Saturday, April 23, 2011

Alih Batu

Suatu petang. Aku bersama bekas murabbiku, menunggang motosikal setelah lewat makan di Sugarbun. (Seronok ex-murabbi belanja nasi lemak + burger daging). Malam itu kami kena cepat, kena hadir liqa di CAIS. Balik itu, ex-murabbiku yang bawa motor.

Saja nak buli dia. Hehe. Kereta Viva hijau milik seorang akh yang diparking di rumah sewa aku pun tak sempat nak diambil lantaran tergesa-gesanya kami. Liqa mula selepas maghrib.

Menjengah ke muka depan (gate) utama UNIMAS, terpacak billboard gergasi yang belum berfungsi. Ex-murabbiku memecut ke dalam UNIMAS. Melalui bulatan ke CAIS. Eh, kenapa tak berhenti di CAIS?

“Enta nak pergi mana akhi?”

“Nak pergi keluar sekejap?”

“Kenape?”

“Nak isi minyak… hihi (sambil menunjukkan meter minyak yang tinggal separuh)”

“Isi minyak?”

“Oh. Ok..”


Kami keluar kembali. Motor berhenti di gate.

“Eh, kenape berhenti kat sini?”

“Ana nak alihkan batu besar kat tengah jalan tadi, dah dua tiga kali ana lalu, batu tu belum hilang, bahaya untuk motosikal. Batu tu kat sane. Takper, kita jalan sikit”


Semoga jalan ini menjadi saksi kebaikanmu, ex murabbi ku... hihi


Badannya yang lebih kecil dariku, namun semangatnya lebih menyala dariku dalam membawa obor dakwah di sini. Aku tahu dia bukan nak isi minyak, tapi ada agenda lain.

“Hah, ni batu.. alihkan. Dari tadi ana nampak, bahaya betul.”
“Iman itu ada banyak cabang, dan serendah-rendah iman ialah mengalih batu di tengah jalan, hihihi” ex-murabbiku berseloroh bersulam hadits nabi. Lihat, selorohnya pun, seloroh yang bermakna. Mujur aku dipertemukan dengan insan-insan istimewa sebegini.

Aku tersenyum. Alhamdulillah walaupun ceritanya mudah, tapi sungguh bermakna. Alih batu.

Jom alih batu!


Dalam gambar ni ada imej ex murabbi ku. Ni kenangan kita semasa jelajah Aman Palestin ke Sibu. Masuk Mukah, Saratok, seronok mengenali tempat-tempat di Bumi ini atas tujuan agama Allah, beruntung dapat nikmat ini.


Rashid al-Shirfani,

Sg Maong, kat luar tu anjing tak berhenti menyalak. Aku nak tidorla anjing….

2 comments:

Sebarang cadangan dan pendapat boleh kemukakan di sini...

Anda juga mungkin meminati...