Satu soalan aku lontarkan kepada anak-anak Halaqah Pakya yang aku bawa buat kali kedua, kerana Pakya sedang berjihad menuju peperiksaan-peperiksaan akhir pengajiannya. Semoga Allah membantunya dalam perjuangannya untuk bergelar seorang doktor. Amin.
Soalannya,
Seandainya Rasulullah duduk di sebelah sekarang, ana akan...
Jawapan 1Peluk Rasulullah, cium Baginda, minta Baginda datang ke rumah & mohon doa daripada RasulullahJawapan 2Memandangnya sepuas-puasnya, jika diberi kesempatan ingin menyentuh tangannya, mencium tangannya dan ingin sekali kumenanyakan hal-hal agama kepadanya. Ingin sekali aku meminta dia mendoakan kita semua umat akhir zaman di depan mataku. Ingin mendengar pengisiannya.Jawapan 3Mencium tangan Rasulullah, dan memohon Rasulullah agar memberikan syafaat kepada ana. Memohon kepada Rasulullah mendoakan ana dan keluarga ana agar mendapat kesejahteraan di dunia dan akhirat.Jawapan 4 (Paling panjang)
- Saya akan senyum dengan baginda Rasulullah s.a.w dan salam dengan baginda dan menitiskan air mata sambil memeluk baginda.
- Ana akan mengucaapkan terima kasih kepada baginda atas kerisauan dan keprihatinan serta syafaat yang baginda berikan kepada umatnya.
- Menceritakan masalah/isu umat Islam pada zaman ini dan meminta pertolongan baginda untuk menyelesaikan masalah/isu.
- Kalau diberi peluang ana mahu menjadi periwayat hadis supaya dapat meriwayatkan hadis-hadis baginda dan menyampaikan kepada orang ramai.
- Meminta Rasulullah s.a.w. untuk menjadi anak murid (rasanya dia nak letak - menjadi cikgu) untuk belajar hal ehwal agama.
Jawapan 5Ana akan memeluk Rasulullah, (namun jawapannya digariskan dengan pen, mungkin segan... :) takpa akhi, ana tau enta pun merasakan perkara yang sama seperti ikhwah lain, cuma mungkin enta segan untuk meluahkan)
Ikhwah fillah, semoga cinta dan rindu kita kepada Rasulullah s.a.w. betul-betul sejati seperti mana yang kita tulis. Biarlah kerinduan kita padanya mendorong kita untuk menjadi seperti dirinya. Alangkah baiknya kalau kita dapat menghidupkan susuk peribadi Rasulullah dalam diri kita. Begitulah akhi, tidak cukup sekadar untuk kita berjumpa dan terharu begitu sahaja, sebab Rasulullah mungkin sedih seandainya melihat banyak wajibuna nahwar rasul yang belum kita tunaikan.
Antaranya ialah,al-imaanubih (mengimaninya),mahabbatuhu (mencintainya),ta'zimuhu (mengagungkannya),ad-difaa'u 'anhu (membelanya),mahabbatu man ahabbahu (mencintai orang yang mencintainya),ihyaa as sunnatihi (menghidupkan sunnahnya),iktsarru as solawati alaihi (memperbanyakkan selawat ke atasnya),iitiba'u manhajihi (mengikutinya), wirasatu risaalah (mewarisi risalahnya).
Malam ini aku terasa sangat rindu padamu Rasulullah.
Rashid al Shirfani,
Sg Maong.
Boleh tengok rancangan "if muhammad with us"...
ReplyDeleteterharu melihat komen yg terakhir...ini linknya
http://www.youtube.com/watch?v=tYXV_lqd1Yw