Aisha kan? Anak buah yang ke-25 ni merupakan yang teristimewa kerana mendapat gelaran CUCU JUBLI PERAK. Abang ana yang kedua, menambah bilangan anaknya untuk kali kelima. Seronok dapat anak buah ramai, terutama sekali masa raya. Dari yang menguek, meniarap, berlari, yang baru pandai senyum, yang memanggil minta cebok, yang bertarik rambut dengan adik beradik yang lain, yang setia di tepi meja kek lapis, yang letak chewing gum kat kasut tetamu, yang bertumbuk berebut meriam buluh, yang buat walkathon kumpul duit raya, yang diarrhea eksesif air karbonat, macam-macamlah karenah. Susah nak dilayan semua. Antum mungkin mengalami perkara yang sama kan? Ana tak boleh bayangkan sunyinya hidup tanpa anak-anak buah. Asyik cakap pasal anak buah, anak kandung bila pulak kan? InsyaAllah.
Tadabbur penciptaan manusia, melengkapkan anekdot ana hari ini. Jangan sesekali menidakkan untuk berzikrullah. Setiap inci perubahan tetap disebabkan oleh Allah S.W.T.
Al-Hajj : 5
“Hai manusia,
jika kamu dalam keraguan tentang kebangkitan (dari kubur),
maka (ketahuilah) sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu dari tanah,
kemudian dari setetes mani,
kemudian dari segumpal darah,
kemudian dari segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna,
agar Kami jelaskan kepada kamu dan Kami tetapkan dalam rahim,
apa yang Kami kehendaki sampai waktu yang sudah ditentukan,
kemudian Kami keluarkan kamu sebagai bayi,
kemudian (dengan berangsur- angsur) kamu sampailah kepada kedewasaan,
dan di antara kamu ada yang diwafatkan dan (adapula) di antara kamu yang dipanjangkan umurnya sampai pikun,
supaya dia tidak mengetahui lagi sesuatupun yang dahulunya telah diketahuinya.
Dan kamu lihat bumi ini kering, kemudian apabila telah Kami turunkan air di atasnya,
hiduplah bumi itu dan suburlah dan menumbuhkan berbagai macam tumbuh-tumbuhan yang indah.”
PROKIYAI mengucapkan segala puja dan puji hanya untuk Allah Maha Pencipta. Penciptaan yang cukup sempurna dan benar secara saintifiknya (Allah Maha Awal daripada penemuan saintifik J). Yakinlah akhi wal ukhti, Islam adalah agama dan manhaj hidup yang SEMPURNA. SubhanAllah. Jangan sesekali termakan dakyah ajaran lain. Teruskanlah istiqomah bernafas dalam Islam sehingga ruh kita dijemput untuk bertemu dengan-Nya. Jazakumullah kepada pelawat-pelawat sebelum ini. Bersama kita menjadi generasi rabbani yang dinanti-nantikan di akhir zaman. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment
Sebarang cadangan dan pendapat boleh kemukakan di sini...