Friday, March 25, 2011

Nota Hati

Seperti ibu baru lepas bersalin. Itulah yang aku rasa sekarang (walaupun tak pernah mengandung pun). Sebab dua laporan dan case study daripada posting Obstetrics and Gynecology Nursing sudahpun dihantar tepat pada waktunya. Alhamdulillah Allah bantu juga untuk selesaikan. Petang itu aku terjaga daripada tidur, selalunya aku akan menghadap laptop, menaip… menaip… dan menaip… Namun petang itu terasa sungguh kosong. Aku celaru sebentar kerana tiada kerja (ada kerja cuma belum dijelaskan secara khusus). Termenung sebentar, memikirkan tugasan dunia yang menunggu. Rupa-rupanya banyak:

Sediakan bahan Halaqah Cempaka, Revise psychiatric drugs, Bahan taklim hari isnin,Study untuk community and family health nursing final.. etc..

Ah. Malam ini ada kelapangan sedikit. Setelah menikmati nasi paprik di Lot 1, teringat saat aku menerima sekeping nota daripada rakan perempuan semasa mendengar doktor menemu bual seorang pesakit mental (masa ni dekat Hospital Sentosa)

“Rasheedan, kalau semua lelaki cari wanita muslimah dan baik seperti ****, siapa lagi yang nak bimbing wanita kurang berislam macam kawan aku ni…”

Penat sudah aku menjawab. Secara lisan. Namun dia tetap lagi bertanya. Bagaimana ya harus aku jelaskan? Aku mengambil kertas tersebut, dan menulis sepanjang-panjangnya apa yang aku rasa perlu dijelaskan, agar dia faham dan tak bertanya lagi. Ketika ini doktor sedang menemu bual seorang pesakit mental yang asyik-asyik menangis sahaja. Cakap sikit nangis, sikit-sikit nangis.

“Thanks. Sebenarnya, lelaki yang dipercayai keimanannya akan memilih wanita berdasarkan 4 ciri yang dinyatakan Rasulullah, kecantikannya, keturunannya, keberadaannya, dan agamanya. Dan orang yang paling beruntung ialah orang yang memilih ciri yang terakhir sekali. Saya yakin, dia ada pengetahuan yang asas tentang agama islam, tentang aurat, pergaulan dan perkara-perkara fardhu. Sekiranya dia hendak berubah, dia boleh. Sekiranya dia hendak menunggu seorang lelaki yang baik untuk melamar dia, dan menjadi pemandu hidup dia, susah sedikit lah. Secara fitrahnya, manusia ada rasa khuatir sekiranya perjanjian untuk berubah menjadi yang lebih baik setelah kahwin tidak dikotai, akan membawa masalah kepada keluarga islam yang dicita dan hendak dibina, sedangkan banyak lagi kerja-kerja dakwah yang dia hendak lakukan. Menyuruh seorang lelaki untuk merubah dia menjadi lebih baik, bukanlah cara terbaik dan mudah. Ini merupakan tanggungjawab muslimah yang berada di sekelilingnya. Dan dia sendiri perlu ada kesedaran yang sejati untuk berubah menjadi lebih baik. Terus terang saya mengatakan, saya sekarang sedang bersama rakan-rakan saya menyusun langkah dalam merangka sebuah masyarakat Islam, jadi sebaiknya saya mengikat tali perkahwinan saya dengan muslimah yang telah terbentuk fikrahnya, yang juga dalam langkah yang sama. Supaya nanti, kerja-kerja itu menjadi lebih mudah dan insyaAllah kehidupan berumah tangga akan lebih bahagia. Kenapa perlu petik buah yang jauh dahulu, sekiranya buah yang baik dan berkhasiat sudah menunggu untuk dipetik? Sekiranya dia sanggup untuk menjadi seperti mereka, why not?”

Lalu dia diam. Dan gelisah sebenarnya menunggu aku menulis perenggan demi perenggan tanpa henti. Itulah jawapannya, dia faham dan tiada lagi soalan darinya.

2 comments:

  1. salam.
    saya pun penah argue pasal "lelaki yang baik tuk perempuan yg baik..."
    penah post kat blog 2 tahun lepas MAy 2009....
    lepas post tu da sowang hamba ALLAH tu terbaca n mintak saya betulkan semula apa yang saya tulis..
    lepas dengar apa yg dia nak bg tau...~
    tersinggah n terbaca kat blog ni... saya pun dah xakan mempersoalkannnya lagi...=)

    ReplyDelete
  2. salam.
    dulu saya pun penah argue pasal "lelaki yang baik tuk perempuan yang baik...."
    sampai tulis kat blog satu ketika dulu... may 2009
    huhui~
    dan ada seorang Hamba Allah ni telah terbaca & meminta saya betulkan semua tafsiran saya selepas mndengar apa yang nak disampaikan...
    kini bila terbaca tentangnya lagi... dah takder lagi persoalan yang pelik2...=)

    ReplyDelete

Sebarang cadangan dan pendapat boleh kemukakan di sini...

Anda juga mungkin meminati...