Thursday, March 03, 2011

Puisi untuk Sahabat

Suatu ketika dahulu,
Aku tersesat dalam jahil,
Merangkak dalam kegelapan,
Dan aku tertawa dalam kesesatan jahiliah,
Dan aku menangis bukan kerana sirnanya hidayah

Sahabat,
Untung aku berolehmu di dunia ini,
Engkau menarikku ke dalam syumulnya Islam,
Bersamamu kurasakan ukhuwah sejati,
Bersamamu kurasakan ringannya beban yang diemban,
Bersamamu kurasakan tenggelamnya jahil semalam

Sahabat,
Bolehkah aku sentiasa bersamamu?
Sehingga mencapai usia tuaku?
Sehingga ajal menjemputku?
Sehingga akhirat dan hari penentu,
Kerana saat itu sentiasa indah selalu

Sahabat,
Biarkan aku membenarkan sabdaan penghulu Umat,
Ingin aku cukupkan kasihku pada dirimu,
Kerana syarat keimanan mengharuskan aku mencintaimu sahabat,
Seperti mana aku mencintai diriku sendiri.

Buat para sahabat yang sentiasa menjunjung Islam sebagai ikatan persahabatan,
Buat sahabat yang mengenali pertama kalinya aku di universiti,
Buat para sahabat yang banyak memberikanku pengajaran hidup,
Buat para sahabat yang menyisihkanku dari jahiliah semalam,
Buat para sahabat yang sentiasa dekat di hati.

Nukilan,
Rashid al Shirfani,
Sg Maong, Kuching.

Gambar pilihan Puisi untuk Sahabat,
Kenangan bersama akhi Hanif semasa SMART Camp II,
20 Februari 2011,
Matang Wildlife Center.


2 comments:

  1. Syukur kerana aku memiliki sahabat sepertimu...

    Akhi Cdan....
    Kehanggatan ukhuwah ketika bersamamu,
    menjadikan aku sentiasa merindui saat itu..

    Salam Sayang dan Rindu dari Akhi mu....

    ReplyDelete

Sebarang cadangan dan pendapat boleh kemukakan di sini...

Anda juga mungkin meminati...