Assalamu'alaikum wr wb. Terkejut? Lapar?
Raya ke 7, Naqib, Danial dan Adli cakap nak datang rumah. Nak masak apa? Mak dah letih tolong jiran masak kenduri. Ok, jum main cuba-cuba.
Ana buka peti ais, tengok ada dada ayam yang masih beku.
Dah lama tak rasa ayam panggang.
Nama menu ni, tak tau lagi. Bagi ja nama Ayam Panggang 7 Syawal.
Bahan-bahan simple ja.
Seketul dada ayam, hiris elok-elok
Perapan
Halia 2 inci
Cili hidup 3 biji
Sos tiram 3 sudu
Minyak masak 3 sudu
Kicap manis Adabi 8 sudu (anggaran)
Gula pasir 1 sudu
Sedikit garam dan serbuk perasa
Perahan sebiji limau
Teknik
Memanggang basah. Panaskan ketuhar, masukkan ayam dan perapan dalam bekas besi untuk dibakar basah. Rasa perapan akan menyerap dengan lebih efektif ke dalam daging ayam. Suhu 250 darjah Celcius, 15 minit.
Memanggang kering. Keluarkan ayam dari bekas besi. Panggang di atas para ketuhar sahaja. Bila dia kering, minyak2 ayam jatuh. Kulit dia rangup sedikit + pedas + masam + manis + masin. Semua ada la. Tengok ramuanla. Bila dah nampak garing, angkat.
Sebelum makan baca bismillah, dan doa makan. Selamat mencuba.
O. Naqib macam tak cukup nasi. :)
~Prokiyai~
Friday, October 02, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Anda juga mungkin meminati...
-
Assalamu'alaikum wr wb. Terkejut? Lapar? Raya ke 7, Naqib, Danial dan Adli cakap nak datang rumah. Nak masak apa? Mak dah letih tolong j...
-
Jom sambung Master! Ni contoh emel, doakan berjaya. Assalamu'alaikum wbt and Happy New Year to Associate Professor (A/P) Dr. Zabidah, a...
-
Alhamdulillah, semalam saya diberikan rezeki oleh ALLAH dalam satu majlis yang dipanggil Majlis Berbuka Puasa Anak - Anak Perak UNIMAS anju...
-
Di bilik pembedahan, kena kebal emosi. Ya, kebal emosi. Orang sarawak madah, lingo mauk tebai sikit, iboh nipis gilak. bengkel mbikik...
-
Assalamu'alaikum wbt. Mungkin ikhwah wa akhwat mendapat sms ataupun panggilan daripada ikhwah Sarawak terutamanya ikhwah UNIMAS ataupun ...
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteowh tak leh jadi nih. ana kena pegi jugak umah nta nih. kena bawak naqib sekali :)
ReplyDeletejemput la ana pegi bertandang. heh...heh...