Hari ini, seperti biasa jalan-jalan sebentar setelah habis kuliah. Hari ni ada presentation, tentang Intrauterine Growth Restriction, Ectopic Pregnancy dan Breastfeeding. Semuanya menarik. Hm. Tak sangka rupanya aku sudah tahun 3 dalam kuliah kejururawatan ni. Oh ya, semalam sempat melihat ibu hampir-hampir melahirkan anak. Bukaan rahim mencapai 6cm. Walaupun ditunggu selama hampir 3 jam, rahimnya masih 6cm. Yang sedihnya, yang memeriksa bukaan rahim itu doktor cina, lelaki. Ya, walaupun itu sebagai professionnya, tapi kenapa tak dipanggil sahaja doktor perempuan yang sedang menulis laporan di bilik yang sama. Kenapa aku pun kaku semalam? Sigh. Sambil menunggu, ibu muda yang masih belajar itu mengadu kesakitan,
"Sakit nurse, sakit..."
Jururawat yang setia di sisinya menenangkannya, walaupun dia cina, tapi cara dia memujuk sungguh lemah lembut.
"Memang sakit dik... Sabar yea..."
Terus jarum memukul angka 2pm, aku beredar. Rahimnya masih lagi 6cm.
Hari ini aku menukarkan jam bateri. Bateri jam tangan, mengaturkan talinya yang sudah hampir putus. Dan juga jam jururawatku yang rosak setelah jatuh dari tingkat lima. Siap-siap semua, mahu juga RM15 dibelanja. Pergi kedai atas, gunting rambut, RM10. Dah RM25 dibelanja hari ini. Mana nak jimat. Aduh.
Jam aku, jam Q&Q hadiah dari ibu dapat masuk universiti, walaupun ibu sendiri kadang-kadang tak pandai tengok jam. Hee.
Ya. Jam bateri. Ini kali kedua aku menukarnya. Jam tangan yang sama yang aku gunakan semasa tahun 1. Sungguh tahan lama. Baru aku teringat, jam ini, ialah usia tarbiyyahku. Takkan kubeli baru sebab jam ini sungguh bermakna dan berharga.
Bateri jam sudah berganti. Namun aku memeriksa diriku, sambil aku merenung dalam lif kaca yang bergerak ke bawah. Penuh dengan manusia. Pernahkah iman diriku ditukar kepada iman yang baru setelah tarikh luputnya tiba? Eh? Iman pun boleh luput? Boleh. Tanda-tandanya seperti jam tangan jugak. Bergerak tapi memukul angka yang sama, maksudnya ibadah buat namun tiada perubahan akhlak, tak rasa kemanisan beribadah. Bila kita lihat, ia seperti hidup, namun gerakannya hanya setempat tanpa ada apa-apa perubahan. Bukankah itu menipu namanya?
Begitu juga dakwah. Ia perlukan bateri baru sekiranya gerakan jarumnya kadang-kadang mendetik, kadang-kadang tidak. Bateri dakwah harus ditukar kalau sudah lemah. Takut-takut memberi tafsiran jam yang salah. Takut-takut siang disangka malam, malam disangka siang. Hee. Bateri dakwah kalau tak ditukar kalau sudah lemah, susah untuk persiapkan diri dengan tepat dan sistematik, membuatkan kerja kadang-kadang tak siap. Yela, kan setiap jarum tu kat angka yang sama, lantas tak sedar masa berlalu.
Selepas ditukar bateri jam tadi, barulah tepat semula masa yang ditunjukkan. Jarumnya pun boleh berputar semula walaupun mendaki angka 12. Kini, jam ini sudah boleh dipercayai. Ianya akan memberikan tafsiran waktu yang tepat dan insyaAllah kerja pun akan jadi lebih tersusun.
Baru tukar bateri,
Rashid al-Shirfani
Sg Maong.
p/s: Naqib & Danial, berapa kali dah tukar bateri jam Q&Q?
No comments:
Post a Comment
Sebarang cadangan dan pendapat boleh kemukakan di sini...