Wednesday, May 13, 2009
10 Wasiat IMAM HASSAN - Baca Renung Amal
2. Bacalah al-Quran, pelajari, dengarkan atau ingatilah ALLAH. Jangan mensia-siakan walau sedikit pun dari waktumu tanpa sebarang faedah.
3. Berusahalah untuk berbicara dalam bahasa Arab yang fasih kerana hal itu adalah sebahagian daripada syi’ar Islam.
4. Janganlah memperbanyakkan perdebatan walau dalam urusan apa pun kerana perdebatan itu tidak membawa kepada sebarang kebaikan.
5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubungan dengan ALLAH sentiasa tenang dan berwibawa.
6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang berjihad tidak mengenal kecuali kesungguhan.
7. Janganlah meninggikan suara melebihi keperluan pendengar kerana hal tersebut bodoh dan menyakitkan.
8. Jauhilaj dari membicarakan hal orang lain (ghibah), atau mencela persatuan-persatuan. Janganlah engkau berbicara melainkan hal kebaikan.
9. Perkenalkanlah dirimu kepada saudara-saudaramu yang engkau temui sekalipun tidak diminta, kerana asas dakwah kita ialah kasih sayang dan berkenalan.
10. Kewajipan lebih banyak dari waktu, maka bantulah saudaramu memanfaatkan waktunya. Jika engkau memiliki suatu tugas, selesaikanlah dalam waktunya (jangan bertangguh).
Sunday, May 10, 2009
MAMA
Saturday, May 09, 2009
Selamat ya akhi ! ! !
Alhamdulillah diberikan lagi peluang buat hamba untuk menulis lagi. Untuk kali ini sekadar perkongsian kisah yang terjadi pada diri ini untuk tanggal 9 Mei 2009.
Di awal pagi lagi ana sudah dikejutkan olwh ikhwah - ikhwah yang bermalam di sky garden dan kami semua melaksanakan tanggungjawab bertahajud dan seterusnya kami bergerak ke masjid bahagian Kuching. Alhamdulillah dapat kami bersolat subuh berjemaah di sana dan setelah itu, akhi Hisyam menyampaikan sedikit tazkirah selepas kami selesai membaca Al - Mathurat.
Hisyam mengigatkan kembali bahawasanya kita ini perlu bertaqwa dengan sebenar - benar taqwa. Seterusnya juga di nyatakan mengenai tadaburi ayat dan juga menafsir ayat. bahawasanya 2 perkara ini tidak dapat dipisahkan namun 2 ini berbeza. Penafsiran memerlukan kapasiti sebagai ulama pentafsir, dari ayat demi ayat perlu penafsiran yang jelas namun tadabur adalah menghayati ayat ALLAH. Namun untuk menghayati ayat ALLAH perlu kita mengunakan tafsir bagi ayat - ayat yang sukar untuk kita fahami. Setelah pemahaman diberikan dan diterima maka barulah penghayatan akan berlaku dengan baik. Membaca tanpa penghayatan sama saja seperti membaca AL - Quran dengan komik namun jika kita hanya baca pun telah mendapat pahala. Jika tiba ayat rahmat maka kita pohon diberikan dan jika tiba ayat azab maka perlindungan perli di pinta. inilah penghayatan.
Seteruskan kami diberikan sedikit adap dalam menziarahi KUBUR. Jadi setelah tazkirah kami diberikan 10 minit untuk pergi menziarahi kubur. Minziarahi kubur ini penting dan insyaALLAH dapat menghidupkan jiwa - jiwa yang sudah mula layu dan terbunuh dengan hasutan syaitan serta galakan nafsu --> akhirnya sepatutnya segala masalah aku dapat diselesaikan namun, solusinya lambat diketahui setelah menziarahi kubur ini aku realise bahawa aku lupa akan mati dan dengan lupa akan mati maka mula rasa macam akan hidup lama. Alhamdulillah ALLAH izinkan aku bertemu dengan mungkin solusi yang kucari selama ini.
Pada pukul 6.30 dan 7.30 pagi, sebenarnya pada waktu ini dua ikhwahku akan bertolak ke tempat posting masing - masing. Mereka adalah saudaraku yang berjuang dalam bidang kejururawatan. Mereka ini akan berada selama 6 minggu di hospital yang ditetapkan untuk melaksanakan dan memerhati prosedur - prosedur di hospital.
Akhi Rasheedan dan semua student nurse tahun 1 bertolak ke Bau dan Serian pada pukul 7.30 pagi. semuanya kelihatan bersemangat dan ingin menjalani satu pengalaman yang baru. InsyaALLAH akhi, moga anta berjaya dan dapat menjalani posting dengan baik dan dalam redhoNYA. Jangan lupa kami di sini hehehe...
Akhi Roslani pula bersama student nurse tahun 2 bertolak ke Bintulu lebih awal dari rombongan serian dan bau. Beliau juga kelihatan bersemangat dan bertenaga. Ana doakan antum semua sihat dan menjalani posting dengan baik dan sukses.
akhir sekali doakanlah ya akhi untuk kami di Bidang Perubatan Tahun 1 yang akan menduduki peperiksaan akhir tahun ( end of Year 1)
Tuesday, May 05, 2009
hidung tak mancung pipi tersorong - sorong
Masa bergerak dari saat ke saat, dari minit ke minit, dari jam ke jam sehingga hari berganti hari, Namun diri merasak kosong dan tidak bermaya(dari aspek rohaninya) Halaqah sudah hampir sebulan daku tidak berhalaqah kerana minggu peperiksaan dan murabbi daku menyatakan antum semua study bebaik dan kita tangguh halaqah kita…niat beliau memang baik dan suci Cuma diri ini yang lalai…..
Hidup kosongku bermula. Seronok ke tangguh halaqah ni? Setahu daku ia bagaikan satu disaster yang amat besar akan berlaku pada diri ini. Mutabaah usah cakap la mula terumbang ambing. Adakah daku ini menjaga mutabaah kerana murabbi dan halaqah? Macam mana nak buatnya? Nak mita nasihat pada ikhwah…..
“antum nanti jika di IPT dan semasa disana antum tidak diziarahi ikhwah atau mungkin tinggal berjauhan jangan bersedih dan antum jangan hanya mengharap mereka menegur antum malah antum sendiri kena mulakan langkah menegur ikhwah.” Selalu inilah nasihat ana takala ditanya macam mana nak overcome problem ikhwah rasa sunyi dan tersisih walaupun ikhwah ramai. Dalam surah As – Saff ayat 2 dan tiga ALLAH nyatakan bahawa orang yang CAKAP TAK SERUPA BIKIN INI adalah golongan yang ALLAH murkai. Ana tak mau jadi macam tu jadi, I do what I said seperti diatas. Tetapi kenapa ya bila asyik kita yang mula menegur, kita yang mula menyatakan cinta, kita mula rasa bohsan dan malas. Ku kata sepatah maka jawabnya sepatah…mungkin peribahasa ini dapat diubah sedikit kepadaku ‘bg 1 Sms jawab 1 sms’….
Ikhwah,
To me, satu perkataan yang penuh makna. Perkataan yang juga boleh mengugat iman kita bak sabda nabi : tidak sempurna iman kita jika tidak menyintai ikhwah bagaikan menyintai diri sendiri. Sebelum ini kalau ikhwah memerlukan sesuatu I will try untuk penuhi hajat ikhwah, kalau ikhwah perlu bantuan dan pada masa sama ada org lain yang memerlukan bantuan maka ana tidak pernah teragak – agak untuk bantu ikhwah dulu. Ada sekali tu, ana buat 2 trip bawa student laki ke masjid. Ana ingat ikhwah naik motor tapi bila berenti di traffic light I saw ikhwah tgh jalan,,,hati ini merasa amat tidak selesa dan secepat mungkin selepas hantar bebudak lelaki lain terus daku berpatah balik mengambil ikhwah. Adakah ini betul?
Takala daku ingin keluar makan mahupun keluar untuk apa pun tujuan dan yang pasti keluarnya daku ini ikhwah akan tidak dapat Nampak daku di kolej, untuk elak ikhwah mencari daku, mungkin nnt ada hal penting maka daku akan beritahu pada ikhwah. Opah (nenek) ana pernah kata kita ni orang melayu pergi mana, nak kemana dah balik ke bagitahu la nanti orang tak risau dan mencari – cari….baik opah! Nak makan je orang pertama dalam minda ini adalah ikhwah, ana akan cuba Tanya ikhwah dulu baru kawan yang lain….but…………………………………………………….
Mutabaah rendah sangat, hubungan dgn khaliq lemah pasti effect perjalanan kehidupan kita!
Susah nak kawal diri ini rupanya.
I need to share and tell what happen to me. I have problem and sometime I need to tell to someone but now I feel that no one really wanted to sit and listen to me.!
Mula berhalaqah dulu ikhwah bagitau ana dulu diorang cuti dan tak hantar mutabaah secara SMS kena marah dengan murabbi!
Mohon masukan, pendapat adakah semua yang ana lakukan ini salah atau adakah ana ni bermasalah. Tolong cadangkan solusi buat ana!!!! Ana bagai hilang semangat dan segalanya…tolong ye akhi.
Semua di atas ini adalah luahan kata ana semasa ana merasa amat down dan tah macam berseorangan. Ikhwah di sisi ada cuma I don’t know why and how this can happen. But feeling lonely mmg terasa. Lama – lama difikirkan ana sendiri boleh jadi gila dan boleh menyebabkan susah untuk berdakwah…ana down pun tak pernah ade sape nak tegur dalam 2 3 minggu ni so tah macam mana daku ingat kembali masa ana kena gangguan jin dulu. Keadaan bagaikan sama Cuma penyelesaian yang baik hanya dengan kekuatan diri sendiri, lantaklah ikhwah yang peduli diri ini atau tidak..yang hakikinya adalah diri ini HAMBA ALLAH dan mutabaah adalah kewajiban bagi HAMBA bukan mutarabbi…insyaALLAH ya ALLAH aku akan sedaya upaya menjaga amalku buatMU..ampuni dosaku dan permudahkan jalan juangKU
Ya ALLAH lindungilah dan permudahlah segala urusan IKHWAH WAL AKHWAT serta keluanga mereka….
IBNUSARHA 5 Mei 2009
Anda juga mungkin meminati...
-
"lmbt lg ke akh" "?, lambat ape akh?" "ana puas refresh page ttt tggu entry baru" ...
-
Alhamdulillah, selesai sudah ibadah puasa maka datang pula hari kemenangan 1 Syawal. Takbir bergema, tahmid bermain dibibir. Daku pula d...
-
Satu soalan aku lontarkan kepada anak-anak Halaqah Pakya yang aku bawa buat kali kedua, kerana Pakya sedang berjihad menuju peperiksaan-pepe...
-
Apa yang boleh dikata dalam minggu ini. Anhedonia telah menguasai diri. Makanan tak sedap, beli-belah tak seronok, tidur kurang puas, FB pun...
-
Al Muntalaq karangan Abu Ammar, dalam bab kedua belas, perenggan yang pertama, banyak menceritakan tentang kesibukan seorang daie sehinggak...
-
Apabila hati diberikan makanan dengan zikir, diberikan minum dengan takafur dan dibersihkan dari kerosakan, maka dia akan melihat keajaiban ...