Assalamu'alaikum wbt.
Hari terakhir di Wad Rawatan Kebakaran, Hospital Umum Sarawak sungguh menginsafkan. Berhadapan dengan pesakit-pesakit yang terbakar, dibakar dan membakar memberi pengajaran yang bermakna sebagai seorang muslim. Ingatkan kita Allah swt telah berfirman dalam al-Quran tentang kisah pembakaran di hari kiamat?
4:56. Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat Kami, kelak akan Kami masukkan mereka ke dalam neraka. Setiap kali kulit mereka hangus, Kami ganti kulit mereka dengan kulit yang lain, supaya mereka merasakan azab. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
Ada seorang pesakit, ana berkesempatan untuk membersihkan lukanya. Ketika dikupas keruping dibadannya, ana terkejut mendengar mulutnya mengeluarkan kata kesat. Ana melihat rakan ana sambil kami serentak mengangkat kening, oh, sungguh dia tidak menginsafi dugaan ini. Lalu bagaimana nanti kita hendak berhadapan dengan panasnya neraka Allah? (Nauzubillah). Sedangkan lecur yang kecil ini pun tak mampu ditahan. Dr. Dagu mengarahkan Eli untuk dibawa ke Klinik Pakar Pergigian, akibat karies di giginya yang kronik. Eli terdiam, sebab kebiasaanya bila ternampak jarum dia akan menangis. Tetapi dia bernasib baik hari ini kerana giginya tidak dapat diperiksa kerana bukaan mulutnya yang kecil (akibat parut lecur). Emaknya memberitahu yang Eli fobia melihat jarum. Pernah sekali dia pengsan sebelum doktor mencucuk jarum di tubuhnya. Keadaan Eli baik hari ini, rakan-rakan ana sempat bermain domino dengannya, memenuhi kehendaknya sebagai kanak-kanak. Thrombophlebitis di tangannya sudah reda. Minggu depan di Unit Hemodialisis dan Continuous Ambulatory Peritoneal Dialisis (CAPD). Waah. Semakin banyak ilmu yang ditimba... Just arrived from Burn Ward, SGH Rashid al-Shirfani |
No comments:
Post a Comment
Sebarang cadangan dan pendapat boleh kemukakan di sini...