Friday, October 02, 2009

Ayam Panggang 7 Syawal

Assalamu'alaikum wr wb. Terkejut? Lapar?



Raya ke 7, Naqib, Danial dan Adli cakap nak datang rumah. Nak masak apa? Mak dah letih tolong jiran masak kenduri. Ok, jum main cuba-cuba.

Ana buka peti ais, tengok ada dada ayam yang masih beku.

Dah lama tak rasa ayam panggang.

Nama menu ni, tak tau lagi. Bagi ja nama Ayam Panggang 7 Syawal.

Bahan-bahan simple ja.

Seketul dada ayam, hiris elok-elok

Perapan

Halia 2 inci
Cili hidup 3 biji
Sos tiram 3 sudu
Minyak masak 3 sudu
Kicap manis Adabi 8 sudu (anggaran)
Gula pasir 1 sudu
Sedikit garam dan serbuk perasa
Perahan sebiji limau

Teknik

Memanggang basah. Panaskan ketuhar, masukkan ayam dan perapan dalam bekas besi untuk dibakar basah. Rasa perapan akan menyerap dengan lebih efektif ke dalam daging ayam. Suhu 250 darjah Celcius, 15 minit.

Memanggang kering. Keluarkan ayam dari bekas besi. Panggang di atas para ketuhar sahaja. Bila dia kering, minyak2 ayam jatuh. Kulit dia rangup sedikit + pedas + masam + manis + masin. Semua ada la. Tengok ramuanla. Bila dah nampak garing, angkat.

Sebelum makan baca bismillah, dan doa makan. Selamat mencuba.

O. Naqib macam tak cukup nasi. :)

~Prokiyai~

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. owh tak leh jadi nih. ana kena pegi jugak umah nta nih. kena bawak naqib sekali :)

    jemput la ana pegi bertandang. heh...heh...

    ReplyDelete

Sebarang cadangan dan pendapat boleh kemukakan di sini...

Anda juga mungkin meminati...