Pagi tadi, aku dan ibuku pergi ke pekan membeli juadah sarapan. Haha. Aku bermalam juga akhirnya di rumah, walaupun petang hari sebelumnya aku berniat hendak pulang ke Kuching, namun ayahku berkata,
"Tidurlah sini dulu, emak engkau tu rindu sangat kat kau..."
(Ye ke ayah? Ke ayah yang rindu?)
Malam itu berlalu dengan drama Mr. Bean yang pergi mencabut gigi. Huh.
Balik kepada cerita pagi tu. Aku memandu Exora abangku ke pekan, ibu duduk di sebelah. Beli mee kuah, mee kolok, mee laksa Sarawak dan mee goreng. Semuanya RM30.40. Sarapan untuk 9 orang. Murahnya makanan di kampung.
Balik dari pekan itu, aku dan ibuku melihat ada seorang tua yang berjalan di pinggiran jalan.
"Mak, tu Pak Haji Sidi kan?"
"Aaa.. Yelah tu!"
"Nak jemput naik tak?"
"Bawa je lah..."
Kereta diperlahankan dan berhenti di depan Pak Haji Sidi. Nampak kesan pembedahan katarak di mata kanannya. Mata kirinya pun kabur-kabur. Pak Haji Sidi ni rajin. Rajin ke pasar. Terbit je mentari, dia akan berjalan kaki ke pekan. Wajib untuk setiap hari!
"Naik lah pak aji!"
(Pak haji senyap) Dia macam tak pandai buka pintu. Oh patutla, berkunci. Lalu ibu pun menolong pak haji sidi 'unlock' pintu. Dah masuk. Dia duduk dengan selesa.
Pak haji senyap jer sepanjang perjalanan. Aku dan ibuku berborak-borak (cerita pasal pembuat mee, anaknya dulu pernah mengirimkan foto semasa aku di matrik, patutla dia bagi lebih mee). Pak aji masih ade lagi ke kat belakang? Huh... senyap jer.
Sampai di gerbang kampung.
"Eh, siape kamu ni ye?" tanya paj aji Sidi.
"Ni akulah, Seah...!" Ibu memperkenalkan dirinya.
"Yang ni pulak siape?" tanya pak sidi lagi.
"Ni anak aku, Ujang!" balas ibu kembali.
"Oooo... kau rupa-rupanya Ujang! Aku hampir tak kenal!"
Lho. Rupanya pak haji tak kenal siapa yang bawak dia. Main naik jer. Kalau orang niat jahat, memang dah kena culik. Ibu aku pun die tak kenal. Mungkin ada masalah fungsi 'sensory' ataupun 'cognitive'. Aku dan ibuku serta pak haji ketawa kelucuan. Patutla senyap jer kat belakang, tak kenal orang yang tumpangkan die. Ade ke patut. Tapi kena 'consider' jugak, matanya sebelah tak berfungi, sebelah lagi rabun. Pak haji, pak haji!
Ni jelah cerita. Tak ade ape-ape yang penting. Nak rehat-rehat sekejap minggu belajar ni. Cuma coretan memori bersama ibu.
Sungai Maong,
Rashid al-Shirfani
P/s: Teringat analogi zaujah akh Hafidz dalam satu forum. Ceritanya pun lebih kurang.
Monday, May 02, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Anda juga mungkin meminati...
-
Jom sambung Master! Ni contoh emel, doakan berjaya. Assalamu'alaikum wbt and Happy New Year to Associate Professor (A/P) Dr. Zabidah, a...
-
Erm. Akh Nizzal Syafiq ada bagi tau saya, 'Contengan Jalanan' merupakan booster bagi sesiapa ulat buku yang sekarang tengah 'fut...
-
Mengenali rijal-rijal yang bersama dalam mengobor dakwah di bumiku ini adalah satu kenikmatan terbesar daripada Allah s.w.t. Mengenali mere...
-
Berita baik buat penuntut di Institut Latihan Perindustrian Kota Samarahan, Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Cawangan Sarawak akan m...
-
بسم الله الرحمن الرحيم Ish ish...afwan bebanyak kepada semua dah seminggu dah kita dah bis raya haji sampaikan org yang g haji pun dah nak b...
-
Hari ini, seperti biasa jalan-jalan sebentar setelah habis kuliah. Hari ni ada presentation, tentang Intrauterine Growth Restriction, Ectopi...
No comments:
Post a Comment
Sebarang cadangan dan pendapat boleh kemukakan di sini...