Sunday, October 18, 2009

Berakhlak Seindah Rasullullah S.A.W 1

Assalamualaikum, alhamdulillah ana kembali untuk berkongsi 1 kajian buku yang diminta oleh murabbiku yang tercinta berkaitan dengan buku bertajuk Berakhlak Seindah Rasullullah S.A.W. Buku ini ditulis oleh Al - Akh Amru Khalid dan diterbitkan oleh Pustaka Nuun. Buku ini mengisahkan 7 akhlak yang mungkin kita terlepas pandang dalam menjaganya dan memeliharanya dalam diri ini. InsyaALLAH ana berikan sedikit intinya namun, lebih baik jika dapat mencari bukunya yang asli kerana penulisan akh Amru Khalid amat menarik kerana susun ayatnya sentiasa memberikan bekas yang tersendiri untuk kita bagaikan dia sedang berkata - kata di hadapan kita. Untuk Akhlak yang pertama adalah MALU...sila perhatikan definisinya dan jangan hanya ingat malu itu pada definisi yang ke -2 sahaja. Moga ALLAH mempermudahkan hari kita InsyaALLAH...Ibnusarha

MALU

Maksudnya tertahanya hawa nafsu. Dari definisi yang dinyatakan perkataan malu membawa maksud yang lebih luas dan sebenarnya ia datang daripada perkataan al – hayat yakni kehidupan ia ia juga al – khajal iaitu merendah diri atas sebab tertentu. Namun, dewasa ini kita suka mengunakan definisi yang kedua dan menjangkalkan maksud malu ini.

Sabda nabi,

” iman itu terdiri dari 63 cabang dan malu adalah salah satu cabang iman” HR Bukhari dan Muslim

“ Semua bentuk – yang berasal dari malu - adalah baik” HR Muslim dan Abu Daud

“ Malu tidak akan mendatangkan sesuatu selain kebaikan” HR Bukhari dan Muslim

“ Malu itu bagian dari iman, dan iman itu syurgalah tempatnya. Dan perilaku keji tumbuh dari hati yang keras, dan hati yang keras itu tempatnya di dalam neraka” HR Tirmizi

Ibnu Qayyim berkata:

· Gembira dengan dosa adalah lebih besar di sisi ALLAH daripada dosa itu sendiri

· Tertawa ketika melakukan dosa adalah lebih besar di sisi ALLAH daripada dosa itu sendiri

· Bersedih akibat ketingalan melakukan dosa adalah lebih besar di sisi ALLAH daripada dosa itu sendiri

· Upaya untuk selalu menutupi diri – dari dosa – sementara anda tetap melakukan dosa adalah lebih besar di sisi ALLAH daripada dosa itu sendiri


Bentuk Sifat Malu

  • 1. Malu berbuat jahat

Malu yang dimiliki orang yang telah melakukan kejahatan seperti nabi Adam a.s yang malu apabila melangar peraturan ALLAH di syurga

“ Hendak kemana kamu, wahai Adam, adakah kamu ingin lari daripadaKu?” Adam menjawab “ Tidak wahai tuhanku tetapi saya malu kepadaMU

  • 2. Malu kerana lalai dan terbatas

Malu kerana tidak dapat beribadah kepada ALLAH dengan sebenar – benarnya. Semua kita ada keterbatasan namun kita kena malu dengan keterbatasan kita kerana malaikatpun malu seperti sabda nabi : “ awan mengumpal dan menjadi berat, dan demikian itu sudah menjadi haknya, tiada tempat didalanya yang kosong sekitar 3 jari kecuali didalamnya diisi malaikat yang bersujud, rukuk dan tegap beribadar kepada ALLAH. Sampai hari kiamat mereka berkata ‘ Maha suci Engkau, kami tidak pernah menyembah mMU dengan sebenar – benarnya” HR Ahmad

  • 3. Malu Merasakan segala nikmat yang telah diberikan

Sabda Nabi S.A.W : “ Aku tidak dapat menghitung segala pujian yang pantas bagi Mu sebagaimana Engkau Memuji diri Mu sendiri “ HR Ahmad

  • 4. Malu sebagai sebuah pengabdian (‘Ubudyah)

Malu pada seorang hamba yang mendengar dan mentaati tuannya dan tidak dapat menolak perintah darinya. Seperti kisahnya pengubahan kiblat. Nabi S.A.W amat ingin kiblat diubah namun ada pernah kita terbaca yang nabi bekata “Ya tuhan Ubahlah”!. Namun banginda hanya melihat ke langit dengan penuh pengharapan sehingga ALLAH memutuskan 2:144

  • 5. Malu kerana Cinta

Doa nabi S.A.W: “ya ALLAH, berikanlah kepadaku cintaMU dan cinta orang – orang yang mencintaiMU, sertakan kecintaan beramal yang dapat mendekatkanKu kepada cintaMU” HR Tirmizi

  • 6. Malu terhadap Keagungan ALLAH

Malunya jibrail A.S. semasa ingin bersama nabi S.A.W isra dan Mikraj. Semasa mengiringi nabi ke sidratul muntaha Jibrail terhenti dan nabi S.A.W menoleh kebelakang dan melihat Jibrail bagaikan sekeping kain yang compang camping. Jibrail malu dengan keagungan ALLAH



No comments:

Post a Comment

Sebarang cadangan dan pendapat boleh kemukakan di sini...

Anda juga mungkin meminati...