Thursday, March 18, 2010

Berubah

Assalamu'alaikum wbt.

Merubah seseorang untuk menjadi baik bukanlah sesuatu yang gampang untuk dilakukan. Mungkin sahaja ia memakan masa berhari-hari, berminggu-minggu, berbulan-bulan, malah mungkin bertahun-tahun.

Firman Allah: Barangsiapa yang Allah menghendaki akan memberikan kepadanya petunjuk, nescaya Dia melapangkan dadanya untuk (memeluk agama) Islam. Dan barangsiapa yang dikehendaki Allah kesesatan, nescaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit, seolah-olah ia sedang mendaki ke langit. Begitulah Allah menimpakan siksa kepada orang-orang yang tidak beriman. (6:125)

Hidayah berubahnya seseorang mutarabbi adalah atas kekuasaan Allah s.w.t. Andai kata kita merasakan kitalah punca dirinya berubah, istighfarlah. Kita hanya memandu mereka untuk mencari hidayah yang Allah sediakan untuk mereka. Ana amat terharu apabila melihat mutabaah mutarabbi ana meningkat dari satu angka ke satu angka, walaupun target ibadahnya belum lagi mencukupi. Dan setiap perubahan mereka adalah atas hidayah Allah s.w.t. Dan ana sentiasa ingat pesan murabbi ana terdahulu, yang manusia punyai pelbagai ragam dan potensi. Mungkin sahaja dia lambat untuk bangkit, tetapi bila bangkit, akan tetap teguh berdiri dan penuh berpotensi. Kadar pemahaman sesorang itu berbeza-beza, dan ianya semakin berbeza bilamana murabbi menggunakan method yang berbeza (maksudnya, berbeza kuasa 2). Itu yang ana harapkan pada mutarabbi ana. InshaAllah.

Ana sedar tarbiyah ke atas diri mereka bukan sahaja melalui halaqah dan usrah. Pelbagai lagi kaedah yang penting untuk menjaga keberikatan hati kita dan hati mereka. Ikat hati dengan memancarkan qudwah yang soleh. Jika sahaja kita melakukan dakwah ini atas arahan murabbi dan dan tak disertakan dengan keikhlasan, nescaya ianya tidak bertahan untuk jangka masa yang lama. Hilang arahan, hilanglah dakwah, hilanglah mutarabbi. Tetapi jika kita mendakwah seseorang dari hati kita ke hati mereka, inshaAllah niat ikhlas terpelihara daripada nodaan syaithan.

Apa yang ana harapkan, agar ana dapat bertahan dalam jalan yang ana pilih dalam rangka menyumbangkan sesuatu untuk mengemis mardhatillah daripada yang Esa. Agar umat Islam bisa kembali ke jalan yang lurus, beramal dengan yang ma'ruf, mencegah daripada kemungkaran, siap berjihad harta dan nyawa untuk Allah s.w.t.


12: 108. Katakanlah : "Inilah jalan (agama) ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik."



Kenangan Rehlah Ukhuwah Sarawak, Santubong


Menunggu seruan tidur,
Rashid al-Shirfani.

2 comments:

  1. Salam akhi... memang tarbiyah itu adalah sesuatu yang panjang.. Manusia juga akan berubah jika kita berikan mereka kesedaran... melalui tarbiyah ini kita mampu mendidik diri kita, atau mutarabbi kita untuk sama-sama berubah kearah kebaikan..

    perubahan dari dalam diri sendiri itulah yang lebih utama, kerana ia akan memacu fizikal kita turut mengikuti perubahan yang digerakkah didalam jiwa seseorang...

    makanya akhi...
    nasihatku untukku dan untukmu..

    marilah kita tarbiyyah mutarabbi kita dengan melalui hati menuju kehati... Jagalah hati agar sentiasa bersih, kerana hati yang sihat mampu berkomunikasi dengan hati yang lain dan mampu memberikan kesedaran, kesegaran kepada hati yang lain untuk sampai kepada proses perubahan..

    Ingatlah akhi.. Tarbiyyah ini adalah satu proses yang panjang.. ia adalah proses perubahan-->pembentukan-->peningkatan-->merubah

    Salam rindu dari akhimu...

    ReplyDelete
  2. insya ALLAH ya akhi. mudah2an kita semua terus sabar dan tsabat atas jalan ini.

    dakwah pun macam studi nursing jugak, ada yang cepat, ada yang lambat, ada yang extend, ada yang mengulang subjek, ada yang praktikal, ada yang grad cemerlang, ada yang sederhana, macam2 lah. pokoknya ragam manusia tu berbeza. baginda nabi juga melayani para sahabat dan memberikan tugasan kepada mereka sesuai dengan kapasiti masing2.

    mudah2an ALLAH meneguhkan hati kita atas jalan ini walau apa rintangan yang menerpa. ana uhibbukum fillah...

    p/s: awat ana takda dalam gambar tu? ka ana yang tangkap gambar? huhu...

    ReplyDelete

Sebarang cadangan dan pendapat boleh kemukakan di sini...

Anda juga mungkin meminati...