Friday, September 19, 2008

Majlis Berbuka Puasa = Makan Sahaja

Alhamdulillah, semalam saya diberikan rezeki oleh ALLAH dalam satu majlis yang dipanggil Majlis Berbuka Puasa Anak - Anak Perak UNIMAS anjuran Kerajaan Negeri Perak dan pihak UNIMAS. Saya bertolak daripada Kolej Perubatan seawal 6.00 dan tiba di bangunan HEP dalam 6.30 petang. Kami disambut mesra dan diminta mengisi borang kedatangan dan dijempt untuk mengambil tempat duduk di meja bulat yang disediakan. Namun, takala melangkah masuk, kami mendapat sambutan daripada alunan nasyid yang sungguh merdu oleh beberapa jejaka. Meja telah 98% penuh dan menariknya semuanya ada yang tidak bercampur lelaki dan perempuan dan ada juga meja yang bercampur lelaki dan perempuan.

Seperkara lagi yang agak memeranjatkan saya adalah kumpulan nasyid itu tetibanya muncul dua gadis yang tetiba menyanyi. Aik setahuku ini majlis berbuka puasa. Megapa tidak dialunkan alunan zikir atau ayat suci Al - Quran. Waduh - waduh gawat gini dong. Nak buat macam mana saya hanya dijemput.

Sekadar Pendapat dan Cadangan
Bukan ingin menyatakan keburukan dan hanya pandai mencela dan mengkritik. Di sini saya ingin menyampaikan sedikit cadangan mungkin nanti boleh diambil sebagai penambah baikan.

Susunan Kedudukan
Apa salahnya jika kita tetapkan kedudukan untuk lelaki dan wanita. Megapa perlu ini ya? Jawapanya mudah, perempuan dan lelaki ada hak dan maruah masing - masing. Saya pecaya ramai pada hari itu belum bernikah mahupun mengikat gubungan sah sisi ISLAM. Jadi lebih manis untuk diasingkan tempat duduk untuk mempermudahkan perhubungan yang kita buat.

Bagaimana pula nanti ingin mencapai objektif berhubungan silaturrahmi dengan anak - anak perak? Adakah tercatat dalam objektif berkenalan lelaki dan perempuan. Kita mencari puak Perak supaya nanti mungkin banyak perkara yang boleh dibincangkan, bagaimana ingin pulang nanti, perbincangan intelek mengenai masa depan negeri dan bagai - bagai lagi. Bukankah ini moleh dilakukan lelaki dengan lelaki dan perempuan dengan perempuan. Semasa kelas kita telah disuruh berkumpulan dengan perempuan dan saya yakin setiap kita tahu bagaimana rasa dan perjalanan kumpulan. cukup la itu sahaja kita bergaul rapat. Sesama lelaki kita masih berselisih ini pula wanita yang memang fitrah ALLAH jadikan kita gemar pada wanita. Nafsu itu suatu yang sukar dijaga dan ingat penah dijadikan TUHAN oleh ramai kaum terdahulu dan ada juga semasa kini. Tetapi hasilnya adalah buruk bak firman ALLAH

Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya berdasarkan ilmu-Nya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran? [surah 45; ayat 23]
Bersama kita berhati - hati dengan nafsu ini

Hiburan ataupun Aktiviti yang Sesuai
Saya bersetuju dan gembira semasa mendengar nasyid yang pertama. Namun pabila wanita bercampur dengan lelaki maka saya agak alergi dan mula merasa tidak senang. Hujahnya sama seperti di atas. Untuk cadangan saya, jika ada suatu majlis dan kita tidak tahu apa yang sesuai untuk kita buat selain nasyid. Lihatlah semua pada objektif sebenar majlis. Bagi saya, buat masa ini kerajaan Perak telah ditadbir oleh orang yang hebat. Ir dan juga faham tentang Islam. Mengapa kita bazirkan peluang ini. Jemput lah MB kita. Letak lah ketepi sentimen politik dan masalah peribadi berkaitan politik ini. Take the bright side. MB kita ini ilmunya tinggi maka kikislah ilmunya. Beliau boleh bercakap mengenai IlMU dan juga politik dan dia juga faham jika ada dikalangan kita yang berbeza fahaman dengan beliau.
Jika pihak Universiti pula menghalang kerana mungkin arahan menteri yang berbeza ideologi politik dengan MB kita, kita masih mempunyai ramai pemimpin negara yang sangat berkaliber. Menteri di Jabtan Perdana Menteri yang bertanggungjawab hal ehwal agama = Dato Seri Zahid Hamidi seorang tokoh daripada negeri Perak. Dato' Seri Rafidah juga adalah pemimpin agung daripada Perak. Mereka ini telah berjaya dalam bidang masing - masing dan mereka juga telah melalui zaman kita selaku mahasiswa universiti. Mengapa tidak mereka share with us their experiences. Jika ini berlaku maka majlis akan menjadi lebih meriah dan akan dikenang lama.

Tidak Berminat dengan Mendengar Ucapan
Lecture setiap hari daku mendengar ucapan, majlis buka puasa pun nak ucapan ke? Benar kita kadang kala penat mendengar ucapan, tetapi saudara/i kita perlu berfikir the best medium to tell information in a short period of time is by speaking. Setelah bertahun berlajar cuba kita recall back that the method that our teacher do from our kindergarden is speaking. Thus, the are no such thing that tell us speaking dan speeches only can make us bored. Sometime there are bored speeches but if we hear from the great leader their speeches can turn people and can make we remember and can make us motivated.

Bulan Ramdhan Bulan Rahmat, Keampunan, Kesejahteraan
Berbagai keberkatan ALLAH janjikan buat kita dalam bulan ini. Jangan kita sia - siakan. Moga ALLAH pertemukan sekali lagi dengan bulan ini dan sama - sama kita menanam iltizam untuk berubah dan memberikan suatu anjakan paradigma yang mungkin suatu nanti memberikan suatu impak besar dalam diri dan negara amnya. Selaku mahasiswa kita perlu berfikiran matang dan menjerumus ke masa depan yang kita saya perlu untuk generasi akan datang. Sgala kritikan dan cadangan saya hanya sekadar sampah bagi yang mungkin menolak 100% dan ia mungkin suatu mutiara bagi yang memahami dan mungkin berazam untuk membawa perubahan. InsyaALLAH


ISLAM SYUMUL dan KITA PERLU MASUK SECARA KAFFAH

Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.`[2;208]
Sama - sama kita berfikir dan generate our mind, siapa kita dan apa agama kita? Apa yang kita telah lakukan pada Agama yang kita anuti inil. Mungkin cukup bagi kita solat 2 atau 4 kali sehari dan Quran khatam sekali seumur hidup. Namun adakah ini amalan kita yang akan kita pertontonkan pada ALLAH di yaumul qiamah nanti. Jika ini jalan yang telah kita pilih sama - samalah kita fahami maksud KAFFAH dan jalankan kehidupan islam dengan mengamalkan kempem ISLAM IS THE WAY OF LIFE.

Demi ALLAH dan RASULNYA


New Email addresses available on Yahoo!
Get the Email name you've always wanted on the new @ymail and @rocketmail.
Hurry before someone else does!

No comments:

Post a Comment

Sebarang cadangan dan pendapat boleh kemukakan di sini...

Anda juga mungkin meminati...