Wednesday, September 16, 2009

Alumni Universiti Ramadhan

Assalamu'alaikum wr wb.

Syukran ziarah kepada pengunjung al-Insan, Titis-titis Tarbiyyah.
Afwan atas masukan yang lepas jika menimbulkan banyak persoalan dalam jiwa antum.
Alhamdulillah, kocakkan air laut akhirnya tenang.

Ramadhan bakal pergi. Antum bakal bergraduasi, tinggal beberapa hitungan hari lagi.
Dimanakah Lailatul Qadr? Sudahkan antum menemuinya?
Mungkin ada manfaatnya kita merenung 'alumni-alumni' ciptaan Allah dari sudut yang berbeza tetapi insyaAllah berdasarkan konsep yang sama, iaitu ular, ayam, dan ulat.

Dalam masa sebulan,

Ular mempunyai keunikan, boleh bertukar sejak kecil lagi, boleh bersalin kulit hingga semuanya baru. Faktanya ular berpuasa selama hampir setahun. Dalam ruang masa itu, ular tidak makan, hingga tubuhnya menjadi kecil, mengecil dan akhirnya keluar dengan kulit yang baru?



Ayam, ketika bertelur dan mengeram, ayam juga berpuasa, semata-mata untuk menjamin kemandirian spesiesnya. Ibu ayam itu mengangakan mulutnya, dan mengeluarkan bunyi yang bising. Apa yang terjadi selama tiga minggu? Wah! Telur-telur itu menetas, dan subhanAllah, lahirlah anak-anak ayam yang comel-comel, lucu-lucu dan berwarna-warni.

Beluncas? Beluncas antara makhluk yang paling rakus. Sepanjang hidupnya ia hanya makan, makan, dan makan. Tetapi apa terjadi ketika Allah menyuruhnya untuk berpuasa dalam kepompong? Beluncas pun berpuasa. Natijjahnya, rama-rama @ kelebar (sarawak) yang berwarna-warni keluar mengepakkan sayapnya dan terbang melata.


Itulah model alumni puasa binatang, melahirkan jiwa-jiwa baru, lebih kuat, mempesona dan membawa manfaat.

Sudah tentu, Universiti Ramadhan mampu melahirkan alumni-alumni manusia yang lebih baik dari makhluk-makhluk lainnya. Beruntunglah antum diciptakan sebagai manusia. Apakah kebaikkannya? Jawapannya terletak dalam diri antum.

Adakah ramadhan kali ini berjaya antum lalui untuk menjadi;

  1. Seorang Islam yang mempunyai jiwa yang baru, seperti ular?
  2. Seorang Islam yang memberikan manfaat kepada orang sekeliling, seperti anak ayam yang baru lahir?
  3. Seorang Islam yang menebarkan akhlak yang lebih mulia, seperti beluncas?
Ramadhan akan pergi, meninggalkan sisa fasa pengampunan dari api neraka. Tiada istilah terlambat untuk antum mengejar nikmat ramadhan, nikmat lailatul Qadr.

Wallahu'alam.

~Prokiyai~11:40 pm
27 Ramadhan 1430

No comments:

Post a Comment

Sebarang cadangan dan pendapat boleh kemukakan di sini...

Anda juga mungkin meminati...