Wednesday, September 19, 2012

Menulis Sebuah Formula

Al Muntalaq karangan Abu Ammar, dalam bab kedua belas, perenggan yang pertama, banyak menceritakan tentang kesibukan seorang daie sehinggakan dia tidak mampu untuk merakamkan kenangan tarbiah dan memoir dakwahnya. Cerita seorang daie adalah cerita terhebat dari banyak-banyak cerita indah di dunia. Cerita ini jika dirakamkan dalam bentuk penulisan, mampu menjadi suatu motivasi diri baik kepada daie ataupun yang pernah menerima sentuhan seorang daie.


Walaupun begitu, seorang daie jika dia berbicara dalam bahasa dakwahnya, mampu merumuskan apa yang dilaluinya dalam baris-baris ayat yang sangat kreatif dan mempunyai maksud yang dalam dan mampu menatijahkan senyuman jika pendengarnya faham. Formula itu hanya difahami oleh seorang daie. Saya ingin memetik antara bait kata seorang daie jika ditanya apakah tarbiah baginya?


"Tarbiah adalah susunan-susunan dan simpanan-simpanan memori yang bila dikenang mampu melahirkan ruh dakwah dan rasa ukhuwah yang indah"

Blogger-blogger TTT termasuk saya rasanya dah lama sangat tak menulis (sibuk sangat ke?). Namun selepas mendapat pencerahan daripada al-Muntalaq dalam usrah semalam, rasanya blogger TTT perlu lebih giat lagi menulis selepas ini. Walau sesibuk mana pun seorang daie, pengalaman manis rasanya sangat tidak layak untuk berada di status FB yang kekal hanya untuk beberapa saat, namun harus diantologikan, sebab dakwah sentiasa akan ada pelapis, dan mereka memerlukan penceritaan-penceritaan dari para daie yang lepas, supaya mereka dapat merumuskan satu formula baru yang hebat untuk dakwah.

Doakan saya agar menjadi lebih hebat dari bekas murabbi saya yang hebat menulis.


Pejabat Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Sarawak

Rashid al-Shirfani

No comments:

Post a Comment

Sebarang cadangan dan pendapat boleh kemukakan di sini...

Anda juga mungkin meminati...