Friday, October 19, 2012

Aktivis PEMBINA Terkejut

Berfasa dan fokus

Apa yang dapat saya ceritakan sejak saya bersama PEMBINA adalah, gerakannya untuk membawa perubahan dalam arus belia terutama mahasiswa berlangsung secara berfokus dan berfasa. Bagi saya PEMBINA bukan seperti persatuan-persatuan sekolah menengah yang saya pernah sertai seperti Persatuan Bulan Sabit Merah, Persatuan Putera Islam ataupun Persatuan Pengakap Muda.

Buat sehabis baik!

Fikrah yang menjadi asas gerakan kepada PEMBINA sangat menyedarkan. Segala-galanya berorientasikan objektif. Objektif pula hadir apabila melihat sesuatu masalah, dan seperti mana yang kita tahu, masalah tidak sesekali akan hilang dan langsai dengan program sekali harung. (faham ke? hehe) Pendek kata, PEMBINA akan sentiasa beraktivisme sehingga gugur atau kemenangan yang kami capai (woh!).

Impak maksima

Bukan apa, apa yang saya lalui beberapa minggu yang lepas amat mendukacitakan. PEMBINA Sarawak telah dijemput untuk menjadi rakan penganjur untuk sebuah program mahasiswa yang berskala besar. Takrifan di pihak PEMBINA, untuk program berskala besar dan high-impact, kehadirannya perlulah mencecah atau lebih 300 orang. Tetapi saya kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh persatuan mahasiswa ini. Mengumpulkan 900 orang mahasiswa untuk program satu hari satu malam. Dan saya lebih terkejut bila melihat bajet yang sangat besar, RM170, 000. Wau!

Banyaknye duit!

Dengan rasa rendah diri, saya mengucapkan tahniah atas azam mereka. Sebagai salah sebuah persatuan yang masih muda, PEMBINA merasakan program ini sangat besar. Big-event. Namun bila saya kembali menghitung tempoh persediaan, cuma tinggal kurang daripada tiga bulan. Ya! Kurang daripada tiga bulan. Saya khuatir program ini sekadar cita-cita besar, tiada perancangan yang rapi dan terarah. Lebih mengejutkan (terkejut lagi), senarai VVIP yang dijemput bukanlah orang sembarangan. Pehin Sri pun diundang sekali. Mengikut pengalaman saya sebagai salah seorang AJK penganjur untuk konferens kejururawatan peringkat kebangsaan, tempoh yang kami ambil untuk bersiap adalah satu tahun. Itu pun hanya untuk penyertaan berjumlah sekitar 500 orang. Saya menggaru kepala dan mengelipkan mata beberapa kali. Mungkin saya tersilap baca. Tetapi tidak, angka itu tetap sama.

Penyertaan 900 orang mahasiswa, dengan bajet RM170, 000 dalam masa kurang daripada 3 bulan.

Objektif bukan agenda utama

Tegas, kejayaan sesebuah program diukur melalui pencapaian objektif. Di pihak PEMBINA kami merasakan objektif adalah paksi penganjuran. Apa-apa tindakan harus berbalik kepada objektif. Namun sekali lagi saya terkejut dan keliru apabila pengerusi mesyuarat memulakan dengan agenda mereka yang paling utama, bajet.

"Baik, kita akan memulakan mesyuarat kita dengan agenda yang paling penting iaitu bajet."

Bila bab dana dibincangkan, masing-masing bertanya dari mana nak dapat sejumlah wang tersebut? Ada yang mencadangkan minta sahaja daripada YB-YB yang kita jemput sebagai VIP, ada juga yang mencadangkan minta dari UNIMAS, juga ada yang mencadangkan dana persatuan masing-masing di'infak'kan untuk program ini. Semuanya berikhtiar, tapi tak semuanya tahu cara. Sekali lagi saya lemas. Salah seorang bertanya kepada saya.

"PEMBINA selalu buat program dapat dana daripada mana? Ada minta dari YB ke?"

Sebagai persatuan yang membawa agenda dakwah umum dan tidak berteraskan keuntungan, kami selalunya akan dahulukan duit kami, tapi kami tak pernah buat program sebesar ini, jadi bajet kami, kami buat apa yang termampu, perkara yang boleh jimat, kami jimat. Itu penjelasan saya, dan semuanya berkata 'oh'. Di kesempatan itu saya menerangkan aspirasi PEMBINA melalui programnya, apa yang PEMBINA nampak masalah, peri penting objektif, dan metodologi pelaksanaan program.

"Bagi kami, objektif adalah perkara yang paling penting. Kita tidak mahu peserta-peserta datang atas tarikan hiburan tanpa ada take home point. Kami selalu anjurkan program kecil-kecilan je, jadi dana taklah sampai sebanyak ini"

Saya menerangkan sambil membelek-belek kertas kerja.

Ketinggalan ke?

Di mana aras PEMBINA, maksud saya PEMBINA Sarawak dalam penganjuran program berskala besar? Adakah PEMBINA tidak mampu untuk memberikan impak melalui program dengan bajet ratusan ribu tersebut? Adakah ahli-ahlinya hanya jaguh program stail 'pondok-pondok' gitu? Tak tercabar ke aktivis PEMBINA? Atau adakah kita adalah sebuah persatuan yang ketinggalan dalam ruang networking dan hubungan korporat sehingga kekal kaku mengajurkan program kecil-kecilan?

Tidak.

Saya yakin ahli PEMBINA lebih berkemampuan. Saya yakin ahli PEMBINA lebih professional dari segi pengurusan dan lebih jelas dari segi agenda. Saya yakin ahli PEMBINA faham agenda mesyuarat walaupun kadang-kadang kekok dengan ikhtilatnya. Segalanya kembali kepada lakaran fikrah yang membawa kepada program berpaksikan objektif.

Meneraju Arus

Dengan slogan "Meneraju Arus Mahasiswa", PEMBINA ada peranan penting dalam masalah seperti ini. 'Abang' dan 'kakak' juga 'adik' persatuan perlukan bimbingan PEMBINA dalam menentukan agenda mahasiswa. PEMBINA punyai aspirasi yang cukup besar untuk mengembalikan jati diri Islam mahasiswa yang semakin lebur, menyedarkan mahasiswa tentang ancaman dan memahamkan mereka tentang hakikat kehidupan sebagai seorang muslim yang yang akan memimpin negara suatu hari nanti. Misi ini lebih besar daripada objektif 'menyemai semangat cinta akan sukan' seperti yang tertera dalam kertas kerja yang saya pegang semasa mesyuarat tersebut. 

Abis tu kau nak buat ape?

Dengan beberapa kritikan ini, saya berharap persatuan-persatuan yang turut serta tidak lemah semangat. Sebagai ketua salah satu persatuan yang muda dan kurang pengalaman, inilah pendapat-pendapat saya. Saya harap suara dan pendapat saya didengari dalam mesyuarat pertama dan terakhir yang saya sertai itu. Idea-idea PEMBINA yang saya bawa saya harap difikirkan semula rasionalnya. Penganjuran program bukan semata-mata menunjukkan ke'gah'an badan persatuan, tetapi program itu haruslah menunjukkan ada sesuatu yang serius para mahasiswa harus perhatikan. Jika diberikan peluang, PEMBINA berbesar hati untuk membentangkan beberapa kertas kerja yang lebih matang tentang mahasiswa, namun apakan daya suara saya begitu kecil dan tidak didengari. Saya berharap peserta yang dikumpulkan diagendakan dengan sebaik-baiknya, bukan semata-mata mengumpulkan angka-angka kosong yang akan merugikan banyak pihak.

Sekalipun begitu, PEMBINA masih dengan dasar terbuka untuk melakukan kerjasama, sekiranya bermanfaat untuk mahasiswa Islam, apa salahnya kan? Sila-silakanlah menghantar kertas kerja anda kepada saya di alamat e-mel: prokiyai@gmail.com.

p/s: Tahu dah kan siapa aktivis yang terkejut tu?

Meneraju Arus Mahasiswa,
Rashid al-Shirfani
Kiosk Alacafe

1 comment:

  1. salam shidan..hehe..
    bsbr lah mghadapi cbrn bprogrm..mmg lumrh
    apa pun..isma stuju 100%.tujuan dan objektif harusln jelas dan berfokus supaya setiap peserta sekurang2 ny mndpt smthing dr apa yg d smpaikan
    wallahualam.~we had a discussion also bout diz kind of issue laz nyte n suddenly bc entry kau tok..nway gud luck!

    ReplyDelete

Sebarang cadangan dan pendapat boleh kemukakan di sini...

Anda juga mungkin meminati...