Monday, October 17, 2011

Jalan ke Medan Baru

...Jalan ke medan baru,
...lebih gelap tanpa cahaya,
...lebih berbukit bukau dan serangga,

...lebih liku tajam berbahaya,
...lebih banyak kereta laju berlumba,

...lebih banyak rumah ibadat lain agama,
...lebih celaru fikrah dan suasana,
...lebih menuntut sabar dan masa.


...semoga tsabat dan istiqomah
...buat semua pencinta dakwah

...jangan selalu mengeluh kesah
...kerana dakwah menuntut tadhiyyah

...teruskan menanam pohon tarbiyah
...untuk meneduh parahnya ummah

...teruskan mengasah tajamnya fikrah
...untuk menghunjam fitnah jahiliah

...walau jasadmu gugur berdarah
...kerana syurga bukannya murah!

Rashid al-Shirfani, Sg Maong.


Friday, October 14, 2011

Kuasa Facebook


Alhamdulillah, Jumaat berkat dilalui dengan tenang.

Mengikut Social Baker, salah sebuah penyedia statistik media di Malaysia, 45.21% warga Malaysia mempunyai FB, dan peratusan penetrasi FB ke pengguna internet juga telah meningkat kepada 69.97%.
Maksudnya dalam 10 orang yang buka internet, ada 7 orang yang memiliki FB, saya percaya andalah salah seorang daripadanya.

Besarnya kuasa dan agenda FB dalam mempengaruhi jaringan sosial dunia.

Namun, ramai dalam kalangan kita lupa, FB jika di salah gunakan ataupun tak tahu cara nak guna juga boleh menjadi anasir kepada serangan pemikiran, ghazwah al-fikri. Sejak saya memiliki akaun FB dari tahun 2, saya melihat rata-rata penggunaan FB oleh orang Islam semakin pelik dan keluar daripada ketetapan agama dalam bersosialisasi.

Ramai antara pengguna FB:
  1. Menggunakan gambar profil yang tidak menutup aurat, gambar bersama pasangan bukan muhrim.
  2. Memberikan komen yang sia-sia tanpa tujuan kebaikan.
  3. 'Post' status yang entah ape-ape... tiada unsur nasihat ataupun motivasi.
  4. 'Post' soalan yang pelik-pelik.
  5. 'Post' link yang juga pelik-pelik, kadang-kadang ada unsur kelucahan walaupun tidak ketara.
  6. Post video-video lucu, lawak tiada manfaat.
Jarang sekali pengguna FB:
  1. Saling menasihati ke arah kebaikan dengan FB
  2. "Post" firman Allah dan hadith Rasulullah untuk pedoman bersama.
  3. "Post" gambar-gambar yang menunjukkan keagungan Allah swt sebagai pencipta.
  4. "Post" isu-isu umat seperti di Palestin, Somalia, dan Malaysia yang memerlukan pembelaan daripada kita saudara seagama.
  5. "Post" video ceramah-ceramah ustaz yang dapat mengisi jiwa.
Dimanakah anda ketika ini? Saya percaya anda juga pengguna FB yang aktif. Bukan?

Sedarlah, kita asyik sibuk dengan urusan yang sangat remeh-temeh, sehinggakan kita nak makan apa, nak pakai baju apa pun di post kat FB. Sehinggakan kita umpama manusia yang tiada agenda pembangunan diri. Sangat inginkan perhatian daripada orang luar tentang personaliti dirinya merapu-rapu.

Di FB juga kita berbincang, filem-filem mengarut, ataupun drama Korea, K-Pop, drama Jepun, ataupun sinetron Indonesia yang penuh ceritera cinta palsu. Palsu dan menyesatkan fitrah cinta Islam yang sebenarnya. Sehinggakan kita berangan-angan untuk mendapatkan cinta seperti itu. Sehinggakan kita menjadikan aktor dan aktres itu sebagai profil pic? Haduh.

Tapi kita lupa perbincangan kita bagaimana untuk membantu mereka di Palestin sedangkan itu FAKTA yang sangat benar? Bukankah kita telah hidup dalam dunia khayalan ciptaan timur dan barat?

Pasukan bola siapa yang akan menang? Kalau menang? Jadi? Adakah akidah umat akan terbela kalau Malaysia menang melawan Chealsea sekalipun? Sudah cukupkah usaha kita mempromosi HIMPUN yang mana agenda dia lebih BESAR daripada tuntutan BERSIH 2.0?

Ini bukan sendaloka politik lagi dan sahaja. Ini adalah petanda pertembungan antara yang haq dan batil telah tiba.

Bangun dan sedarlah

Kita, umat Islam. Kabur agenda. Asyik dan leka. Lalai. Masih seronok dengan dunia.

Jadilah pengguna FB yang lebih bijak dan menjaga peribadi Islam sentiasa. Tidak sukar, mulalah dengan menukar profil pic anda.

Jangan lupa hadiri HIMPUN di Stadium Shah Alam 22 Oktober ini. Layari http://himpun.org/ untuk aktiviti lanjut.

Thursday, October 06, 2011

Himpunan Sejuta Umat 22 Okt 2011

Himpunan Sejuta Umat 22 Okt 2011


KUALA LUMPUR 4 Okt — Berikutan dakwaan peningkatan kes cubaan memurtadkan orang Islam, badan-badan bukan kerajaan (NGO) hari ini menggerakkan satu sekretariat bagi mengukuh dan memantapkan akidah Muslim negara ini.
Sekretariat yang diberi nama Himpunan Sejuta Umat atau Himpun itu bagi menzahirkan suara dan pendirian umat Islam yang menolak siri cubaan memurtadkan dan mencemarkan agama Islam di negara ini.
“Kes DUMC (Gereja Methodist Damansara Utara) ini dilihat betapa pihak yang mendalangi usaha memurtadkan orang Islam ini semakin agresif dalam menggerakkan dakyah mereka,” kata Presiden Bersama Himpun Mohd Azmi Abdul Hamid pada sidang media di sini hari ini.
“Mereka dilihat semakin berani untuk mengkristiankan umat Islam secara terbuka dengan memberikan bantuan khidmat sosial, menganjurkan kelas tuisyen untuk kanak-kanak Islam yang diwarnai dengan dakyah Kristian, menganjurkan majlis makan malam atau majlis kesyukuran melibatkan umat Islam dalam menyampaikan ajaran mereka secara halus kepada umat Islam dengan bermacam-macam cara lagi,” tambah beliau.

Azmi yang juga mewakili Majlis Perundingan Pertubuhan-Pertubuhan Islam Malaysia (MAPPIM) turut menolak penubuhan Himpun berkaitan dengan politik.
“Kami tidak terlibat dengan mana-mana fahaman politik, tetapi sekiranya mereka (ahli politik) ingin bekerjasama, kami mengalu-alukannya,” tambah beliau.
Sementara itu, Dr. Yusri Mohamad, seorang lagi Presiden Bersama sekretariat ini berkata Himpun bukti yang jelas bahawa umat Islam boleh bersatu dalam mempertahankan akidah mereka daripada diganggu gugat oleh sesiapa pun.

“Tanpa mengambil kira ideologi masing-masing, Himpun akan menyampaikan mesej dengan jelas kepada mereka yang berusaha untuk merosakkan akidah umat Islam supaya tidak mengganggu kami lagi,” katanya.
Yusri menambah, agenda utama Himpun bukan untuk bermusuhan dengan lain-lain agama di negara ini, tetapi lebih bertujuan untuk memantapkan akidah penganut agama Islam di negara ini.
“Kami menghormati hak-hak agama-agama lain, dan begitu juga mereka, tetapi kami tidak akan berkompromi sekiranya terdapat usaha untuk merosakkan pegangan akidah agama umat Islam di negara ini,” ujarnya lagi.
Sehubungan itu, Himpun akan menganjurkan Himpunan Sejuta Umat di Stadium Shah Alam pada 22 Oktober ini bagi menzahirkan pendirian mereka dengan jelas kepada masyarakat di luar sana.


Thursday, August 18, 2011

Belajar dari Kek Lapis

Idea nak menulis datang mencurah masa berbuka puasa di SCR. Baru hari ni berbuka dengan duit sendiri. Sebelum ni hari-hari free. Alhamdulillah.

Masa makan teringat ada seorang kawan tanya yang SCR ni halal ke tak. Teringat akan perkara itu, aku terus mencari di manakah letaknya frame cap halal kat SCR ni, alhamdulillah memang ada tanda halal. Sebelum ni tau dah halal, cuma betul-betul nak pastikannya halal.

Dalam sebuah pengisian dalam usrah, murabbi ada berpesan agar seorang muslim itu harus berusaha untuk menjadi warak terhadap perkara syubhat agar dia membersihkan agama dan maruahnya.

Jap jap... Apakah warak?

Ayo, dah cerita kat atas. Warak ialah menghindari perkara syubhat dan mengambil yang yakin. Warak ni ada 4 tahapan. Hah. Baru tau.
  1. Menghindari daripada sedala perkara yang difatwakan sebagai haram. Ia tidak memerlukan kepada contoh.
  2. Yg kedua, wara' terhadap setiap perkara syubhat yang tidak wajib dijauhi tetapi disunatkan.
  3. Meninggalkan sebahagian yang halal kerana bimbang terjatuh ke dalam perkara haram.
  4. Wara terhadap segala yang bukan kerana Allah Taala. Ia adalah wara' as-Siddiqin.
Belajar dari kek lapis

Oh. Agak-agak kali ini raya kat sarawak akan sedikit berbeza saya rasa. Sebab orang ramai bila datang ziarah rumah, bila terlihat kek lapis mesti teringat....
"Golden Churn"

Ya la. Creamery butter ni telah meninggalkan kesan yang amat mendalam (huh) terhadap beberapa pengusaha kek lapis. Baik pengusaha besar-besaran ataupun yang buat syok sendiri kat dapur. Semuanya terpaku bila penyedap kek lapis orang Sarawak ni mengandungi DNA khinzir.
Sehinggakan semasa berjalan di India Street baru-baru ini, peniaga mendakwa kek-kek mereka dibuat menggunakan marjerin. Maksudnya, mereka tak guna si Golden Churn ni la.

Logo halal kat Golden Churn ni, setahu saya bukan JAKIM Malaysia yang keluarkan. Tengok design halal dia pun dah tau. Andai masyarakat Malaysia, khususnya di Sarawak lebih wara' mesti mereka tak mengambil Golden Churn ni dan hal-hal seperti ini tak terjadi.

Haa... Ni la pentingnya sisi tarbiyah. Belajar menjadi warak. Tak dapat sampai tahap 4, berusaha untuk tahap 3 pun dah ok.

    Sabarla Kak Dayang

    Beberapa hari sebelum pendedahan itu berlaku, sempat juga teman kawan beli kek lapis di DS. Masa tu ternampak kak Dayang sekali. Macam sedih je muka dia hari tu.

    Buat kakak Dayang (kalaula terbaca kan blog tak seberapa ni), bersabar atas dugaan ini. Mungkin Allah swt hendakkan perusahaan kak Dayang menjadi lebih halal dan baik. Walaupun Kak Dayang telah mengakui perusahaan kak Dayang tidak menggunakan Golden Churn, tapi pada mata hati masyarakat, terutama sekali masyarakat semenanjung Malaysia saya yakin masih terdapat Stigma Golden Churn. Dan ini tidak dapat dibuang dalam masa beberapa hari.


    Dan buat pengusaha-pengusaha kek yang lain, ambillah iktibar daripada Golden Churn. Perbaikilah mutu perusahaan kalian. Maksud saya bukan sahaja dari segi bahan yang digunakan, tapi cara pengendalian perusahaan. Kita mungkin pernah mendengar kismis yang dihasilkan oleh HPA diadun sekali dengan zikir-zikir oleh pekerjanya yang menutup aurat dan menjaga kebersihan diri dan hati. Kita pun nak yang macam tu juga terhadap perusahaan kek lapis Sarawak.

    Alangkah molek kalau pekerja-pekerja di kaunter (saya tak spesifikkan di DS) berpakaian menutup aurat dan lebih sopan. Barula bangga saya sebagai salah seorang anak Sarawak di mana pengusaha di sini sangat berIslam. Wau.

    Haa. Satu lagi isu. Tentang kedai makan All Joy kat wisma Saberkas. Selama hampir 3 tahun saya belajar kat FPSK UNIMAS, saya tak nampak lagi ada logo halal. Namun ade jugak nampak keluarga-keluarga muslim yang makan kat sana. Ah. Mungkin merek yakin dengan pekerja-pekerjanya yang memakai tudung. Wallahu'alam.

    Kesimpulannya, kita kena belajar untuk menjadi warak. Cintakan yang sunat dan hindari yang syubhat.

    Sunday, July 24, 2011

    Ada apa dengan usrah?

    Pilihan untuk pelajar-pelajar Islam sekarang untuk menjadi baik semakin banyak. Kata usrah, saya harap bakal tidak asing lagi di telinga-telinga pelajar. Teringat dahulu semasa saya seorang pelajar sekolah menengah, usrah cuma bermain di bibir pelajar perempuan. Ingatkan usrah ni hal-hal orang perempuan. Haha.

    Diriku disapa usrah atau sesetengah individu lebih gemar dengan kata halaqah ketika masuk tahun pertama ijazah sarjana muda. Dah terlewat ke? Memang sedikit lambat bila tahu aktiviti seperti ini sudah ada di matrikulasi bahkan di sekolah menengah. Aha. Jahilnya aku ketika itu. Eh, tak boleh salahkan diri 100%, suasana sekolah yang tak mengajak ke arah usrah. Jadi bagaimana aku harus tahu? Ada pun ustaz cuma masuk kelas, bawa rotan, membaca dan mengajar buku teks. Erm, bagi aku, ketika itu pun sudah cukup baik, kerana hanya ketika itulah lelaki dan perempuan duduk berasingan. Ops. He.

    Masuk sahaja Kolej Perubatan, entah kenapa ada abang-abang yang sangat baik dan peramah. Soleh-soleh pulak wajahnya. (hehe) Pandai bagi tazkirah dan menyentuh hati. Aaaaa. Inikah dunia universiti? Bagus jugak. Bagi aku, itulah masanya untuk aku bersalin kulit meninggalkan personaliti diriku semasa di matrikulasi dan sekolah menengah. Itulah titik ledakan perubahan! Dan seharusnya kita mengambil peluang untuk BERUBAH di sana kerana tak semua mengenali personaliti kita sebelum itu. Benar kan? ehehe.

    Awal kalam pengalaman, aku baru mengenali rupa-rupanya ada sekumpulan manusia begini yang mengajak ke arah kebaikan, ke arah Islam, ke arah berakhlak secara mulia. Memang excited nak berubah, adanya ibadah-ibadah 'baru' (bagiku) seperti solat dhuha, al-Mathurat, tahajud, dsb memang terasa perubahan pada diri. Dan pada saat itulah baru aku berasa segan bila bergaul dengan perempuan (blushing). Adakalanya, aku digelar 'shadid' kerana terhadnya pergaulanku kepada beberapa individu muslimah. Namun, murabbiku mengajarkan diajar dengan sifat malu, jujur dan ihsan dalam pergaulan. Aku yakin dengannya bait-bait nasihatnya sehingga kini.

    "Rasheedan, bila enta nampak perempuan, apa yang perlu enta lakukan? Enta kena istighfar banyak-banyak kerana takut diri enta lalai dengan perhiasan dunia." Sambil tersenyum.

    Oh begitu sekalikah murabbiku? :)

    Berterusanlah menerima tarbiyah daripada murabbi, mengajarkan sepertimana Rasulullah mengajarkan para sahabat. Bertilawah, mentazkiyah jiwa, dan mengajarkanku ilmu dan hikmah tentang tujuan hidup, kehidupan bertuhan, dan pentingnya amal jamaie. Tabik kepada akhi seurah denganku yang setia menjadi pemandu pergi balik usrah di kampus induk. Murabbi berganti murabbi, dan baru kini aku merasakan setiap murabbiku ada keistimewaan tersendiri. Ada yang pandai fiqh da'wah, ada yang tinggi tsaqafah ilmiah, ada yang ala-ala motivator, ada yang penyayang seperti bapa, dan ada yang berhemah dalam berkata-kata. Sungguh merasakan bertuahnya memiliki variasi murabbi seperti mereka. Alhamdulillah.

    Kini baru 3 tahun tarbiah. Menyelidiki diri kembali adakah jahiliah benar-benar telah kutinggalkan, adakah benar-benar ibadahku telah sahih, dan adakah diriku benar-benar telah menjadi baik? Tidak dapat lari, akan ada yang mempertikai, ikut usrah, tapi amal tak bertambah. Ikut usrah, tapi masih tengok movie, main game, couple, rokok, dan sebagainya. Segalanya terletak pada suatu titik, yang mana sukar dicapai namun boleh dijinakkan, Mujahadah! aha.

    Boleh kata, semua individu yang aku kenali dalam usrah dan melalui tarbiyah, adalah individu yang mempunyai hubungan yang baik dengan manusia dan dengan Allah. Semuanya mudah untuk disapa, digauli dan saling memberi pertolongan. Inilah salah satu keindahan berjemaah. Tugas kita, yang ikut usrah, bukan sekadar menerima dan melakukan perubahan diri, melainkan kita juga turut serta dalam agenda perubahannya terhadap rakan-rakan, adik junior, dan masyarakat sekeliling.

    Dalam masa yang sama berusrah, aku dilatih untuk membawa usrah. Ah. Bagaimana bolehka? Awal-awal memang usrah kelam kabut. Mad'u pun pandang lain macam. hehe. Ingat, saat itulah pentingnya kamu untuk memerhati dengan teliti sikap, adab, akhlak dan personaliti murabbi. Cuba tiru akhlaknya yang mulia, cuba ikut ayat-ayatnya dalam bagi nasihat. Lagi bagus, rakam pengisian murabbi, salin balik dan dengar selalu. InsyaAllah, pengisian yang seterusnya akan lebih lancar. Apa yang dipaparkan murabbi, itulah bakal dipaparkan kembali kepada mutarabbi. Namun, taklah 100% perfect macam murabbi, kitakan masih baru, masih belajar mesti ada masanya kita tersilap cakap, tersilap menghukum namun tetap ada ruang untuk kita memperbaiki diri pada masa yang sama.

    Menjadi murabbi memang wajib untuk menerima saat di mana anak usrah enggan berusrah, anak usrah enggan pergi program dan anak usrah masih lagi dalam jahiliah. Perlu akur akan sunnatullah dalam berdakwah itu! NAMUN itu bukan menjadi alasan untuk tidak BERUSAHA sebaik yang mungkin. Sebelum menyerahkan apa-apa keputusan kepada Allah, bukankan usaha perlu digigihkan, dikuatkan, dan digencarkan? Ingat! Allah lebih menilai usahamu, daripada hasil usahamu. Kan? Namun, kalau anak usrah tak nak pergi dan ikut usrah jugak, takpa la. Fokus dulu dengan apa yang ada sekarang. Ambil kesempatan itu untuk membentuk dia menjadi invidu muslim yang solid. Daripada banyak yang kita tajmik, akan berlaku pengurangan, akan berlaku penyusutan, dan sekali lagi, ini sunnatullah yang harus diterima. Bukankah Allah juga membantu dalam proses pemilihan generasi Rabbani?

    Iya, jadi murabbi itu bukan mudah. Dan juga bukan terlalu susah. Ianya bukan mudah jika kamu tidak bersedia dengan bahan ilmu, kamu memperlecehkan amal ibadahmu kepada Allah, kamu mengabaikan pernanan-peranan kamu sebagai murabbi ideal; kal abi, kal syeikh, kal ustadz, kal qiyadi. Cukup 4 sahaja, NAMUN ini semua tugas yang berat-berat dong. Bila dirimu lemah berdakwah, syaitan akan menguatkan dirimu untuk menyediakan pelbagai alasan; research, exam, ibubapa, harta, wanita, ruhi dan segala bagai.

    Kata-kata Professor Dr Syeikh Hisyam Hosni Sakr dalam satu ceramah perdananya menyedarkan aku; jika dirimu berasa letih berdakwah, ingatlah ketika itu dirimu dalam landasan yang betul! Jika dirimu tidak merasa letih dalam berdakwah, kamu jauh daripada dakwah.

    Usrah dan dakwah banyak mengajarkan aku erti-erti hidup seorang muslim. Jadi, boleh kata rugi bagi yang taknak berusrah! (Ade banyak lagi citer, nanti kita kongsi lagi)

    Bersama Prof Dr Mohamed Hesham Hosni Sakr, Pensyarah Psikologi Pendidikan Universiti al-Azhar, Mesir merangkap pimpinan Ikhwan Muslimin. Sebelah kiri Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman, Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) serta dua ikhwah perubatan (2 kat belakang).





    Wednesday, July 13, 2011

    My Great Mother

    Ibu, tak kisah ibu siapa. Ibu kamu atau ibu aku, mereka orang yang hebat. Mungkin kita selalu menyebut, kasih sayang ibu tidak berbelah bahagi. Namun adakah kita betul-betul memahami apa yang pujangga selalu katakan itu.

    Ibu aku ibu veteren. Berusia mencecah 64 tahun. Dialah satu-satunya ibu yang saya ada. Kasih ibu tidak pernah padam. Bagi ibu, saya masih anak kecil walaupun telah menjangkau usia 22 tahun. Ibu tetap bimbang walaupun aku hanya menjalani biopsi kecil di leher. Ibu tetap datang menjenguk walaupun bukan dalam keperluanku. Ibu tetap menemaniku makan walaupun dia sudah kenyang. Ibu tetap menghulurkan duit walaupun masih ada duit dalam simpanan. Dan mungkin, itulah hanya duit dalam simpanan yang dia masih ada.

    Kenapa ibu kita sanggup berkorban hingga sedemikian rupa? Kenapa ibu tidak membiarkan sahaja kita berdikari mencari ikhtiar sendiri? Kenapa? Sedangkan kita kadang-kadang berasa rimas ada kehadiran ibu di sisi. Sedangkan kadang-kadang kita cuma rindu bila kejauhan, bila kedekatan, ibu seperti manusia-manusia lain yang biasa. Mungkin kita post di Facebook, "Rindu sama ibu", "Dialah ibu terbaik" dan segala bagai lagi ungkapan manis buat ibu. Tetapi kenapa tiba di rumah, masih juga ibu yang memasak hidangan untuk kita? Masih juga ibu yang mengemas bilik kita? Mencuci dan melipat baju kita? Kenapa begitu?

    Itulah kasih tanpa syarat. Ibu memelihara kita walaupun sejahat Benjamin Netanyahu kita jadi, ibu tetap sayangkan kita. Ibu tetap berdoa untuk kita walaupun kita telah sekaya Bill Gates yang gajinya mencecah RM700 dalam sesaat.

    Cuba kita hitung, berapa lamakah laginya agak-agak kita hidup bersama ibu? Sampai tak 10 jari?

    Mengembalikan zaman romantis

    Ibu permaisuri keluarga


    Ibu hero di ladang (bapa totally kalah. aha)


    Siapa berani kata ibu dia lebih baik dari ibuku? aha
    Ibuku ke 'pejabat'.


    Sayang ibu,
    MRE.


    Friday, June 03, 2011

    Referral


    Almaklum pada hari ini akan berjumpa pakar telinga. Aku ke klinik pakar di Hospital Umum Sarawak (SGH) tepat pukul lapan, ditemani seorang akh.

    Dari Sahabat Khan Cafe, aku ke Klinik Pakar SGH. Menghayun langkah ke Ear, Nose and Throat Clinic. Nampak masih lengang. Nampak sorang kakak cleaner baru lepas habis menyapu.

    "Kak, klinik dah buka ke?"

    "Dah, mereka tengah breakfast. Kamu letak je kad kat sana, nanti dia panggil. Yea?"

    "Ok"

    Klinik baru buka kot. Cuma 2-3 orang yang datang untuk dapatkan rawatan. Ada yang ditemani, ada yang keseorangan, ada juga yang kaku duduk di kerusi roda, motionless.

    10 minit berlalu. Namaku belum dipanggil.

    "Siapa yang sakit telinga?" seorang doktor menguatkan suara, memanggil pesakit di ruangan menunggu.

    "Saya!" jeritku dalam hati. Ada dua orang yang mengangkat tangan. Aku dan seorang lagi yang duduk di barisan hadapan ruangan.

    Doktor melayan dia dahulu.

    Teruskan menunggu.

    ...

    "Mohammed...Ra.. Raashee!"

    "Saya!"

    "Ini surat kamu?"

    "Ya"

    "Kalau dari klinik swasta, cik kena pergi kaunter bawah, kaunter 1. Bayar RM30."

    "Kaunter bawah? Ok."

    Menuruni tangga ke bawah. Ke kaunter 1.

    Kakak kaunter pertanyaan tertidur, letih barangkali.

    "Kak. Klinik kat atas suruh saya refer kat bawah ni. Mana saya nak letak kad?"

    "Kakak baca dulu surat boleh."

    ...

    "Ok. Kamu tunggu. Saya bagi kat kaunter 1."

    Menunggu.

    ...

    "Mohammed Rasheedan!" kakak di kaunter 4 memanggil.

    "Orang kat atas dah explain kat kamu?, kalau kamu bawa referral letter dari private GP, kamu kena bayar caj pendaftaran pertama kali RM30. Segala rawatan yang kamu terima akan dicaj mengikut first class. Laboratory test kamu kena tanggung, x-ray kena bayar, kalau kamu kena MRI lagilah, mau cecah seribu tu."

    Wou. Menakutkan.

    "Kamu nak macam mana lah? Student lagi?"

    "Ye."

    "Susahla. Macam ni, kamu pergi kaunter 14, nanti kakak tu bagi referral letter ke poliklinik. Kat sana kamu minta GP kat sana bagi follow up kat ENT Clinic. Kalau kamu dah dapat referral letter dari kerajaan ke kerajaan, kamu kena bayar RM5 sahaja untuk setiap kali follow up"

    "Ok"

    Terus kakak itu mengangkat gagang telefon.

    "Siti, kamu nampak boy kat depan kaunter ni, yang baju putih, ada stripe biru. Haa. Kau bagi referral letter kat dia. Refer dia ke PK"

    Gagang diletak.

    "Adik pergi ke kaunter 14. Nanti dia akan bagi referal letter kat kamu."

    "Ok. Terima kasih"

    Menuju ke kaunter 14.

    "Nah, kamu bawa surat ni ke PK."

    "Ok. Terima kasih."

    ...

    Menuju je Poliklinik Jalan Masjid.

    "Nombor dah habis dik. Adepun pukul 1.15pm nanti"

    Hah sudah. Panjangnyer cerita referral ni. Apela nasib kalau aku orang tua tak berdaya dan takda kenderaan. Kesian. Kesian.

    ...

    Berlalu keluar.

    "Cuba tengok Sebayor Medical Centre"

    SMC merupakan klinik yang ada kaitan dengan UNIMAS.

    ...

    Ha. Buka.

    Pergi kaunter.

    "Selamat pagi. Saya student UNIMAS. Buku saya hilang dalam kereta saya yang kena curi."

    "Kalau macam tu kena bayar RM10 untuk buku baru."

    Ayo. Duit lagi.

    Referral letter dari SGH dibaca.

    "Erm. Pakar sekarang takde. Nanti kami buat appointement."

    "Bila tu?"

    "Pukul 4 ni. Boleh?"

    "Boleh. Boleh"

    Kesimpulan cerita hari ni. Referral dari SGH, Private Clinic, dan ENT specialist semua tu main pusing-pusing jer. Kalau sebagai pelajar UNIMAS, datang je ke Sebayor. Mudah jer. Tapi tetap je jumpa Pakar yang sama, lecturer tu jugak. Adui.

    Bersambung...


    Thursday, June 02, 2011

    Perforated

    Pandu keliling Kuching, mencari klinik swasta yang buka. Hari ni, masih 2 Jun, klinik swasta kebanyakannya cuti menyambut hari gawai.

    Memandang ke kanan. Bangunan Hospital Umum Sarawak. Iya kan. Kenapa perlu bayar lebih ke klinik swasta.

    Telinga kiriku masih seperti ditutup. Masih dapat mendengar, namun tumpul. Kerincing kunci yang aku goyangkan disebelah telinga kiri, tak sebingit kerincing di sebelah kanan. Juga semasa bercakap, seolah-olah telinga ditutup, dan dapat mendengar suara sendiri dengan jelas.

    Sampai ke klinik pakar. Tapi kenapa sunyi jer? Dah-dah. Tutup juga. Gawai kan... Walaupun dah tiga tahun jadi pelajar jururawat, tapi masih tak power dalam operation hours dan referal protocol. Ape daa..

    Pencarian klinik swasta diteruskan sehingga ke kawasan Matang. Namun klinik-klinik seolah-olah tidak wujud. Betulker? Patah balik ke kawasan Satok.

    Ya, mujur ada satu klinik swasta Melayu yang beroperasi.

    Klinik Ibukota.

    Mengambil nombor. Tertulis 11.

    Menunggu. Sekarang giliran masih nombor 3.

    "Nombor 11!" dan nombor pun dipanggil.

    Masuk.

    "Ape masalah?" tanya doktor perempuan, usia dua puluhan. Muda lagi dah buka klinik sendiri.

    "Telinga, semalam mandi kat pantai, air masuk. Semalam saya tidur ada juga keluar air dari telinga. Tapi masih terasa sampai sekarang."

    "Mari saya periksa." Doktor memasang otoskop.

    "Saya periksa belah yang normal dulu k." telinga ditarik.

    "Erm. Ok. Cuba saya tengok sebelah lagi."

    Berpusing kepala.

    "Wo. Merah ni. Sakit tak?"

    "Sakit"

    "Dah ada rosak sikit."

    "Perforated ke doktor?"

    "Ye. Perforated. Pernah ada history perforated ke sebelumni?"

    "Tak pernah"

    Doktor tersenyum. (Entah apala dia senyumkan)

    "Macamnilah, saya bagi kamu ubat tahan sakit. Dan referal letter ke ENT"

    "SGH?"

    "Terpulang awaklah, SGH ke private ke. Tapi kalau nak cepat, privatela."

    "Nah, ni ubat tahan sakit."

    Diclofenac.

    "Ok. Tunggu kat luar ye."

    "Ok."

    Perforated eardrum. Alhamdulillah. Satu lagi ujian Allah. Semoga aku tabah, dan dibersihkan dari dosa-dosa yang lalu. Besok nak bawa surat 'kelayakan' merujuk pakar ke Hospital Umum Sarawak. Habisla, jumpa pensyarah sendiri. :)

    Rashid al-Shirfani

    Sunday, May 29, 2011

    Mukasurat 352


    "Ayah, iqomah..." aku memulakan solat berjemaah.

    "Haji, (gelaran ayah untuk ibu) iqomah..." ayah memajukan arahan kepada ibu.

    "Eh, kenapa suruh saya pulak... orang lelaki lah..." arahan itu kembali kepada ayah.

    "Allahuakhbar Allahuakbar..."
    ...

    Malam itu aku tidak berjemaah di masjid belakang rumah. Ingin berjemaah dengan ayah dan ibu, mujur ada kesempatan cuti. Solat jemaah didirikan
    di rumah. Kerana ayah sakit kaki, sukar berjalan. Gout yang dihidapinya muncul kembali pada pukul 3 pagi semalam. Ayah tidak dapat tidur.

    Di kananku, ayah duduk di atas kerusi plastik berwarna merah, badannya membongkok kerana perutnya yang boroi berat ke hadapan.

    Di kiriku, ibuku bertelekung putih, berdiri tegak. Wajahnya sedikit gelap kerana berpanas mengerjakan kelapa di kebun. Ibu sentiasa kuat. Lebih kuat daripada ayah.

    Kami berjemaah solat maghrib di atas tikar getah baru rona biru yang baru kami beli dari Serikin. Aku juga menyarungkan baju melayu pria Indonesia rona putih tulang yang baru ibu belikan juga.

    Selepas solat maghrib, aku merangkul buku "Anda Bertanya, Ustaz Menjawab, Mengenai Solat" karya Ustaz Rohodzir Rais, baru sahaja aku belikan dari MPH. Aku memberi salam dan membuka majlis tazkirah selepas maghrib itu dengan ummul kitab al-Fatihah.



    Ayah dan ibuku mencapai bantal di tepi sejadah. Kelihatan penat setelah membantu kenduri di rumah Pak Long. Namun aku perlu juga teruskan tazkirah ini, sebab aku merasakan satu keperluan untuk aku sampaikan peringatan kepada ayah dan ibuku tentang Islam, tentang Iman, dan tajuk yang kupilih, tentang Solat. Lebih-lebih lagi posisiku sebagai anak bongsu, kuasa 'penawan' ayah dan ibu harus aku gunakan sebaiknya. Ayah dan ibu terbaring, beberapa minit sahaja, ayah berdengkur. Ayah... ayah...

    Ibu mendengar, dan kadang kala mencelah tazkirahku.

    "Kadang-kala kerana keduniaan, kita mengabaikan tanggungjawab kita kepada Allah, paling mudah kita melewatkan solat, meninggalkan solat..."

    "Ibu tak lewatkan solat, ibu tak tinggalkan solat..." ibu merespon dengan cepat dalam nada sedikit bersalah. Tembakanku seolah-olah tepat.

    "Ya ibu, daripada banyak solat kita lakukan, banyak mana yang kita tunaikan diawal waktu?, banyak mana yang kita tunaikan dengan sebenarnya ikhlas?"

    "Yaa... dengar tu ayah? Hui, Ujang ceramah, tidur pulak"

    "Ayah dengar, ayah pun cuba, ayah faham.." dengkur ayah berhenti dengan jawapan ini.

    Tazkirahku diteruskan. Ibu berkontemplasi, renungannya ke lantai penuh sungguh dalam, merentas ke mantel bumi. Aku mengerti, ayah dan ibuku bukanlah punyai latar belakang yang beragama, namun mereka tetap bersedia untuk tingkatkan kesedaran. Ibuku selalu menceritakan, ayahnya (datuk) dulu hanya mengajarkan dia mengaji al-Quran. Tiada perihal solat ataupun kandungan dan terjemahan al-Quran.

    Tazkirah bersambung lagi.

    "Sebab itulah ibu, keluarga yang kuat bermula dari pengamalan solat berjemaah. Seorang ayah dan suami yang bertanggungjawab akan memanfaatkan solat berjemaah untuk mendisiplinkan anak dan isteri, memberikan pedoman setelah solat berjemaah, dan mengeratkan kasih-sayang dengan amalan bermaafan setelah solat. Kalau ibu lihat keluarga kakak dan abang macam mana. Cuba ibu lihat beza keluarga yang 'bersolat' dan yang melecehkan 'solat'. Ibu dapat lihat macam mana anak dan isteri atau suami abang-kakak?" aku memberikan ruang kepada ibu untuk menganalisis. Walaupun bunyinya ideal, namun inilah yang aku ungkapkan dalam tazkirah itu. Aku pun hampir tidak percaya aku ada keberanian itu.

    "Sebab itulah ibu, Ujang cepat-cepat nak ada keluarga sendiri." akhirnya, terkeluar frasa berani mati ini. Adakah ini cubaan melobi? Aku berfikir balik kata-kata aku. Betulke ni?

    "Amboii.." ayah tersedar. Dengkurnya berhenti kembali. Senyumannya diekori anak tawa walaupun matanya tetap terpejam. (Ayah!)

    "Dah ada ker?" muka ibu berubah. Bimbang. "Ancaman" menantu
    bukan sekampung seolah-olah berawan-awan di atas kepalanya.

    "Ibu risau lagi?" aku menduga.

    "Anak Cikgu Meot tu baik jer orangnye. Taat. Pakai tudung..." ibu memberikan calon sekampung.

    Sekali lagi, kuasaku 'penawan'ku sebagai anak bongsu seharusnya digunakan sebaiknya. Aku cuma perlu berikan kefahaman kepadanya. Kalau dah faham, insyaAllah, Miri ke, dari semenanjung, tak jadi masalah.

    "Ujang cakap kalau ada... Tak da lagi. Kalaulah ada bu..."

    Kefahaman terus diberi. Ini cubaan melobi kali kedua. InsyaAllah kalau telah biasa, ibu akan 'mengalah'. Ehehe.

    "Ayah tak kisah dari mana, dari Mesir pun ayah tak kisah.. haha.." ibu tersenyum.

    Ayah pandai menceriakan keadaan. Walaupun kebanyakan masa tazkirah ayah pejamkan mata. Mungkin sebab itu ayah berjaya menawan hati ibu sampai sekarang.

    "Kalau dah macam tu, nak buat macam mana. Nanti kalau mak pilih, apa-apa terjadi, mak takut kau salahkan mak pulak" kata-kata ibu ini sedikit syahdu.

    Kami terdiam. Azan isyak berkumandang. Ibu bingkas memperbaharui wudhu'nya. Aku memerhati wajah ayah. Dia tersenyum kelat, penuh makna. Sinis pun ada.

    Ayah iqomah terus setelah azan. Alhamdulillah ada perbaikan.

    Isya' itu aku mengalunkan surah an-Nur muka surat 352.

    Dalam hatiku penuh senyuman.

    Ibu, ayah, pakngah, dan makngah.

    Rumah Maksu ada wireless,
    Rashid al-Shirfani.

    Friday, May 20, 2011

    Setelah 22 Tahun

    Alhamdulillah hujung minggu lepas sempat menjelajah sebahagian megalopolis Kuala Lumpur. Sebenarnya perlu hadir program di UM pada hari Sabtu, tapi memandangkan banyak lagi masa pada sebelah malamnya dan siang Ahad, ikhwah KL sempat menculik aku menyusuri pelusuk ibunegara ini.

    Cuma sebahagian tempat di KL yang sempat disinggah sekejap-sekejap.


    Bergambar dengan akh-ala-guard-Eropah-rambut-tinggi di Pasar Seni..


    Macam ni ha. Kan? Sorry bro..

    Lunch di Subway. Kena belanja. Ngaap je la.

    W/pun tak pernah pergi Puduraya (orang kata hodoh sebelum ni), tapi inilah wajah Puduraya terbaru.

    Selepas 22 tahun, akhirnya dapatku bergambar dengan si kembar ni.


    Walaupun ada kat BDC, tapi sebab dibelanja, rehat atas massage chair setelah penat kaki berjalan. Ni dekat KL Sentral.



    Alhamdulillah baru terasa I'm a Malaysian. Tapi semua ni duniawi sahaja. Alhamdulillah juga sebab sepanjang perjalanan menerima tazkirah 'live' dari ikhwah. Semoga perjalanannya tak sia-sia.

    Mungkin ini punca 'anhedonia' lepas.

    Balik rumah sakit leher, tengok binaan yang tinggi-tinggi.

    Nanolopolis Sungai Maong,
    Rashid al-Shirfani.


    Wednesday, May 18, 2011

    Anhedonia

    Apa yang boleh dikata dalam minggu ini. Anhedonia telah menguasai diri. Makanan tak sedap, beli-belah tak seronok, tidur kurang puas, FB pun nak tak nak, blogging tak menjadi.

    Ke manakah roh aku telah pergi?

    Aku memerhati sekeliling. Rumah ramai orang. Namun aku masih terasa sunyi. Boleh sahaja orang sekeliling ketawa, namun kenapa hatiku tak terhibur sekali.

    Ke mana semangatku telah lari?

    Suatu ketika aku rasa ingin menjerit di tebing laut. Membuang bungkaman seolah-olah tangan yang menggenggam jantungku. Dalam longlai aku memaksa kakiku melangkah mencari mentari.

    Ya Allah berilah aku hidup itu kembali.

    Ada yang berkata aku telah mencapai suatu tahap lebih tinggi dalam kehidupan duniawi, aku percaya aku perlu menyelam kembali ke lautan Ilahi, mencari Iman di dasar yang tersembunyi.

    Ya Rahman mogaku temui penawarnya dalam munajatku pada dinihari.

    Kelompangan hati ini, kerana ku selalu melupaimu Ilahi, dan mungkin kerana cintaku pada duniawi, yang datang dan pergi, seperti bekas yang berisi, tertumpah ke lantai bumi.


    Anhedonia, astagfirullahal'adzim.


    Friday, May 06, 2011

    Politik lucah tidak mengenal Syarak

    Apabila isteri Rasulullah saw, Aisyah ra dimarahi oleh bapanya, Abu Bakar As-Siddiq ra kerana menyebabkan kelewatan rombongan Sahabat ra pulang ke Madinah, tiada siapa menduga bahawa sebaliknya peristiwa itu adalah rahmat untuk umat Islam sehingga ke Hari Kiamat. Pada Abu Bakar ra, rombongan harus segera bergerak dan tiba di Madinah kerana waktu solat hampir tamat sedang mereka sudah ketiadaan air dalam perjalanan untuk berwudhuk. Tiba-tiba Allah swt menurunkan ayat Tayammum menyebabkan kita pada hari ini mempunyai pilihan yang sangat senang ketika ketiadaan air untuk berwudhuk. Terima kasih kepada Aisyah ra!

    Apabila Aisyah ra merana dalam satu tempoh yang paling genting dalam hayatnya kerana dituduh berzina dengan Safwan bin Muattal ra, sedang dia adalah isteri kesayangan Rasulullah saw, tiada siapa menyangka bahawa kesabarannya sehingga turun ayat Disiplin Pertuduhan Zina/Liwat menjadi rahmat dan panduan umat Islam hingga ke Hari Kiamat dalam berdepan dengan pelbagai ragam dan senario sepak terajang politik lucah zaman berzaman selepas itu.

    Kemudian dari petunjuk Ilahi berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah, para ulamak Kehakiman mengeluarkan usul terpenting dalam sebarang prosedur kehakiman iaitu “Al-Bayyinah ala Al-Mudda’iyy, wa Al-Yamin ala Man Ankara” (Pendakwa mesti mengemukakan bukti dan Yang didakwa yang tidak mengaku mesti bersumpah).

    Sumpah laknat Syazryl di dalam ruang solat masjid ini termasuk dalam proses pendakwaan, kehakiman, pengumuman, pengakuan atau bab apa ?

    Tanpa memanjang dan memperincikan kaedah Fiqh Janayat (fiqh jenayah dan kehakiman) di dalam Perundangan Islam, tindakan Syazryl Eskay, Rahim Tamby Chik dan Shuib Lazim yang mengemukakan Syazryl Eskay melakukan sumpah laknat di ruang solat Masjid Amru Al-As menimbulkan beberapa tanda tanya:

    1. Mereka yang menuduh Anwar Ibrahim disuruh oleh Syarak agar mengemukakan bukti 4 orang saksi yang melihat sendiri adegan tersebut dengan alat-alatnya sekali, bukan disuruh Syarak untuk bersumpah, sumpah laknat atau sumpah mubahalah. “Al-Bayyinah ala Al-Mudda’iyy” (Pendakwa mesti mengemukakan bukti), bukan sumpah!
    2. Terlebih dahulu dari itu yang akan menyuruh mereka mengemukakan bukti adalah hakim dalam proses kehakiman. Oleh itu sebelum apa perkara pun bermula, mereka hendaklah memulakan proses membuka fail pendakwaan di kamar kehakiman atau di pejabat mahkamah, bukan membuat tindakan sendiri di ruang solat masjid!
    3. Sebelum sebarang keputusan hakim, seseorang yang belum disabitkan kesalahannya adalah dipelihara namanya sehingga dia dibuktikan bersalah. Jika didapati bersalah barulah dia dihukum di khalayak ramai untuk menjadi pengajaran kepada umum. Akan tetapi perbuatan Syazryl Eskay adalah tidak melalui prosedur Kehakiman Islam kerana menarik pihak akhbar dan perhatian orang ramai terlebih dahulu sedang fail pendakwaan secara Islam (mengemukakan 4 orang saksi) belum pun dimulakan.

    Islam sebagai agama yang real dan menyeluruh, sangat menitik beratkan prosedur dalam tiap sesuatu termasuk proses pengadilan. Oleh kerana itu walaupun Sayyidina Ali ra sangat pasti baju besinya dicuri oleh seorang Yahudi yang sedang dibicarakan, namun Sayyidina Ali ra telah kalah dalam kes tersebut setelah gagal menyahut permintaan hakim yang meminta beliau mengemukakan bukti.

    Petunjuk Seerah dan sejarah yang jelas dan kaedah Syarak yang terang berada di tangan kaum muslimin, lebih-lebih lagi pada para alim ulamak, peguam syariyy, hakim dan mufti. Namun apa yang turut malang ialah sehingga ke hari ini hanya orang-orang politik dan akhbar yang berbicara. Para ahli agama diam seribu bahasa membiarkan rakyat awam tertanya dan meraba-raba. Kegigihan dan ketegasan ulamak tentang Hari Valentine belum berulang. Pada hari itu apabila para Mufti lantang mengharamkan Valentine Day, ramai para artis sendiri memberikan komen yang sama! Ia sungguh satu pencapaian yang tidak diduga!

    Orang yang benar-benar mencari kebenaran akan berusaha dalam mahkamah dengan prosedur yang betul sehinggalah hakim yang arif lagi bijaksana mengeluarkan keputusannya yang adil. Adapun orang-orang yang mempunyai agenda terdesak tertentu akan membelakangkan prosedur Islam, menarik perhatian umum masyarakat yang kurang arif tentang agama dan meminta mereka sebagai pengundi supaya membuat keputusan dalam pilihanraya, di luar kamar mahkamah Islam! Teknik seperti ini banyak kali berjaya digunakan di negara-negara Barat yang rata-rata rakyatnya tidak mengamati peristiwa Aisyah ra yang merupakan petunjuk sepanjang zaman. Teknik ini juga boleh berjaya di negara-negara di mana rakyatnya boleh diperbodohkan dan mereka sendiri sibuk dan tenggelam dalam berbagai bentuk kealpaan, kejahilan dan maksiat.

    Benarlah firman Allah swt bermaksud, “Maka Firaun memperbodohkan kaumnya lalu mereka mentaatinya. Sesungguhnya mereka adalah kaum yang fasik” (Az-Zukhruf: 54). Segala teknik Firaun yang menyebabkan rakyat mentaatinya adalah terus menerus berjaya hanya kerana mereka rela diperbodohkan dan mereka juga tenggelam dalam segala bentuk kefasikan berupa kealpaan, jahil dan maksiat. Namun apabila datang Nabi Musa as dengan petunjuk Ilahi, segala perhambaan manusia terhadap manusia yang lain pastinya berakhir.

    Semoga Allah swt mengembalikan umat ini kepada kefahaman, petunjuk dan penghayatan Islam yang hakiki dan sejati, menyelamatkan mereka dari sebarang bentuk penyelewengan dan agenda musuh-musuhNya. Ameen.

    SALIN CETAK DARIPADA,

    Oleh: Ustaz Abdul Halim Abdullah,
    Ketua Biro Dakwah,
    Ikatan Muslimin Malaysia
    Blog: Ini Jalanku

    Thursday, May 05, 2011

    66:6 Siri 1

    Seorang bayi lelaki lahir pada awal bulan November tahun 1989. Jeritan itu menggugah kecekapan seorang ibu yang menjadi bidan kepada anaknya sendiri. Anaknya yang sarat mengandung akhirnya melahirkan seorang bayi sihat, di rumah, dan menjadi penutup kepada generasi perempuan itu.

    Bayi itu ialah aku.

    Aku tercipta dalam rahim ibuku tanpa perancangan. Ketika itu ibuku berumur 42 tahun. Mujur masih subur dan sihat untuk mengandung, kalau tidak mungkin aku mengalami kecacatan semasa lahir. Alhamdulillah. Aku lahir setelah sekian lama rahim ibu tidak ‘diganggu’. Beza antara aku dan kembar sebelum aku agak jauh, 10 tahun.

    Aku membesar dalam keadaan yang terasing daripada abang dan kakak. Cuma satu memori yang aku pernah terakam jelas dalam ingatanku ketika berusia 7 tahun, abangku mecabar untuk berlumba siapa yang pantas menggunakan uniform sekolah. Sebab pada ketika itu, abang dan kakakku bila menjengah umur belasan, mereka semua ke sekolah berasrama di Kuching. Ketika itu hanya ada satu sekolah menengah yang dibina di Asajaya, itupun dengan prasarana yang kurang lengkap. Hanya aku dan abang kembarku yang bersekolah di sekolah tersebut, namun kami tak pernah pergi sekolah sama-sama, sebab dia keluar sekolah, hanya beberapa tahun selepas itu baru aku mendaftar sebagai pelajar. Kesimpulannya, aku kurang mengenali siapa sebenarnya abang dan kakakku.

    Seperti kebanyakkan keluarga, anak bongsu akan dapat perhatian yang lebih. Lebih-lebih lagi kalau dia seorang sahaja yang tinggal bersama ibu dan bapa. Begitulah aku. Kasih sayang ibu dan ayah tercurah dengan sepenuh perhatian mereka. Tiada lagi istilah persaingan antara adik beradik. Akulah raja, akulah putera, akulah anak yang dimanja-manja. Sebabtulah sampai sekarang sifat manja tu susah aku nak buang. (Dush)

    Ketika umurku belasan tahun, semua kakak dan abangku sudah menubuhkan pasukan keluarga sendiri. Dan ketika usiaku dua tahun, kakak sulungku melahirkan generasi ketiga Ellin-Seah. Wau. Dah ada anak buah ketika umur 2 tahun. Dan sehinggalah sekarang umurku 22 tahun, aku sudah mempunyai 26 orang anak buah. Anak buah yang asli daripada abang dan kakakku. Yang paling tua, baru saja aku berjumpa tadi, sudah meningkat dewasa menjadi gadis kacukan belasan tahun yang cantik, sekarang menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia. Cucu kebanggaan ibu dan ayahku. Selalu kalau balik kampung, dia dan adiknya akan gegas-gegas cari penyapu untuk sapu rumah. Sebab itulah ibuku sangat sayangkan cucunya yang satu ni.

    Dalam keluarga kami, ada satu corak penamaan nama yang boleh dikatakan menarik. Tambah menarik, ia bukan suatu yang disengajakan ibu dan ayah. Kalau anak lelaki akan berakhir dengan huruf ‘n’ dan kalau anak perempuan akan berakhir dengan huruf ‘h’. Contohnya Ryaduan, Roslan, Pozan, dan Rasheedan. Manakala perempuan, Baidah, Rauyah, Ramlah, dan Normadiah. Akhiran ‘n’ dan ‘h’ ni mengikut akhiran ibu dan ayah, Ellin-Seah. Begitu juga dengan kelahiran, ibu dan ayah seolah olah pandai merancang kelahiran lelaki dan perempuan. Kami dilahirkan selang-seli lelaki dan perempuan. Baidah-Roslan-Rauyah-Ryaduan-Ramlah-Pozan-Normadiah-Rasheedan. Kan? Beza umur abang dan kakak ditetapkan 3 tahun. Kecuali aku dan kembar Pozan-Normadiah, bezanya 10 tahun. Selain kelahiran, corak pemilihan pasangan pun ada ‘pattern’nya tersendiri. Ketiga-tiga abang memilih untuk berkahwin dengan perempuan yang sama kampung. Dan ketiga-tiga kakak memilih untuk berkahwin dengan orang di luar kampung. Jauh-jauh lagi tu. Kakak yang sulung menikah dengan orang Kuching, kakak yang kedua menemui jodohnya ketika menuntut di UM, dia berkahwin dengan lelaki Jawa yang tinggal di Klang, dan kakak ketiga berkahwin dengan lelaki dari daerah Serian. Kenapa ya taknak lelaki sekampung? Dan menantu bongsu nanti adakah mewarisi corak gadis sekampung abang-abangnya? Wallahu’alam.

    Kini

    Usia ayahku mencapai 60 tahun, dan ibuku 64 tahun. Dua-dua pun perlukan perhatian dan kasih sayang yang secukupnya dari anak-anaknya. Dengan keadaan kesihatan ayahku yang kadang-kadang kurang mengizinkan untuk bergerak, menggesa tulang belulang ibuku memerah keringat berkebun kelapa kampung. Dialah yang mengait kelapa, mengupas kelapa, mendalamkan parit, meracun rumput dan lalang. Belum lagi termasuk kerja-kerja rumah yang dia tanggungi. Dialah ibu terbaik pernah dan selamanya aku ada. Bila aku balik sahaja ke rumah, akan dia ceritakan nasi lemaknya yang laris dijual walaupun hanya diletak di depan rumah. Sudah semua nasi lemak di Satok yang aku cuba. Tiada lagi yang dapat mengalahkan sambal air tangan ibuku. Sambal ibu adalah yang terbaik. Sebab di dalam itu tercurah sekali kasih sayang dan keikhlasan dia berbuat. Pernah sekali aku bertanya, ibu buat nasi ni ada untung ke ibu? Dia menjawab, asalkan habis, mak dah cukup puas hati bagi orang kampung makan. Semoga Allah ganjarkan yang terbaik untuk ibu.

    Kakak-kakak dan abang-abangku menguruskan keluarga mereka sendiri. Tinggal ibu dan ayah di rumah. Kadang-kadang jika terasa rindu, aku pasti mencucurkan setitik dua air mata sebab tidak dapat berbuat baik selalu kepada ibu dan ayah. Bukan setiap minggu aku dapat meluangkan masa bersama-sama. Pernah juga aku berkata kepada ibu, ibu, kenapa tak lahirkan aku terlebih dahulu daripada abang-kakak yang lain? Ibu hanya berkata itulah takdir engkau hidup bersama ibu ketika rambut ibu sudah memutih di kepala, ketika ayah sudah tak larat memulas ototnya mencari rezeki untuk kamu.

    Untung menjadi yang bongsu, aku banyak belajar kisah kehidupan susah senang keluarga. Cara ibu dan ayah mendidik aku sungguh mudah, cukup dengan menceritakan kembali kisah-kisah menggugah jiwa abang-kakak yang lain, membuatkan aku merenung ke siling memikirkan apa aku perlu jadi dan buat. Menjadi kisah wajib ketika aku pulang ke rumah, ibu dan ayah akan cerita kisah-kisah abang di zaman bujang dan persekolahan, perangai dan sikap mereka yang kadang-kadang membuatkan ibuku menangis kembali jika dia bercerita. Ibu sering bercerita kisah-kisah abang yang ingin terus berkahwin setelah menamatkan persekolahan. Dan sempatlah terselit nasihat ibu, jangan berkahwin terus macam abang-abang, ibu tak nak, ibu nak kamu senangkan ibu dan ayah dulu. Jaga kami sementara masih ada.

    Moga dengan sedikit cerita ini, mampu membuatkan aku lebih menghargai keluargaku yang aku sangat sayangi. Kerana di sinilah terjadinya aku, adakah mungkin untuk aku melupai?

    Bersama anak buah yang paling chubby sebelum berangkat pulang ke Semenanjung

    Kanak-kanak, remaja, dewasa, warga tua
    Kakak paling sulung (dewasa) bersama anaknya (remaja), anak sepupu (kanak-kanak) dan nenek bau-bau bacang sebelah ibu.

    Ayah mengendong cucu kedua bongsu, Aisha

    Ibu memang 'lelaki' di kebun, tanpa ibu, kebun akan jadi seperti hutan

    Ibu, kanan, semasa muda, mengenakan kebaya di belakang pokok bunga raya

    Aku, ayah, dan cucu culung yang sekarang menuntut di UKM

    Pak Usu dalam sesi tazkirah keluarga


    Ibu dan ayah bersama sebahagian daripada cucu-cucunya


    66:6 Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.

    Nantikan siri seterusnya,

    Rashid al-Shirfani
    Sg. Maong, Kuching.


    Wednesday, May 04, 2011

    R&P

    Sebelum blog-blog ikhwah lain tulis tentang mereka, biarlah saya jadi yang pertama.

    Mengenal dua orang sahabat semasa aku memulakan pengajian di FPSK dan Kolej Perubatan merupakan antara perkara yang boleh kata manis bagiku. Walaupun bukan antara yang terawal aku kenali, namun mereka adalah antara sahabat yang terbaik dalam sejarah aku berkawan.

    Roslani dan Pakya. :)

    Siapa sangka, destinasi perkenalan rupanya hampir di penghujung jalan.
    Siapa sangka, pantasnya pertemuan berakhir juga dengan perpisahan.

    Pertemuan pertama

    Roslani merupakan Nursing Buddy aku, dan tak dinafikan banyak sekali keberuntungan mendapat beliau sebagai buddy. Trademark utama Roslani yang orang boleh nampak dari jauh ialah senyuman dia yang memanjang 24 jam. (Kecuali tidur dan solat kot)

    Masa sedih, tetap tersenyum dan ceria
    Masa serius, boleh lagi ketawa,
    Masa orang marah, jadi tak jadi nak marah die ke tak?
    Masa gembira, makinla dia euphoria (ehehe, xdela sampe macam tu)

    Istimewanya Roslani ni, memang banyak.

    Satu, berkawan dengan dia, sudah tentula hidup kamu takkan pernah suram. :) Rasa-rasanya, boleh prescribe dia untuk jadi Mileu Therapy bagi pesakit depression. Kalau dengan patient manic, habis ler. Setiap jam, pasti akan ada bahan untuk jadikan kamu ceria. Mungkin sebabtu, wajahnya tak nampak tua lagi, walaupun dia antara ikhwah kami yang paling senior. (Dan belum kahwin).

    Dua, Roslani ada kemampuan hafalan yang (boleh kata mantap jugala). Dalam halaqah, kalau kita masih sekat Surah Qalam, dia dah meluncur jauh ke surah al-Maarij. Tang ni la aku dengan Pakya cuma dapat bertentang mata, melihatkan kelancaran dia tasmik hafalan ngan murabbi. Ayoyo. Mungkin lecture notes pun sama, macam makanan ruji bagi hafalan dia. (kot...)

    Tiga, mungkin kamu boleh terpikat dengan akhlak diala... Orangnya menegur tanpa meninggalkan kesan kat hati kita, bahkan kita lebih mahu untuk menerima teguran dia. Orangnya jarang marah, kalau dia marah, boleh nampak dia diam je sehari-hari. (Setakat ni belum nampak dia marah, sebab hari-hari dia penuh ngan keceriaan). Ehee.

    Empat, PR yang boleh tahan. Orangnya pandai ambil hati, namun kadang-kadang dia keras gak dalam berkata-kata, kadang-kadang nampak ketegasan dia kalau bertembung dengan prinsip dan fikrah dia. Kan Roslani?

    Ape yer persamaan yang kami ada? (Selain pelajar nursing, lahir kat Sarawak, dan suka makan coklat?)

    Keguguran rambut. :) Sorry!

    Pakya-oh-Pakya!

    Pakya pulak kenal masa tahun kedua. Tahun pertama, jarang jumpa dia, sebab dia kat Sibu. Masa daurah je jumpa dia. Perkenalan pertama kami bermula dengan topik komputer Dell. Sebab dia pun ada laptop Dell warna putih, cuma model dia lagi besar daripada aku punye. Sesuai dengan nama, Pakya matang orangnya. Cara fikir dia boleh nampak dia ada semangat untuk menjadi dewasa. Kadang-kadang kalau ada masalah, boleh je rujuk Pakya. Soal krim jerawat, pendakap gigi, gerak kerja (yang ni kurang sikitla), masalah cinta dan kahwin (yang ni kami suka cerita-cerita), masalah sikap, masalah pelajaran, Pakya antara tempat yang boleh dan sesuai untuk mengadu. Ape besnyer Pakya?

    Satu, dia antara al-akh yang pandai main futsal. Lepas ni habisla UNIMAS kalau tembung ngan UiTM, hero utama dah graduat. Takpa, rasa-rasanya UiTM pun mengalami situasi yang sama.

    Dua, kalau Roslani cekap hafal-menghafal, Pakya pandai bab-bab tazkirah. Kadang-kadang selalu juga kena tembak ngan tazkirah Pakya.

    Tiga, Pakya jenis yang mudah mesra dan pandai mengekalkan kemesraan. Sebab cuma Pakya (rasanye) bila jumpe je dia akan salam dan laga pipi sekali. Walaupun kita jumpa dia tiap-tiap hari. Tak hairanla, anak halaqahnya tak nak tukar murabbi. Ehee...

    Empat, cepat belajar. Pakya memang cekap kalau belajar sesuatu yang secara teknikal, macam pandu kereta. Pernah dulu, masa kancil aku masih ada, sempat juga mengajar Pakya beberapa prinsip memandu. Nyata Pakya jenis cepat faham dan buat.

    Semester depan, dua ikhwah yang aku kenali ini dah takder lagi kat kolej perubatan. Mungkin tulisan ini sekadar nak anticipate my grieving towards them. Rasanya kolej akan sunyi semester depan, tanpa hilai Roslani dan tazkirah Pakya. Pakya cakap dia nak kerja kat Johor ataupun Kedah, Roslani pulak mak ayah dia macam tak mau dia kerja Sarawak. Tapi apa-apapun suatu hari nanti kita pasti dapat berjumpa semula! InsyaAllah.

    Takdapat nak buat sajak untuk antum,

    Rashid al-Shirfani.

    Melepaskan lelah bersama Pakya semasa rehlah di Santubong

    Roslani bayar zakat kat pak cik semasa beraya di Kampung Serpan


    Inilah senyuman 24/7 tu


    Pakya suka bagi tazkirah



    Roslani dengan Ibrahim semasa Ceramah Perdana Aman Palestin di Masjid at-Taqwa



    Pakya di sebelah Dr. Khairol. Kini dah jadi Dr. Pakya.




    Anda juga mungkin meminati...